LILIAN 20
Let's get married
^^^^^^^^
Haider memandu pulang ke Puteri Palma. Malam itu, Puan Rozita memutuskan untuk menemani Lilian manakala Haider pulang ke rumahnya. Dia tak mahu mengganggu emosi Lilian. Biarlah gadis itu bertenang dahulu.
Semasa makan malam, Lilian hanya menyentuh sedikit saja makanannya. Puan Rozita sedikit risau tetapi dia tak mahu memaksa Lilian. Selepas makan, Puan Rozita menemani Lilian di bilik.
"Lili okay. Makcik tidurlah" Lilian meminta Puan Rozita tidur. Dia tak mahu ada sesiapa melihat dia menangis pun."Makcik nak teman Lili." Rambut Lilian disisir ke tepi. Semakin lama, dia jatuh sayang pada Lilian. Tak susah pun untuk menyayangi gadis sebaik Lilian. Hanya orang bodoh saja yang tak nampak kelebihan Lilian.
"Takpe makcik. Lili pun dah nak tidur ni" Lilian berkata lagi. 'Isn'it strange? Strangers care for you more than your family'.
"Okay. Kalau Lili nak apa-apa, kejut makcik. Kalau makcik tak sedar, call Haider. Ni nombornya" Puan Rozita menghantar nombor telefon Haider pada Lilian. Lilian senyum kecil.
"Jangan risau, you can be my daughter, Lili" ujar Puan Rozita lagi."Terima kasih makcik" Puan Rozita memalingkan badannya membelakanginya Lilian. Tak lama kemudian, Puan Rozita tertidur, umurnya yang sudah lewat itu membuatkan dia cepat mengantuk.
Lilian terkebil-kebil memandang siling. Dia tak boleh tidur. Setiap bait kata dari Puan Melina tadi menusuk ke jiwanya. Jadi sebab itulah dia tidak disayangi dari kecil? Tapi kenapa sampai perlu tipu? Kenapa tak jujur saja dari dulu? Lilian mengeluh.
Tangannya yang masih memegang telefon itu tanpa sengaja terdail nombor Haider.
"Hello?" Lilian sedikit kaget apabila suara lelaki sayup-sayup berbunyi. Skrin telefon dipandang."Hello?" suara Haider kembali menyoal.
"Hello, ni Lili" Lilian memutuskan untuk berbual saja dengan lelaki itu. Lagipun dia tak boleh tidur.
"Awak dah tidur ke?" Soal Lilian lagi."Soalan kau ni, tak boleh bijak lagi ke?" Lilian mencebik, Haider ni tak pernah cakap baik-baik dengan dia. Menyampah!
"Saya nak cakap dengan awak kejap" ujar Lilian lagi.
"Hmm"
"Dekat balkoni"
"Hmm"
"Haider, awak dengar tak? Ke dah tidur?" soal Lilian lagi. Rasa sedihnya dah hilang dan diganti rasa geram pada Haider pula.
"Ye ye. Aku dengar. Pakai lengan panjang, baru keluar" pesan Haider. Panggilan ditamatkan. Lilian tak berlengah lantas terus ke balkoni, pesanan dari Haider tadi tidak dihiraukan. Kelihatan Haider sudah pun keluar ke balkoni rumahnya juga.
"Masuk!" ujar Haider. Lilian berkerut sedikit."Tadi awak dah setuju nak borak dengan saya. Ni, halau pula ke?" Lilian mencebik. Geram betul dengan Haider yang dah macam perempuan period.
"Pergi pakai cardigan ke apa ke. Sejuk ni" Lilian berdecit. Dia kemudian masuk ke biliknya dan mencapai cardigan sebelum kembali ke balkoni. Kerusi kecil ditarik untuk duduk.
"Dah" Lilian menunjukkan cardigannya."Okay" suasana kembali senyap. Lilian berdehem sedikit namun Haider tetap senyap.
"Sorry" ujar Lilian. Dia tak pandai nak minta maaf tetapi rasa bersalah kerana menengking Haider tadi mendorong dia untuk berkata seperti itu.
"For what?" Haider menjeling sedikit Lilian yang tertunduk. 'Haish. Did I go overboard? Baru nak try merajuk, dia ni heh'
"I'm sorry, saya tengking awak. Isk. I shouldn't do that, awak just nak tolong saya je." Lilian menangis. Dia tak suka Haider yang versi serious seperti ini. Selama ni walaupun Haider kasar, lelaki itu tak pernah layan dia dengan dingin.
"Dah. Tahu pun"
"Tapi awak pun salah. Saya nak dengar apa mama cakap, tapi awak menyibuk. Memang patutlah kalau saya marah pun. But then, you still meant well" ujar Lilian lagi. Haider rasa nak tergelak, perempuan memang complicated!
"Kau ni nak minta maaf ke tak sebenarnya? Hmm dahlah, pasal tu aku tak ambil hati pun." Ujar Haider
"Kau okay?" Lilian mengangkat kepalanya memandang Haider seraya mengangguk. Senyum manis dilemparkan pada Haider."Okay" Lilian membuat suara ceria namun Haider sudah arif dengan perangai Lilian.
"Tak payah pura-pura depan aku. I know you're not okay. Cakap dengan aku, aku dengar" senyuman diwajah Lilian pudar.
"Saya still nak dengar kebenaran sebenar dari mama. I need to know. Mama benci saya sangat-sangat. I can't go on" Lilian mula meluahkan apa yang dia rasakan. Tak layakkah untuk dia mendapat kasih sayang yang tulus?
"Meet her when you're ready. Sekarang ni kau tenangkan diri dulu. Your feelings matter." Lilian terdiam. Sedikit sebanyak dia terpujuk, mungkin ini kali pertama perasaannya menjadi keutamaan buat seseorang.
"Kau tak pernah fikir untuk lari? Dari diorang?" Soal Haider tiba-tiba. Kalau Haider, sudah lama dia akan pergi jauh-jauh dari keluarga seperti Lilian."Bukan setakat lari, I wish I could disappear from this world. It's too painful to go on." Ujar Lilian. Seperti biasa, senyuman sentiasa meniti bibir gadis itu.
"Then, what did hold you back?"
"Harapan. Harapan yang satu hari nanti, dorang akan kembali sayangkan saya. Sayangkan saya macam mana dorang sayangkan Laila. I never wish to replace her, I just want to be the same as her" tanpa sedar, air mata jatuh dipipi Lilian.
"Am I not enough?"
Haider terkedu. Siapa sangka pemilik senyum terbaik menyimpan kedukaan yang parking perit."Kahwin dengan aku" entah dari mana Haider dapat kekuatan untuk berkata sedemikian pun dia tak tahu. Yang dia pasti, Haider tak mahu lagi ada air mata jatuh dari mata Lilian.
Lilian terdiam. Dia salah dengar ke?
"Kahwin dengan aku" Haider berkata lagi dengan yakin. Dia tekad untuk menjaga Lilian seumur hidupnya.
"It's not funny, Haider" Lilian berpaling pada Haider namun, riak serious dan jujur dari Haider itu membuatkan dia sedikit sebanyak percaya.
"It's not a joke. Kahwin dengan aku, izinkan aku jaga kau. I'm not doing this out of pity" Haider merenung ke dalam anak mata Lilian.
"Bagi saya masa." Ujar Lilian lantas berlari masuk ke dalam rumahnya. Haider tertawa kecil melihat Lilian.
~
Keesokkan paginya, Lilian bangun dengan rasa sengal badan. Teringatkan lamaran yang langsung tak romantik dari Haider malam tadi, pipinya terasa hangat. Lilian menepuk dahinya untuk mematikan imaginasi merepeknya. Dia kemudian berlalu ke bilik air untuk mandi.
Selepas mandi, Lilian mengikat rambutnya ala kadar sebelum berlalu keluar dari bilik. Suara Haider yang kedengaran di ruang tamu membuatkan Lilian terhenti langkah.
"Lili. Dah bangun? Meh sini, makan sarapan" Puan Rozita menghidang nasi lemak yang dibeli oleh Haider. Rumah Lilian yang selalunya sunyi itu sedikit ceria dengan kehadiran Haider dan Puan Rozita.
Lilian mula menjamah sarapan.
"Haider cakap, dia ajak Lili kahwin. Betul ke?" Soal Puan Rozita. Tersedak Lilian dibuatnya, lantas Haider menghulur air mineral buatnya.
"Ibu" Puan Rozita mengangguk faham. Pasti Lilian terkejut dengan soalannya tadi.
"Lili dah ada jawapan?" Soal Puan Rozita lagi. Dia memang sudah excited sangat. Lilian memandang Puan Rozita kemudian Haider. Tak dinafikan yang dia juga turut jatuh sayang pada dua orang itu. Mereka berdua sudah banyak membantunya, dan mungkin dengan mengahwini Haider, dia akan bahagia. Siapa tahu.
Lilian senyum sebelum berkata.
"Lili setuju" pipinya kemerahan saat berkata sedemikian. Dia mahu kedukaannya berakhir.
"Kita jumpa family Lili hujung minggu ni, ye?" Cadang Puan Rozita. Lilian mengangguk setuju, dia serahkan semuanya pada takdir.
YOU ARE READING
LILIAN✔️
Roman d'amourLilian means pure, sweet and innocent. Tapi adakah ianya benar-benar menggambarkan keperibadian sebenar si pemilik nama. Lilian. Gadis ceria yang sering tersenyum. Tapi Lilian bukanlah senaif yang dia pamerkan. Hidupnya yang sudah dipenuhi oleh onak...