TEASER 2.1 | BIG CALIPH
"ABANG!"
Umar, Uthman, dan Ali buat-buat tak dengar bila Ilma panggil mereka dari dapur.
Kalau Ilma dah panggil secara umum abang, dan tidak secara terperinci seperti Abang Umar, atau Abang Ali, mahupun Abang Uthman, maksudnya dia sedang panggil ketiga-ketiga mereka secara serentak.
"Abang! Sinilah!" Sekali lagi suara Ilma bergema di sekeliling rumah, lagi kuat dari pertama kali dia memanggil.
"Buat-buat tak dengar." Umar beri arahan dekat lagi dua adik dia.
"Dengar apa?" Uthman senyum sambil tengok skrin telefon.
"Entah, tak dengar apa-apa pun." Ali juga ikut serta masuk dalam drama tidak berpengarah petang itu.
Umar ketawa kecil. "Bagus."
"Abang! Orang panggil banyak kali, kenapa tak datang!" Ilma dah muncul di muka pintu bilik kembar dengan muka yang masya Allah, ini manusia ke singa?
"Bila awak panggil?"
"Tadi! Adik macam apa dah jerit panggil awak semua dekat dapur tu."
"Tak dengar pun."
"Awak jerit dekat siapa? Semut?"
"Entahnya, kalau dengar dah datang dah."
Satu-persatu bercakap tapi tak pandang Ilma. Lagilah Ilma rasa menyirap darah dia.
Dia orang boleh cakap tak dengar?
Ilma ni menjerit macam nak keluar anak tekak, dia boleh cakap tak dengar?
Silap-silap Tok Ayah dengan Tok Ma yang duduk atas bukit sana pun boleh dengar suara dia!
Sakit betul hati kalau bercakap dengan abang-abang dia ni!
Kalau letak cerek atas kepala, mahu mendidih dah air agaknya. Urgh!
"Fine, kalau awak tak dengar. Tapi kalau awak dengar tapi buat-buat pekak, adik doa esok-esok telinga tu bernanah lepas tu betul-betul pekak. Biar padan muka!"
Seragam, Umar, Uthman dan Ali letak telefon ke tepi dan bangun dari baringan. Mata tajam menikam tubuh Ilma yang dah bercekak pinggang.
"Oi, oi, oi!"
"Mulut tu jaga sikit!"
"Puasa-puasa ni cuba doa yang elok, asyik nak menyumpah orang je kerjanya!"
Ilma julingkan matanya ke atas. Nampak sangat!
"Biarlah, biar makbul sikit! Biar padan muka, elok-elok telinga boleh dengar, biar pekak betul-betul!"
"Cait!"
"Ehei!"
"Tutup mulut berbau kasturi awak tu!"
YOU ARE READING
BIG CALIPH (E-BOOK)
HumorIni cerita Umar, Uthman dan Ali, si kembar tiga bersaudara apabila bulan puasa menjelang tiba. Cerita mereka bukan cerita cinta, bukan juga cerita tentang kahwin paksa, cuma cerita remaja yang hidup di desa menghabiskan masa dengan keluarga di bulan...