Derhaka - 8

106 0 0
                                    

Tidak sampai seminit kemudian, Shah bersuara semula. Perlahan nadanya. "Sakit! Sakit!"

Itulah perkataan pertama yang terlontar dari mulutnya sejak sakit. Pantas Abang Din memintas.

"Sakit apa? Kat mana yang sakit?"

Shah tidak menjawab, hanya matanya sahaja yang berkerdip, memandang liar. Dua tiga kali Abang Din mengulangi soalan yang sama. Shah masih tidak menjawab, pandangannya kosong. Shah seperti berada dalam dunianya sendiri.

Aduh! Botak tidak tahu bagaimana hendak nyatakan keadaan sebenar Shah. Abang Din membuat keputusan sendiri.

"Buka blanket! Mungkin Shah panas,"
Sebaik blanket dibuka, semua tergamam, terkejut. Ya Allah! Tangan kanan Shah telah membengkak dan membesar seperti batang Pisang Nipah. Semua orang menjadi panik.

"Medik! Kenapa ni?" keras nada suara Abang Din.

Medik dalam keadaan kelam-kabut memeriksa tangan Shah.

"Saya tak tahu abang!" Medik mengaku kalah akhirnya.

Sakit Shah tidak dapat dikesannya. Tangan Shah membesar, berwarna merah membara. Tangan yang membesar itu telah menimpa badan Shah. Mungkin ini puncanya Shah merasa sakit. Pada pendapat Botak dan kawan-kawanlah.

Abang Din mengarahkan supaya Para dibuat untuk meletakkan tangan yang membengkak dan besar itu. Semasa Para sedang dibuat. Botak melihat Medik membisikkan sesuatu ke telinga salah seorang rakan Botak. Rakan Botak menganggukkan kepalanya lalu berlari keluar.

Selang beberapa minit, rakan Botak datang dengan satu cawan berisi air panas. Botak sangkakan air panas untuk diminum. Medik rapatkan cawan tersebut hingga bersentuhan dengan kulit tangan Shah yang membengkak.

Pelik! Shah tidak merasa apa-apa!
Semua yang berada di situ terkejut kerana tiada tindak balas daripada Shah. Shah tidak merasakan panas pun. Shah hanya diam sahaja. Matanya tidak berhenti memandang sekelilingnya.

Medik menepuk bahu Abang Din. Abang Din bangkit dan mengikut Medik keluar. Ada sesuatu yang Medik perkatakan. Abang Din mendengar serius, sesekali Abang Din mengangguk kepalanya.

Para siap dibuat, kelihatan seperti sebuah meja kecil. Abang Din dipanggil, Abang Din berjalan memasuki tempat Shah.

"Letak tangan Shah yang bengkak tu kat atas para," arah Abang Din.

"Baik Abang!" Jawab kawan Botak.

Dua orang ditugaskan untuk mengangkat tangan Shah tetapi tidak terangkat. Empat orang akhirnya mengangkat tangan Shah. Sebaik sahaja tangan Shah diletakkan.

"Prapp!"

Pecah dan patah batang kayu yang dibuat para itu.

"Berat sungguh tangan Shah," bisik hati Botak.

Botak tidak mengangkat tangan Shah pada masa itu. Botak hanya mampu menolong mengangkat tangan Shah yang terjuntai ke tempat asal. Botak dapat rasakan beratnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Akhirnya kami mengambil keputusan membuat para yang baharu. Dua batang kayu sebesar peha orang dewasa dibaringkan ke tanah dan di atas kayu itu kami susun pack galas kosong.

Berseling-seli dengan kayu. Para yang baru ini dapat menampung keberatan tangan Shah. Abang Din memanggil kami berkumpul di luar. Abang Din memberi arahan.

"Esok Shah mesti dibawa keluar. Tangan Shah telah lumpuh."

Semua terdiam mendengar kata dari Abang Din. Botak tahu, Medik telah memberi maklumat kesihatan Shah kepada Abang Din.

Pukul 1 pagi. Sekali lagi kami dikejutkan dengan suara Shah. Kali ini, berbeza bunyinya. Kalau sebelum ini kebanyakan suaranya tidak jelas seperti meracau, hanya perkataan sakit sahaja yang jelas. Tapi kini ada sebutan baharu yang jelas kedengaran. Ayat yang jelas kedengaran.
"Ayah, ampun! Mak, ampun! Shah minta ampun,"

Botak tersentak apabila terdengar Shah menyebut nama ayah dan maknya. Bagaikan helang menyambar mangsanya pantas Botak teringat aka peristiwa itu. Badan Botak terasa begitu lemah. Botak cuba untuk bangun tetapi tidak terdaya pada mulanya.

Badan Botak bermandikan peluh secara tiba-tiba. Hati Botak berkata."Ya Allah! Apakah ini tunai daripadaMu?" Botak gagahkan juga diri untuk bangun, perlahan–lahan langkah diatur. Menggigil kaki Botak semasa mengatur langkah.

Botak melihat Abang Din sedang berbual dengan salah seorang rakan Botak. Seketika kemudian, rakan Botak membawa secawan air pada Abang Din.

Botak pasti itu ialah Air Yasin. Setelah Abang Din memberikan air Yasin pada Shah, akhirnya Shah terdiam, lalu dia tertidur.

Awal pagi. Abang Din telah memilih tempat untuk dibuat LP (tempat helikopter untuk mendarat). Setelah selesai semuanya, pada tengah hari itu, helikopter selamat mendarat. Shah telah dibawa keluar ke bandar terdekat untuk diberikan rawatan kecemasan.

Hutan - DerhakaWhere stories live. Discover now