LILIAN 3

193 18 0
                                    

LILIAN 3

Don't ever say to someone that they're not good enough. Maybe we're the ones who haven't understoond enough.

^^^^^^^^

"Lili mana?" Soal Puan Rozita sebaik saja dia turun ke dapur. Dia masih mahu menemu ramah gadis cantik itu.

"Lili dah balik rumah. Dia kata ada emergency." Balas Puan Alya. Tadi pukul 7 pagi, Lilian sudah pun berpamit dengannya untuk pulang. Puan Alya tahu sangat, dari riak wajah Lilian, gadis itu seperti terpaksa pulang. 'Mesti balik rumah family lah tu'

"Lah. Tak sempat Alang nak berborak lagi. Dah melepas" ujar Puan Rozita. Sedikit sebanyak, Puan Rozita berharap dia dapat bertemu lagi dengan Lilian.

~

Lilian tiba di perkarangan rumah keluarganya pada jam 8 pagi. Dia mahu cepat ke sana dan juga cepat keluar dari situ. Kalau lama-lama, boleh koyak mentalnya. Mini coopernya diparkir sebelum dia berlalu masuk ke dalam rumah. Salam diberi.

"Assalamualaikum." Bik Suryati membuka pintu besar itu seraya menyambut kepulangan puteri sulung Puan Melina dan Encik Razak.

"Cik Lilian" suara Bik Suryati yang langsung tak mesra itu membuatkan Lilian senyum sinis. Cermin mata rabun yang tebal itu dibetulkan.

"Bik. Mama dengan papa mana?" Soal Lilian. Malas dia mahu mengambil kisah kalaupun Bik Suryati mencemuhnya di dalam hati.

"Di dalam" balas Bik Suryati. Dia kemudiannya berlalu meninggalkan Lilian sendirian di pintu rumah. Lilian tahu, dalam rumah agam indah itu tiada seorang pun yang berhati murni. Tiada yang melayani dia dengan baik. Apa salah dia? Lilian sendiri pun masih keliru.

"Bik" Bik Suryati menghentikan langkahnya.
"Ingat pangkat kau dalam rumah ni. Kau tu cuma pembantu rumah, tak perlu berlagak sama macam perangai tuan kau" ujar Lilian tepat ke muka Bik Suryati. Bik Suryati menelan air liurnya kerana sedikit gentar dengan suara Lilian yang agak tegas itu.

Lilian berjalan ke ruang tamu rumahnya. Kelibat tiga beranak yang bergurau senda itu membuatkan Lilian senyum pahit. Cemburu? Ya, dia cemburu tapi apa lagi yang mampu dia buat? Lilian bukan anak pilihan Puan Melina mahupun Encik Razak. She will always be the sore in their eyes.

"Mama, papa." Lilian mematikan mood gembira tiga beranak itu. Senyum palsu yang telah dia latih sejak kecil menghiasi wajah Lilian.

"Balik pun? Kena paksa baru tahu jalan balik." Suara Puan Melina yang tak pernah mesra itu menyapa Lilian.

"Taklah. Lilian guna Google maps tadi, baru jumpa jalan" balas Lilian sarkastik. Dia takkan mengalah dengan kata-kata sinis penghuni rumah itu.

"Huh. Bodoh tu simpan sikit, Lilian." Ujar Puan Melina. Kasar tapi Lilian sudah biasa.

"Apa-apalah. Ni kenapa nak jumpa?"

"Laila ada thesis kena siapkan. Cuba tengok sikit tajuk tu, then siapkan untuk Laila. Dia busy dengan modelling" Encik Razak bersuara. Laila di tepi mempamer muka sedih.

"Nope. Lilian busy" Lilian malas mahu mengambil bahagian lagi dalam membantu kembarnya yang sememangnya bodoh sombong itu. Kalau minta untuk mengajar, Lilian okay. Tapi untuk siapkan thesis itu, maaf Lilian bukan orang bodoh yang sanggup menjadi hamba pada orang yang langsung tak ambil kisah tentangnya.

"What do you mean by busy? Lilian bukan ada kerja tetap pun. Setakat jadi waiter dengan cafe cabuk macam tu. Just help Laila, she's your twins. Takkan itu pun nak berkira?" Encik Razak bersuara lagi. Dia memang sudah lama berputus asa dengan Lilian. Sudahlah gadis itu tak cantik, malah tak bekerja pula tu. Langsung tak boleh diharap. Pandai tetapi tiada kelebihan langsung.

LILIAN✔️Where stories live. Discover now