LILIAN 14
You are my hero
^^^^^^^^^
Taufiq mengangkat tangannya untuk menampar Lilian namun tangannya ditahan oleh seseorang. Taufiq memandang ke sisinya. Seorang lelaki tinggi yang bertubuh agak tegap menghalang Taufiq daripada memukul Lilian.
"Haider" ujar Lilian."Kau tak patut digelar sebagai lelaki pun. Dayus" ujar Haider tepat ke muka Taufiq. Taufiq sedikit gentar apabila menerima pandangan tajam dari Haider.
"Kau siapa, nak sibuk-sibuk pasal aku dengan dia? Menyemak sial!" Ujar Taufiq. Dia kemudian merentap tangannya sebelum berlalu pergi. Sempat juga dia menjeling Lilian.
Lilian membalas jelingan Taufiq.
"Bastard!" Ujar Lilian. Namun hanya Haider saja yang mendengar. Senyum kecil terbit dibibir lelaki itu. 'Macam budak kecil betul' kata hati Haider.
Haider membiarkan Taufiq pergi. Tak perlu rasanya untuk dia bergaduh atau bertumbuk dengan lelaki tak matang seperti Taufiq.
"Kau okay?" soal Haider pada Lilian. Lilian mengangguk mengiyakan. Dia tidak apa-apa, hanya dadanya berdetak agak kencang. Sebab apa? Dia sendiri tak pasti.
"Macam mana awak boleh sampai sini?" Lilian sedikit terkejut dengan kemunculan Haider yang sangat tiba-tiba itu. Tak mungkin hanya kebetulan.
"Aku tanya Wazir, dia cakap kau nak belanja barang dekat sini" jelas Haider. Tadi semasa dia makan tengah hari di Ian's Haus, dia mencari kelibat Lilian namun gadis itu tiada.
"Kenapa cari saya?" Soal Lilian lagi
"Aku ingatkan kau tengah heartbroken sebab soalan-soalan aku semalam" ujar Haider. Sepanjang malam semalam, dia tak dapat tidur lena. Semuanya angkara rasa bersalah yang bertapak dihati.
"Haider, awak rasa bersalah eh~? Haha, I'm okay, lepas awak bagi Ribena tu, it cheers me up." Lilian tersengih lebar. Tanpa sedar, Haider turut ikut senyum. 'How can she smile like that even though she hurts so much?'
Lilian terkesima melihat senyuman Haider. 'Hey, sir! This is illegal. Aku tak tahu pula bila dia senyum, kehenseman dia berganda-ganda.' Jantung Lilian berdetak semakin laju.
"So…. Kita nak buat apa ni?" soal Lilian mematikan lamunan Haider dan tatapannya pada Lilian."Kau pergilah sambung beli barang." Ujar Haider. Lilian mengangguk faham. Vacuum multifunction menjadi pilihan.
"Okay tak kalau saya bagi ni as wedding gift?" Lilian menunjukkan vacuum itu pada Haider. Haider diam sejenak.
"Wedding siapa? Taufiq ke?" Soalan dari Haider itu membuatkan Lilian mencebik.
"Taklah, pekerja Ian's Haus. Kalau si Taufiq tu kahwin dengan Laila, saya bagi hadiah sekotak lipas hidup. Biar dua-dua tu menggelupur sebab geli. Dorang tu dengan lipas, sama je. Menyemak!" Bebel Lilian lagi.
"Wo wo, seram aku. Harap aku tak bermusuh teruklah dengan kau ni." Meremang sedikit bulu roma Haider. 'Tak padan dengan kecil, idea prank dia ni bukan biasa-biasa'
Selesai membuat pembayaran untuk barang yang dibeli, Lilian mengajak Haider singgah di llaollao. Lilian membeli ice cream bertopping strawberry. Disebabkan Haider tak berminat dengan ice cream, dia hanya membeli air mineral untuk melegakan kehausan. Mereka duduk di bangku. Haider menggeleng kepala sedikit. Betullah tanggapannya yang Lilian itu agak kebudak-budakkan.
Bibir Lilian yang agak comot itu menjadi perhatian Haider. Dia mencapai tisu dari plastik llaollao tadi kemudian mengelap bibir Lilian.
"Macam budak-budak" omel Haider.
YOU ARE READING
LILIAN✔️
RomanceLilian means pure, sweet and innocent. Tapi adakah ianya benar-benar menggambarkan keperibadian sebenar si pemilik nama. Lilian. Gadis ceria yang sering tersenyum. Tapi Lilian bukanlah senaif yang dia pamerkan. Hidupnya yang sudah dipenuhi oleh onak...