EPISOD 1

1.1K 25 0
                                    

EPISOD 1

"HOW can I forget... your heart is never being mine," Aku ketawa hambar.

"Listen..."

"Nah, just forget it," Langkah kakiku ditahan.

"Excuse me," Aku memandang dia yang masih memberikan aku pandangan kosong.

"No!" katanya masih mahu menahan aku dari pergi. "Firdaus, please. Jangan sampai saya hilang hormat pada awak. Orang mula tengok. Saya tak nak buat drama swasta untuk tontonan orang."

Cukuplah. Sudah tidak betah untuk aku menghadap semua ini. Apa yang aku mahu tika ini, cumalah katil. Badan dan emosiku terasa lelah. Lelah sekali.

"Cik Fifi." Satu suara memanggil aku. Pemandu peribadiku berdiri di belakang setia menantikan kehadiran aku. "Mari kita pergi," ujar aku.

"Mari, saya bawakan beg-beg Cik Fifi," bagasi milikku kini bertukar tangan. Aku meneruskan langkah seiring dengan pemandu peribadiku meninggalkan dia sendiri di situ.

"Awak tak boleh lari jauh daripada saya, Yana." Suara dia tegas memberi amaran. Tetapi, aku buat tidak tahu.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Kereta yang dipandu pemandu peribadiku laju meluncur di atas jalan raya menuju ke teratak peribadi milikku yang terletak di bandar Mont Qiara. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir jua di pipi mulusku. "How could you?!" jerit aku tidak puas hati.

Pemandu peribadiku terkejut menjeling dari cermin, "Cik Fifi?"

"Maafkan saya, Hilman. Teruskan memandu,"

"Oh ya... awak tolong capai kan saya satu botol air mineral dan sepapan panadol, boleh?" pintaku merayu. Serba salah aku dibuatnya kerana telah menganggu pemanduan Hilman. Haish, bengang ke orang lain, orang lain pula yang jadi mangsa. Tak pasal-pasal.

"Ya Allah, Cik Fifi. Mana pernah dibuat orang telan panadol empat biji," Hilman mula membebel. Aku endahkan sahaja. Mata dipejamkan dan tubuhku dibiarkan rebah di atas tempat duduk penumpang di belakang. Patung beruang lembut berwarna coklat dipeluk erat di dalam dakapan. Tanpa sedar, aku membiarkan alam lena menyapa.

Hilman yang melihat majikannya sudah diulik mimpi memasang headset di telinga. Dia mendail nombor seseorang. Lega hatinya apabila di corong sebelah sana menyambut panggilannya. "Encik Firdaus, Cik Fifi telan panadol. Ya, kali ni... empat biji. Sekarang ni? Cik Fifi tidur. Eh, saya tak boleh buat macam tu Encik Firdaus. Kalau Cik Fifi tahu saya bersubahat dengan Encik Firdaus, dia akan pecat saya. Ya, Encik Firdaus. Baiklah."

Dia terpaksa akur memberhentikan kereta yang dipandunya di satu pondok menunggu bas. Sesekali dia menjeling ke arah belakang dan jam di pergelangan tangan. 10 minit sudah berlalu. Akhirnya, ada sebuah kereta mewah berhenti di depannya.

Keluar seorang jejaka berkaca hitam dari ruang pemandu kereta mewah itu lantas membuka pintu penumpang belakang kereta yang dipandu Hilman. Jejaka itu masuk ke dalam perut kereta yang dipandu Hilman. Kepala Fifi diangkat perlahan dan diletakkan di atas ribanya. Tuan empunya kepala langsung tidak menyedari kehadiran jejaka asing itu.

"Hilman, awak boleh gerak. Kereta saya nanti, saya dah suruh budak lain uruskan. Lebih baik kita sampai rumah cepat sebelum tuan puteri seorang ni bangun," kata Firdaus disambut anggukan daripada Hilman. Kereta tersebut kembali di atas jalan raya menuju ke bandar Mont Qiara.

Firdaus membelai perlahan rambut ikal hitam milik Fifi. Kepalanya ditunduk membisikkan sesuatu di telinga gadis itu, "Yana, please. Please forgive me. Please, keep loving me." Dia mengucup dahi Fifi.

APAIXONARWhere stories live. Discover now