(imbasan kembali seminggu sebelum kematian Fazli)
" nek.. ", rintihnya dengan lemah. Pandangan matanya tiba-tiba berubah tajam. Kertas yang berada dalam genggaman tangannya direnyukkan lalu dicampakkan sejauh yang mungkin.
Pandangannya mulai kabur. Perlahan, Lia mengerdipkan mata. Bibir kecilnya bergerak ke atas dan bawah,seakan akan ingin mengatakan sesuatu akan tetapi tidak terdengar.
" Lia!, bangun nak.. Bangun " , nek tok mendakap kemas tubuh Lia. Sekali dua dia menggerakkan tubuh Lia yang kaku,mengharapkan sebarang pergerakan dari tubuh kaku itu. Namun sayangnya, tubuh Lia terus terbujur kaku.
.
." kenapa Faz.. Kenapa Faz tinggalkan Lia macamni? ", titis airmatanya gugur menari nari di udara.
" Argh! ", jeritnya separuh mati. Kedua belah telinganya ditekup rapat-rapat dengan tangan.
" ya allah, Lia! ", mendengar jeritan Lia dari dalam bilik wad, nek tok terus bergegas melihat keadaan Lia.
" pergi.. ! , pergi..! ", jeritnya.
" Lia.. Kenapa ni sayang? ", nek tok pantas memeluk tubuh cucu kesayangannya itu. Dikucup dahi Lia dengan penuh kasih.
" Tenang, Lia. Tenang. Nek tok ada kat sini " , pipi Lia dielus lembut. Tubuh Lia bergoncang tersedu sedan.
" Faz mana.. Nek? . Kenapa Faz tinggalkan Lia? "
Nek tok tidak menjawab pertanyaan yang keluar dari mulut Lia sebaliknya dia terus mendakap tubuh Lia. Menenangkannya dari sendu.
--------------------------------------------------
" gedebuk! ", tapak tangannya mendarat di atas tanah lembab. Bibirnya mencumbu tanah. Faz meraung kesakitan.
" Lepaskan Faz! ", jerit Faz namun sayang seribu kali sayang,jeritannya takkan ada siapa dengari.
" Lepaskan kau?. Kau dah bunuh jiwa adik aku! . Kau tinggalkan dia.. Kau kecewakan dia.. Kau expect aku untuk lepaskan kau begitu sahaja, Faz? ",
" apa kau merepek ni? . Adik? "
" Ya, Lia adik aku. Aku takkan biarkan adik aku menderita macamtu. Kau tahu tak, dia hampir bunuh diri sebab kau! ".
" Tak.. Apa kau merepek ni, Lia? ", Faz menggeleng kepala kehairanan.
" Lia?. Aku bukan Lia. Aku Ariana ", balasnya dengan deraian tawa.
Fazli terdiam seketika. Lia..?. Ariana..? . Lia dan Ariana... Orang yang sama? .
---------------------------------------------------
" segalanya akan berakhir di sini. Kau tahu terlalu banyak, doktor Hakim ", ujar Lia. Tubuhnya semakin mara ke hadapan.
Doktor Hakim mengundurkan beberapa langkah ke belakang.
" Cukup semua ini, Ariana! . Segala galanya dah terbongkar. Pihak polis sedang dalam perjalanan "
" Kau tahu nama aku. Kau tahu terlalu banyak. Kau tak patut.. Hidup",
" serah diri, Ariana. Cukuplah segala drama ini! ", rasanya agak kekok bagi doktor Hakim untuk berbicara dengan seorang pesakit dissociative Identity disorder (DID).
Ariana dan Lia bertukar watak dalam sekelip mata.
" Ariana?. Saya Lia.. "
" bukan. Kau bukan Lia! . Lia tak jahat macam kau ",
" oh ya? "
Dengan sepantas kilat, doktor Hakim memajukan seribu langkah ke hadapan. Meredah segala semak samun dan Bukit yang berbukau bukau.
YOU ARE READING
Pranovel: Mimpi
Mister / ThrillerMempersembahkan sebuah Novel pendek bertemakan kesihatan mental bertajuk , Mimpi . #thanks for 262 reads ! Status : Completed. Sinopsis: Lia , seorang penghidap skizofrenia menderita halusinasi yang melampau dan membuatnya hilang kewarasan akal. Di...