Cermin di hadapannya ditatap lama. Alisnya dicukur rapi. Iris hitamnya membulat seperti bulan purnama. Dengan sekalung senyuman, Lia mengalungkan seutas rantai berkalung rama-rama merah supaya nampak ranggi dan sepadan dengan skirt merah labuh yang tersarung di tubuhnya.
" Adik dalam bahaya, dik. Akak akan selamatkan keadaan. Maafkan akak sebab libatkan adik dalam situasi ini",ujar Lia. Di pipinya tersisa airmata yang hampir kering,bercampur dengan bedak talkum serta pemerah pipi yang teroles. Perlahan, Lia mengerdipkan mata. Memejamkannya rapat-rapat, mengharapkan segala yang terjadi hanyalah sebuah mimpi.
----------------------------------------------------
( Imbasan peristiwa lalu; malam kematian Fazli)" gedebuk! ", tapak tangannya mendarat di atas tanah. Bibirnya mencumbu tanah. Faz meraung kesakitan. Cecair merah pekat mengalir menuruni alun bibirnya.
" Faz minta maaf. Faz janji.. Faz akan betulkan keadaan. Tolong lepaskan Faz ", rayu Faz. Nadanya lemah.
" Apa dia? ",
" Faz janji, Faz akan perbetulkan keadaan. Maafkan Faz, please."
Awan yang kelabu berarak memayungi Lia yang sedang terbaring di atas tanah lembab. Perlahan dia menongkat langkah. Deraian airmata gugur menuruni lereng pipinya, bersatu dengan titisan air hujan yang jatuh menitik ke bumi.
" Faz? ", Lia menoleh ke kiri dan kanan. Mencari kelibat Faz. Dia mengimbas kembali saat-saat terakhir dia melihat Faz.
Ya. Di kondominium mewah itu. Di mana dua pasang matanya menyaksikan betapa mempersonanya tali asmara yang dimainkan Fazli di belakangnya.
.
.(Imbasan peristiwa lalu ; 27 April 2014 dimana ia adalah hari lahir Lia)
" Laa.. Mana Faz ini? . Telefon tak angkat pula", bebel Lia sendiri sambil mundar mandir di luar restoran Impiana.
Bibirnya mencebik. Beberapa kali ibu jarinya mengetik ngetik papan kekunci pada telefon pintarnya. Lia mengeluh.
" mana Faz ni? . Dia tak ingat ke hari ini hari apa?", kecewa tersimpan di lubuk hatinya apabila memikirkan kehadiran Faz yang masih belum kunjung tiba pada hari lahirnya yang ke 22.
.
.
Segalanya masih jelas terpapar di kaca ingatan. Suara Faz seakan akan masih terngiang ngiang di telinga. Lia memaksa memorinya diputar lagi dan lagi." Lia, awak terlalu baik untuk saya. Maafkan Faz ", tutur Faz. Nadanya pilu.
" apa maksud awak, Faz?"
" kita putus. Faz minta maaf, tapi.. Faz terpaksa menurut permintaan bonda",
" Faz.. Jangan macamni. Please. Saya tak boleh hidup tanpa awak ",
" Lia.. Percayalah. Awak akan temui orang lebih baik berbanding saya ",
" Faz... ", lelehan airmatanya mula bertakung.
.
.(Imbasan peristiwa lalu ; seminggu sebelum kematian Fazli)
" Lia! ", nek tok meraung sambil mendakap tubuh Lia dengan kemas.
Darah mengalir laju dari vena tangannya."kenapa buat macamni, Lia?" , tersedu sedan nek tok menahan sendu. Lia mengelar tangannya sendiri. Di sisinya ada sehelai surat yang ditulis dengan dakwat merah, namun tidak sempat nek tok baca.
" nek.. ", nafasnya lemah. Pandangan matanya tiba-tiba berubah tajam. Kertas yang berasal dalam genggaman tangannya direnyukkan lalu dicampakkan sejauh yang mungkin.
-----------------------------------------------------
(Imbasan peristiwa lalu ; kembali kepada situasi di malam kematian Fazli)" apa dah jadi?. Kenapa aku di sini? ", Lia tercengang.
Sementara itu, Faz pula meredahi bukit bukau meninggalkan Lia sendiri. Tangannya masih terikat ke belakang namun begitu mujurlah ikatan di kakinya telah terlerai, barulah dia dapat terlepas.
" Faz? ", Lia terlihat kelibat Faz yang berlari meredahi bukit bukau jauh di hadapannya.
Dia kemudiannya berlari mendapatkan Faz. Tubuh Faz didakapnya rapat, sehingga nafas mereka seakan akan bersatu. Bertembung pandang, dalam samar cahaya bulan yang samar-samar.
" Faz.. Kita kat mana? "
" Faz pun tak tahu, sayang. Tak apa, selagi Faz ada.. Lia takkan apa-apa.. Sayang ".
Wajah Faz diusapnya lembut. Lia memejamkan mata rapat-rapat. Airmatanya jatuh menitik bersama rintik hujan yang menghujani bumi.
" Kau ingat kau boleh terlepas? . Kau dah bunuh jiwa adik aku. Aku.. Takkan lepaskan kau.. ", suatu suara menyedarkan Faz. Faz sempat menoleh ke arah empunya suara sebelum berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut dengan tergesa gesa.
" Faz.. Faz?. Faz kat mana? . Jangan tinggalkan Lia kat sini ", Lia merintih sendiri sambil mencari arah.
" Faz.. Arghh! . Apa dah jadi?.. Lia tak faham ", Lia terpempan. Terus jatuh terduduk. Tubuh Faz kaku di hadapannya. Berlumuran darah.
Lia sendiri keliru apa yang telah terjadi. Siapa dalang di sebalik semua tragedi hitam ini?
" Arghh! ", raungannya kuat namun tak siapa dengari. Desah tangis yang terlahir tidak terzahir dek batin. Batin terseksa memendam emosi, basah dengan airmata yang tidak ada harga.
Sedetik dua berlalu, deraian airmatanya bertukar jadi deraian tawa.
----------------------------------------------------" akak, dah makan ubat ke belum. Nek tok tanya ", pertanyaan Zarina menyentakkannya dari terus mengimbas memori pahit yang tersemat di ingatan.
Lia menoleh.
" dah", angguk Lia. Pantas tangannya menyorokkan pil berwarna merah jambu itu di dalam laci. Satu habuk pun dia tak usik, malas. Bukannya aku sakit pun,ulasnya sendiri di dalam hati.
Zarina tanpa banyak bertanya kemudiannya melangkah pergi. Dia mengerut dahi kehairanan. Kenapa Lia tak ikat rambut? , ujar Zarina di dalam hati.
" erm takde apa la. Biasalah kan kadang-kadang orang nak bertukar gaya ",jawab Zarina sendiri di dalam hati.
-------------------------------------------------------
" Akak akan betulkan keadaan untuk kau, dik. Supaya tiada orang akan mempersalahkan kau ", bisik hati kecil Lia lalu melangkah keluar dari bilik.
" Aihh, Lia.. Bersiap siap ni nak pergi mana?", tanya nek tok. Lia pantas mengukir senyuman.
" nak pergi kubur arwah ummi. Dah lama Lia tak ziarah kubur arwah", nek tok mengiyakan memberi izin.
" Tak payah nak berlagak baik la kak. Nak ziarah kubur ummi bagai ", sindir Zarina.
" kenapa?. Tak boleh ke akak nak ziarah kubur arwah ummi? "
" Ya! , memang. Akak yang bunuh ummi.. Kan?. Lepastu akak nak berlakon baik depan semua orang! ",
" kau ni memang dah melampau, Suria! " tangan Lia hinggap di pipi Zarina.
Zarina terdiam.
" S.. Suria? . Siapa Suria? ", sampuk nek tok.
" Nek tok , tengoklah akak ni. Dia tampar ina! " , Zarina berlari ke belakang badan nek tok. Mengadu tak habis-habis.
" Suria..", Lia putus kata. Tak mampu meneruskan lagi.
" dia... "
" erm.. Takde. Just tersasul ", sebenarnya dia sendiri lupa siapa nama Zarina.
YOU ARE READING
Pranovel: Mimpi
Mystery / ThrillerMempersembahkan sebuah Novel pendek bertemakan kesihatan mental bertajuk , Mimpi . #thanks for 262 reads ! Status : Completed. Sinopsis: Lia , seorang penghidap skizofrenia menderita halusinasi yang melampau dan membuatnya hilang kewarasan akal. Di...