Derhaka - 9

102 1 0
                                    

Tiga bulan di dalam hutan, operasi berakhir. Hari ketiga sejak keluar operasi, Botak mendapat tahu yang Shah telah sembuh. Botak teringin sangat berjumpa dengan Shah, untuk bertanya khabar. Tapi masih tidak berpeluang ketika itu.

Hari kelapan. Peluang untuk Botak berjumpa Shah menjelma. Di tempat biasa Botak menunggu. Botak dapat melihat Shah berjalan dari jauh. Shah melangkah bergaya dengan tangan kanannya dihayun ke depan dan ke belakang begitu kemas menuju ke arah Botak.

"Shah memang dah sembuh," bisik hati Botak.

Apabila berdepan saja dengan Botak. Wajah Shah kelihatan berseri dan ceria. Shah memberi salam, Botak membalas salam sambil berjabat tangan.

"Apa khabar, sihat ke Shah?" tanya Botak.

"Syukur sihat," ringkas jawab Shah.

Shah begitu rancak bercerita. Seolah-olah dia tidak pernah sakit. Mulut ini hendak juga bertanya bagaimana Shah sembuh. Tapi lidah ini kelu, tidak sanggup. Tidak tahu kenapa.

Tiga bulan yang lepas, Shah menderita sakit misteri, tidak bermaya, lumpuh sebelah tangan, bercakap pun susah.

Hari ini di hadapan Botak, Shah berdiri penuh bertenaga seperti tidak pernah sakit. Botak menjeling tangan kanannya, bersih, putih tiada warna merah lagi. Tiada kesan langsung. Shah bersuara.

"Botak! Gua dah putuskan hubungan dengan induk tu. Gua akan berkahwin dengan tunang gua."

Botak tersenyum kemudian bersuara.
"Baguslah macam tu!"

Sebenarnya banyak soalan yang hendak Botak tanyakan pada Shah. Tetapi tidak terkeluar daripada mulut Botak.

Seperkara lagi, Shah seperti tidak selesa dengan Botak seperti mereka baharu sahaja berkenalan.  Akhirnya Botak membiarkan soalan itu tertanam dalam dirinya sendiri.

*

Botak bersama dua orang kawan berjalan-jalan mencari makan di bandar. Setelah puas berpusing-pusing di bandar, salah seorang daripada mereka mengajak semuanya makan tengah hari di sebuah restoran.

Salah seorang daripada rakan Botak tidak ikut masuk ke hutan. Standby. Sedang makan, kami berbual-bual tentang cerita-cerita terbaru yang Botak telah ketinggalan.

Maklumlah masuk hutan 3 bulan. Baik tentang kawan atau pun tentang perempuan. Sedang berbual, spontan nama Shah terkeluar. Rakan Botak memberitahu yang Shah akan Posting (pindah) dalam masa terdekat ini. Terperanjat Botak mendengar khabar tersebut.

"Kenapa Shah tak beritahu aku?" bisik hati Botak.

Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke kaki sekali. Botak terus mengajukan soalan bagaimana Shah boleh sembuh. Kawan tersebut hanya merenung wajah Botak. Ada gusar terlukis pada wajahnya. Agak lama juga untuk dia bersuara.

"Shah tak cerita kat lu ke Botak? Lu kan kawan baik dia,"

"Tak! Mungkin belum sampai masa kot. Lagi pun gua tak sampai hati nak tanya," jawab Botak selamba.

Kawan Botak sekali lagi tenung wajah Botak dan seorang lagi. Meliar matanya pandang kiri dan kanan pula melihat orang didalam kedai makan. Seakan was-was untuk bercerita.

"Janji cerita ni habis kat sini sahaja! Janji OK!" Perlahan nadanya tapi tegas.

"Janji!" serentak kami menjawab.

Agak lama juga untuk kawan Botak yang tidak masuk ke hutan itu untuk bersuara.

"Sebenarnya tiada ubat pun yang sembuhkan Shah. Kau orang tahu tak yang family Shah datang apabila dapat tahu Shah sakit?"

"Takde ubat?" ulang Botak.

"Ya takde ubat. Doktor pun tak tahu Shah menderita penyakit apa. Doktor hairan kenapa cuma lumpuh tangan kanan je. Kau orang tahu apa yang buat Shah sembuh?"

"Tak tahu!" Pantas Botak menjawab.

"Ayah Shah adalah ubatnya. Ayahnya maafkan Shah. Ayahnya pegang tangan Shah yang sakit tu seperti bersalam. Tiga kali ayahnya ulang perkataan "MAAFKAN". Kau orang tahu apa yang berlaku selepas tu? Tak sampai 10 minit, tangan Shah dah boleh bergerak walaupun perlahan kemudian Shah mula bercakap. Aku ingat tak sampai 1 jam, Shah dah sembuh 100% seolah-olah tak pernah sakit. Semua doktor dan nurse yang bertugas pada malam tu terperanjat dan hairan," rakan Botak berhenti bercerita. Serius wajahnya.

"Sumpah! Sampai bila-bila pun aku tak boleh lupa peristiwa ini. Ustaz suruh aku merahsiakan semua ini," tuturnya lagi.

Botak dan rakan seorang lagi terdiam. Tiada sebarang soalan lagi. Wajah Botak terharu dengan apa yang berlaku pada Shah. Dalam hati pula Botak rasa bersyukur yang Shah telah sihat.

Tamat.

Hutan - DerhakaWhere stories live. Discover now