LILIAN 39
Our princess, Min
^^^^^^^^^^
7 tahun kemudian.
Sejak terungkapnya segala kebenaran, Lilian sudah tidak lagi mengambil tahu tentang Puan Melina dan Encik Razak. Lilian hanya fokus dengan keluarga kecilnya dan juga Puan Melisa. Biarlah kisah lalu terkubur begitu saja.
"Min" Haider memanggil anak tunggalnya yang sedang mengurung diri di dalam bilik.
"Jasmine, ayah balik ni. Ayah bawa hadiah" umpan Haider lagi.Tak berapa lama kemudian, muncul kepala kecil milik Jasmine di celah pintu biliknya. Haider tersenyum melihat anak perempuannya itu memasamkan muka.
"Meh" Haider mencapai Jasmine dan mendukung gadis cilik itu ke ruang tamu."Kenapa tak makan ni? Ibu cakap dengan ayah yang Min tak nak makan. Kenapa?" Jasmine meramas-ramas jari jemarinya.
"Isk.. isk.. ibu cakap nanti Min dapat adik baru. Min tak nak sebab nanti ayah dengan ibu dah tak sayang Min" Jasmine menyembamkan mukanya di bahu Haider. Terletus ketawa kecil dari Haider mendengarkan kata-kata Jasmine.
"Siapa cakap dengan Min macam tu? Ibu dengan ayah tetap akan sayang Min macam selalu. Ibu bagi Min adik baru sebab tak nak Min sunyi. Nanti, Min boleh main dengan adik. Min tak nak ke?" Pujuk Haider lagi. Jasmine berhenti menangis.
Walaupun dia sudah berumur 6 tahun, Jasmine sangatlah manja dengan Haider dan Lilian. Tak pernah sekalipun keinginannya ditolak. Mahupun begitu, Jasmine bukanlah gadis kecil yang nakal, cumanya dia risau akan dilupakan.
"Min nak main dengan adik" ujar Jasmine. Haider mengusap kepala anaknya itu. Jasmine dan Lilian banyak persamaan. Meskipun mereka mudah terasa, mereka juga mudah dipujuk.
Sepanjang 7 tahun perkahwinan mereka, jarang sekali dia dan Lilian bergaduh besar. Kalau setakat berdebat tu, biasalah.
"Kalau macam tu, Min janganlah merajuk dengan ibu. Ibu penat. Kesian dekat ibu" Jasmine mengangguk faham."Jom, makan dengan ibu" ajak Haider. Jasmine mengikut langkah ayahnya dengan terkedek-kedek. Lilian yang sedang membancuh minuman buat mereka terkejut apabila kakinya dipeluk oleh Jasmine.
"Ibu, Min minta maaf" Lilian tunduk sedikit pada Jasmine. Pipi tembam milik Jasmine dicubit perlahan.
"Takde apalah. Ibu tak marah Min. Jom makan, ibu dah buatkan nasi ayam yang Min suka. Nak tak?" Jasmine terlompat-lompat gembira.
"Nak nak. Terima kasih ibu."
~
"Thanks abang, sebab pujuk Min. Lili ingatkan dia nak merajuk lama lagi" ujar Lilian ketika dia dan Haider mahu tidur.
"Taklah, dia bukannya jenis merajuk lama. Ada mual-mual lagi ke?" soal Haider sambil mengelus rambut Lilian. Semakin berusia, semakin cantik isterinya itu.
"Sikit je. Dah habis 1st trimester, so kurang sikit. Minggu depan, Lili ada check up. Kita bawa Min sekali eh?" Haider mengiyakan kata-kata Lilian.
"Lili. Thanks sebab sanggup tahan semua ni demi anak kita. Ni last, anak kita. Lepasni dah tak payah dah. Abang dah tak sanggup tengok Lili tahan sakit." Ujar Haider.
Lilian senyum kecil.
"I did it because I love you, abang""I love you too, baobei" Haider mencium belakang tapak tangan Lilian.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik mereka diketuk dari luar sebelum dikuak. Kepala comel milik Jasmine terjegul di muka pintu."Ibu, ayah. Min nak tidur sini, malam ni boleh?" Soal Jasmine.
"Sini meh" panggil Lilian. Haider mencebik sedikit, baru saja dia ingin cuddle berdua dengan Lilian. Nampaknya ada juga gangguan kecil.
"Ayah macam tak suka je Min tidur sini" ujar Jasmine sebaik saja dia berbaring di tengah-tengah orang tuanya itu.
"Eh, mana ada. Ayah suka tidur dengan baby busuk ayah ni." Haider menarik badan kecil Jasmine ke dalam pelukan. Terkekeh-kekeh Jasmine apabila digeletek oleh Haider.
"Ayah! Min nak peluk ibu juga"
"Tak boleh, nanti sakit pula adik dekat dalam tu" Haider menunjuk perut Lilian yang sedikit berisi itu. Jasmine berkerut.
"Ibu. Kenapa ibu telan adik Min?" Haider ketawa mendengar soalan daripada Jasmine. Kenapa unik sangat cara Jasmine berfikir?
"Taklah, Min. Nanti, lagi 6 bulan, adik min ni akan keluar. Bukannya ibu telan adik pun" ujar Lilian. Tangan Haider ditepuk perlahan apabila lelaki itu masih tak berhenti ketawa.
"Oh macam tu"
"Dah, jom tidur. Esok Min nak sekolah" ujar Lilian lagi. Jasmine mengangguk seraya menutup matanya. Mereka kemudian tertidur.
Haider tersenyum melihat keluarga kecil dan bahagia miliknya itu. Sungguh hidupnya bahagia setelah bertemu dengan perempuan yang kini menjadi penyeri hidupnya, LILIAN.
-End-
°°°°°°°
Thanks for reading. I really appreciate if you guys vote this story. I'm sorry for any mistakes 😔
YOU ARE READING
LILIAN✔️
RomanceLilian means pure, sweet and innocent. Tapi adakah ianya benar-benar menggambarkan keperibadian sebenar si pemilik nama. Lilian. Gadis ceria yang sering tersenyum. Tapi Lilian bukanlah senaif yang dia pamerkan. Hidupnya yang sudah dipenuhi oleh onak...