Derhaka - 3

155 2 0
                                    

Hari ini Botak akan mengikut Shah berjumpa dengan keluarganya. Hari ini dalam sejarah buat Botak, menjadi Pak Turut. Tempat perjumpaan telah ditetapkan di Water Front. Keluarga Shah sudah sampai malam semalam dan menginap di sebuah hotel di bandar.

Pukul 9.30 pagi. Botak dan Shah sudah terpacak di salah sebuah pondok di Water Front. Shah berkali-kali mengingatkan Botak.

"Botak! Lu jangan lupa apa yang gua ajar,"

Botak hanya mengangguk kepala saja. Shah yang membuat semua rancangan.

Pukul 10 pagi. Shah memberi signal dengan menuding jari ke depan. Botak mengalih pandangannya melihat ke depan. Dalam jarak 100 meter, kelihatan sepasang suami isteri berjalan ke arah kami. Suami berumur dalam 60-an dan isteri berumur dalam pertengahan 50-an. Mereka mengatur langkah menuju ke arah anaknya. Sampai saja, Botak terus menghulurkan tangan bersalam.

"Apa khabar pakcik, makcik?" Menunduk kepala Botak.

Dalam hati Botak, sebentar lagi drama swasta akan bermula. Berdebar hati, jangan cakap. Setelah ayah bertanyakan khabar anak, tentang kerja anak dan hal-hal yang sepatutnya. Bermulalah perbincangan sebenar tujuan mereka datang ke sini. Perbincangan yang pastinya membawa pertengkaran.

Ayah merenung ke wajah anaknya. Perlahan nada suara dilontarkan.

"Kau tak boleh buat macam ini. Cuba kau fikir macam mana perasaan ayah, mak, saudara mara dan orang kampung,"

"Hah, kan sebiji macam aku cakap," bisik hati Botak. Botak lihat Shah terdiam, mak pula menambah.

"Kau tak sayang ke tunang kau? Dia sedih sangat. Mak kesian tengok dia..."
Shah masih membatu lagi. Ayah mencelah pula.

"Kau tak sayang ke kat ayah dan mak?"

"Sayang," Shah mula bersuara perlahan. Mukanya tunduk memandang ke lantai.

"Jadi kenapa kau buat macam ni?" Tanya ayah. Matanya kekal melihat ke arah anaknya.

Shah pantas menjawab.
"Nak buat macam mana ayah? Shah kena paksa kahwin. Shah kena ugut dengan family perempuan tu. Kalau Shah tak ikut, macam-macam Shah kena nanti. Kalau ayah tak percaya, ayah boleh tanya kawan Shah ni," Shah menuding jari ke arah Botak.

"Betul pakcik! Shah kena ugut, kena paksa!" Itu tugas Botak sebagai Pak Turut. Botak bersuara lagi.

"Kat sini lain pakcik, tak macam kat Semenanjung,"

Mak pula bersuara. "Kau dah bertunang. Kenapa nak bawa anak perempuan orang?" Shah terdiam kemudian perlahan nada suaranya.

"Ayah! Mak! Shah mengaku bersalah. Shah minta maaf sangat-sangat. Perkara dah berlaku Shah tak boleh bercerai dengan dia. Nanti masalah timbul." Shah menipu.

"Amboi! Pandai betul psycho family lu," bisik hati Botak.

Ayah dan mak terdiam. Tapi Botak perasan wajah ayah Shah tidak puas hati. Ayah bersuara tegas.

"Ayah hairan macam mana pegawai kau boleh benarkan kau berkahwin. Pegawai kau tahu kau dah bertunang! Ayah tak puas hati! Ayah nak jumpa pegawai kau!"

"Perrghhh! Masalah! Masalah!" Leter hati Botak.

Shah panik sebab skrip ayahnya tidak ada dalam skripnya. Shah tidak terfikir yang ayahnya akan berkata dan akan bertindak sebegitu. Pantas Shah bersuara.

"Ayah tak boleh buat macam tu. Nanti, saya yang malu,"

"Malu kau, kau tahu. Malu ayah, kau tak tahu!" Keras nada suara ayah. Amarah di wajahnya ketara.Shah berdiri di depan ayahnya.

"Jangan ayah! Jangan buat macam ni!"
Kelihatan ayah tidak peduli. Ayah tidak dapat menerima hakikat yang anaknya sudah berkahwin di Sarawak.

"Sekarang! Bawa ayah jumpa pegawai kau!" Tiba-tiba Shah panggil Botak.

"Botak lu cerita!"

"Ahhh! Yang ini pun tak ada dalam skrip. Macam mana aku nak buat ni?"

Botak bercakap di dalam hati. Menggelabah keadaan Botak.

"Betul pakcik. Pakcik tak boleh jumpa pegawai kami. Nanti Shah kena denda. Lagi pun semuanya dah selesai,"

Botak main belasah sahaja menjawab. Tersekat-sekat suara Botak. Botak sangkakan ayah Shah akan mengalah tetapi sebaliknya. Bertempik nada ayah sambil memandang anaknya.

"Selesai apa? Kau tak tahu macam mana orang kampung akan cakap kat ayah! Selesai kau cakap!"

Merah muka ayah memandang ke wajah anaknya. Botak seperti hendak lari dari tempat kejadian. Semua yang dirancang oleh Shah tidak menjadi. Ayah Shah semakin tidak puas hati.

"Ayah tak kira! Ayah nak jumpa pegawai kau sekarang juga. Kalau kau tak nak bawa, ayah boleh tanya orang. Pergi sendiri!"

Ayah terus meluru melangkah. Pantas Shah cuba memintas dan menghalang ayahnya. Disebabkan ayah berjalan laju, entah macam mana ayah terlanggar badan Shah lalu terjatuh ke belakang. Botak tergamam. Mak menjerit mendapatkan ayah.

 Mak menjerit mendapatkan ayah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hutan - DerhakaWhere stories live. Discover now