Derhaka - 4

127 0 0
                                    

Ayah Shah jatuh terduduk, dan belakang kepalanya terhantuk pada bucu kerusi. Shah panik dan terus mendapatkan ayahnya.

"Ayah, maafkan Shah, Shah tak sengaja,"

Ayah diam sahaja. Kesakitan dan kekecewaan jelas di wajahnya. Mak bersuara dengan nada tinggi. Ada tangisan dalam nadanya.

"Inikah balasan yang kau tunjukkan pada ayah dan mak? Disebabkan perempuan tu, sanggup kau buat macam ni!"

"Mak, maafkan Shah! Shah tak sengaja. Sumpah mak!"

Shah menangis ketika itu. Mak tidak bersuara, hanya mengerakkan tubuhnya membantu Ayah bangun. Botak turut membantu.

"Dahlah bang. Mari kita balik," kata mak.

Ayah masih terdiam. Botak ternampak tapak tangan ayah Shah berdarah. Bajunya turut kelihatan berdarah. Darah mengalir turun dari kepalanya. Mak menarik tangan ayah. Ayah akur, bangun melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.

Shah mengejar sambil memanggil ayah dan maknya. Tapi tidak diendahkan oleh mereka. Shah mematikan langkah dan hanya mampu memandang sahaja keluarganya pergi. Ada kesedihan di wajahnya.

Botak pula masih lagi di pondok itu, tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Botak rasa bersalah. Satu kejadian yang di luar dugaan telah berlaku. Ayah dan mak Shah hilang daripada pandangan, Shah terus mendapatkan Botak.

"Botak. Apalagi yang harus gua buat sekarang ni?"

Botak pandang wajah Shah, di wajahnya jelas ada tangisan, kesedihan dan kekesalan. Botak berkata.

"Lu pergi ke hotel, tunggu family lu kat sana. Kepala bapa lu berdarah. Lu minta maaf kat mereka. Baik pergi sekarang, sebelum terlambat,"

"Botak, gua tak sengaja,"

"Gua tahu! Pergi sekarang, cepat!" tegas suara Botak memberi arahan pada Shah.

Shah sempat memohon maaf pada Botak kerana membabitkan Botak dalam semua ini. Shah lantas berlari meninggalkan Botak. Tinggallah Botak di pondok sendirian.

Sebenarnya kejadian ini tidak disengajakan dan terjadi terlalu cepat. Shah sama sekali tidak menolak ayahnya. Disebabkan ayahnya meluru terlalu laju ke arahnya lalu terlanggar tubuh Shah. Ayahnya terjatuh ke belakang. Tangan kanan Shah cuba menyambut ayahnya tapi tidak berjaya. Botak menjadi saksi kejadian ini.

Tentang putuskan tunang memang Shah yang bersalah. Tentang menipu berkahwin dan kena ugut memang Shah yang bersalah. Botak juga bersalah kerana bersetuju menjadi Pak Turut.

 Botak juga bersalah kerana bersetuju menjadi Pak Turut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hutan - DerhakaWhere stories live. Discover now