LILIAN 21
I wish I wasn't similar to her
^^^^^^^^^
Hujung minggu yang dinantikan sudah pun tiba. Setelah menjemput Lilian dari Puteri Palma, mereka bertolak ke rumah keluarga Lilian. Keluarga Naddy juga turut mengikut ke sana. Sampai di rumah keluarga Lilian, Lilian memberi salam. Encik Razak yang kebetulan duduk di ruang tamu itu menyambut kedatangan rombongan itu. Walaupun agak keliru, dia tetap menjemput mereka masuk.
"Papa" ujar Lilian. Hari ini Puan Melina dan Laila tiada di rumah kerana sibuk dengan persiapan perkahwinan Laila.
"Hmm"
"Boleh Lilian cakap dengan papa sekejap?" ujar Lilian lagi. Encik Razak memandang tetamu yang hadir sebelum kembali memandang Lilian. Dia kemudiannya, mengangguk. Encik Razak dan Lilian ke dapur sebentar.
"Papa, tu keluarga bakal suami Lilian. Lilian nak minta restu untuk kahwin" Lilian merenung mata Encik Razak."Bila nak kahwin?" soal Encik Razak. Sejujurnya dia tak pernah bencikan Lilian, gadis itu darah dagingnya, anak sulungnya. Tak mungkin dia benci, cuma dia masih terperangkap dalam peristiwa yang lalu.
"Hujung bulan ni. Lilian tak nak buat majlis besar-besaran." Encik Razak mengangguk faham. Dia tiada bantahan pun untuk Lilian berkahwin.
"Pa, betul ke apa yang mama cakap tu? Lilian bukan anak papa dengan mama ke?" Lilian masih berharap semua itu hanya pembohongan dari Puan Melina.
"Betul, dia bukan mama Lilian." Lilian terdiam.
"Lilian hanya anak kandung papa, bukan mama" Lilian berkerut lagi. Kenapa sampai complicated sangat?"Boleh Lilian tahu, siapa ibu kandung Lilian? Sekarang" Encik Razak mengangguk.
"Not now. Lepas Lilian nikah, papa akan cerita." Lilian tak puas hati, dia mahu tahu sekarang juga. Tapi Encik Razak bukanlah seseorang yang mudah untuk dipaksa.
Mereka kemudian kembali ke ruang tamu. Encik Abdullah Lim menyatakan hasrat mereka sekali lagi. Tanpa banyak bual bicara, Encik Razak menerima pinangan itu buat Lilian. Mereka berbincang tentang hari perkahwinan Lilian. Seperti yang Lilian katakan, majlis nikahnya itu hanya simple. Tiada majlis besar-besaran diadakan, hanya majlis doa selamat saja yang dilaksanakan di pihak lelaki.
Puan Rozita menepuk-nepuk perlahan tangan Lilian. Akhirnya gadis itu akan menjadi menantunya. Selesai perbincangan mereka, keluarga Haider meminta diri untuk pulang. Lilian juga tidak tinggal di rumah keluarganya sebaliknya dia pulang ke Puteri Palma.
~
Hari yang akan menyatukan Lilian dan Haider akhirnya tiba. Mereka kini di masjid untuk majlis pernikahan. Lilian senyum pahit kerana hanya Encik Razak yang datang ke majlis itu. Mungkin Encik Razak tak mahu menimbulkan masalah jikalau Puan Melina atau Laila ikut serta.
Disebabkan mereka hanya membuat majlis pernikahan, tak ramai tetamu yang dijemput. Hanya saudara terdekat dan teman rapat saja yang hadir. Pekerja Ian's Haus juga turut dijemput.
HAIDER'S POV
"Uhui! Dah tak single lah bro kita ni. Ni hen shuai, ma (you're very handsome )" ujar Liew dengan pelatnya. Haider menepuk dahi kawannya itu. Mulut dia memang tak berhenti mengusik saja.
"Aku memang hari-hari handsome." Balas Haider. Dia berjalan beringingan dengan Liew untuk masuk ke dalam masjid.
"Ceh. Geli pula aku dengar" Haider mengambil tempat di hadapan tok kadi dan Encik Razak tanpa menghiraukan Liew. Hampir semua hadirin sudah tiba. Suara tok kadi menarik perhatian semua hadirin.
YOU ARE READING
LILIAN✔️
RomanceLilian means pure, sweet and innocent. Tapi adakah ianya benar-benar menggambarkan keperibadian sebenar si pemilik nama. Lilian. Gadis ceria yang sering tersenyum. Tapi Lilian bukanlah senaif yang dia pamerkan. Hidupnya yang sudah dipenuhi oleh onak...