LILIAN 18

167 17 0
                                    

LILIAN 18

Take any measure to care for you

^^^^^^^^^

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Lilian pada Taufiq. Dia sedikit berdebar apabila menerima renungan gatal dari Taufiq.

"Jumpa kau" senyum gatal tersungging di bibir Taufiq. Lilian mula rasakan sesuatu yang pelik. Lebih baik dia keluar dari lift itu. Lantas Lilian menolak badan Taufiq ke tepi sebelum dia berlari ke tangga kecemasan. Dia mahu ke rumahnya secepat mungkin.

"Kau nak lari mana?!" Suara Taufiq yang turut mengejarnya bergema di laluan tangga itu. Sumpah, Lilian panik. 'Apa lelaki gila ni nak buat?'

Lilian mendaki tangga dari ground floor itu dengan sepantas boleh mengikut kudratnya. Dia tahu, dia semakin lemah disebabkan rasa penat yang terlalu mencengkam. Sesampai saja di tingkat 7, Lilian menarik nafas lega apabila Taufiq tiada dibelakangnya. Dia duduk di tangga itu untuk menarik nafasnya yang sudah tidak teratur. 

Tiba-tiba badan Lilian dipeluk dari belakang. Kuat! Lantas Lilian bergelut dengan Taufiq. Badan lelaki itu ditepuk-tepuk kuat. Lilian panik.

"Hahahaha, kau fikir kau boleh terlepas?" Tadi semasa di tingkat 3, Taufiq memutuskan untuk menaiki lift ke tingkat rumah Lilian. Nampaknya gadis itu memang bodoh. Mudah sangat dia berasa selamat.

"Lepaskan akulah, bodoh" Lilian menolak-nolak tubuh Taufiq, namun dia tak mampu. Pegangan lelaki itu terlalu kemas. Seperti sudah dirancang.

"Lepaskan kau? Hahahaha. Lelaki bodoh je yang lepaskan peluang macam ni" Taufiq menjilat telinga Lilian. Terkejut beruk Lilian dibuatnya.

"Bodoh! Lepaskanlah sial! Eww" mendengarkan cemuhan dari Lilian. Taufiq merentap baju blouse Lilian sehingga terkoyak di bahagian dada. Matanya bersinar dengan nafsu. Taufiq menelan liur melihat keadaan Lilian yang sungguh seksi itu. Dia tak sabar untuk merasai segenap inci tubuh gadis itu.

Lilian menutup bahagian yang terbuka itu dengan tangannya. Dia bangun dan ingin mencapai tombol pintu tangga namun terhenti oleh tindakan Taufiq yang mula mengasarinya.
"Tolong!!" Jerit Lilian dengan kuat. Taufiq mencekup kuat mulut gadis itu, manakalau tangan kanannya mula meraba tubuh Lilian. 

Sumpah Lilian takut. Air mata mula bergenang namun dia tahu tiada siapa dapat membantunya selain dirinya sendiri.
"Tolong. Tolong" suara Lilian yang tadinya kuat, mulai lemah. Taufiq mula menyentuh pangkal seluarnya, namun belum sempat dia meneruskan perbuatannya, pipi Taufiq ditumbuk kuat.

Dush! Tersungkur Taufiq setelah ditumbuk sekuat itu. Pipinya yang sudah berdarah itu disentuh. Perit.
"Siallah! Kau siapa?!" Jerkah Taufiq. Haider langsung tak membalas, sebaliknya dia melayangkan beberapa penumbuk lagi di pipi dan perut Taufiq. Dia bagaikan dirasuk dengan rasa marah.

"Haider" suara Lilian yang bergetar itu menarik perhatian Haider. Haider melepaskan kolar baju Taufiq sebelum dia mendekati Lilian. Pakaian gadis itu koyak, hampir menampakkan semua bahagian badan gadis itu. Haider mencabut jaket kulitnya sebelum menutupi badan Lilian. Telefonnya dicapai sebelum dia membuat panggilan kepada pihak keselamatan kondominium itu.

"There's someone being molested here but no security came! Naik tingkat 7 sekarang or I'll make sure to report this to higher-ups!" Tengking Haider. Lantas beberapa pengawal keselamatan tiba di tingkat 7. Haider mengarahkan mereka membawa Taufiq ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. Selesai berkata sedemikian, Haider mendekati Lilian sebelum mencempung badan gadis itu.

Lilian mengelak sedikit. Dia sedikit trauma.

"Jangan risau. Aku tak buat apa-apa pada kau." Ujar Haider apabila dia rasakan yang Lilian seperti panik. Muka Lilian pucat. 

LILIAN✔️Where stories live. Discover now