Derhaka - 5

113 1 0
                                    

Pukul 11 malam. Shah akhirnya pulang. Botak terus bertanya kepada Shah.

"Macam mana Shah?"Dengan wajah yang sedih Shah bersuara.

"Gagal Botak! Puas gua cari tapi tak berjumpa. Gua tunggu kat hotel dari siang sampai malam. Gua tanya receptionist hotel, dia kata belum check out lagi. Gua pun tak tahu mana family gua pergi. Gua dah tak tahu nak buat apa?"

"Sabar Shah. Yang penting lu dah cuba," Botak tenangkan Shah. Shah diam sahaja. Kesedihan di wajahnya kekal kelihatan.

Keesokan harinya Shah mendapat panggilan daripada adiknya mengatakan ayah dan maknya telah sampai ke rumah.

Sejak dari itu boleh dikatakan hampir setiap hari Shah menelefon keluarganya tetapi panggilannya tidak dijawab. Maksudnya bukan ayah atau mak yang menjawab panggilannya. Sebaliknya adik beradik Shah yang menjawab panggilannya.

Shah merayu untuk bercakap dengan ayah dan maknya tetapi mereka tidak mahu. Dengan adik beradiknya Shah kirimkan salam memohon maaf kepada ayah dan maknya.

Sebulan berlalu.

Selama itu juga Shah tidak dapat bercakap dengan ayah dan maknya. Hanya melalui adik beradik Shah sampaikan kata-kata memohon maaf. Shah merasakan semuanya telah selesai. Shah merasakan ayah dan mak telah memaafkan dirinya.

Hubungan Shah dengan perempuan itu pula berjalan seperti biasa dan makin mesra, kasih dan erat.

Bulan kedua.

Pasukan Botak termasuk Shah telah diarahkan untuk masuk hutan ke kawasan pedalaman di daerah Sarawak. Setelah siap segala persiapan, maka berangkatlah pasukan Botak ke sana. Perjalanan yang mengambil masa hingga 10 jam, amat memenatkan.

Pada waktu malam, pasukan Botak sampai ke tempat yang dituju. Setelah base didirikan dan makan malam, kami berehat dan tidur.

Pagi, selepas sarapan. Pasukan Botak diarahkan menjalankan Long Patrol (rondaan jarak jauh) maksudnya bergerak ke satu tempat yang ditetapkan berpandukan Peta (Petak Peta).

Selalunya memakan masa sehingga 6 atau 7 hari. Keadaan muka bumi, halangan dan cuaca memainkan peranan juga. Pasukan Botak diketuai oleh Abang Din, gelaran yang Botak berikan.

Pukul 10 pagi. Kami bergerak meninggalkan base. Dalam perjalanan itu, wajah hutan terpamer mesra di depan mata. Kehijauan dedaunan, batang-batang balak yang tumbang dan deruan air jeram, semuanya bagaikan landskap yang indah. Suara unggas pula bagaikan radio bagi Botak. Walaupun tiada bahasa namun tetap sedap didengari menjadi halwa telinga.

Pasukan Botak berjalan secara Baris Jepun (barisan memanjang) seramai 8 orang semuanya. Botak berada nombor 3 dari depan, manakala di belakang Botak ialah Shah. Semasa melangkah itu, Shah rapatkan dirinya pada Botak. Shah bersuara perlahan.

"Botak! Induk tu sedih kena tinggal,"
Botak kekal memandang ke depan. Tapi mulutnya bersuara.

"Induk tu yang sedih ke lu yang sedih?" sindir Botak. Tersenyum kecil Botak. Shah diam sahaja.

Petang mula menunjukkan wajahnya. Mentari sudah pulang ke tempatnya. Mendung mula menguasai lantai hutan. Pasukan Botak mula mendirikan Base Up berhampiran anak sungai.

Selepas makan malam, masing-masing duduk berbual. Biasalah. Apalagi yang dibualkan oleh jantan-jantan di dalam hutan ini kalau bukan tentang perempuan, termasuklah Botak.

 Apalagi yang dibualkan oleh jantan-jantan di dalam hutan ini kalau bukan tentang perempuan, termasuklah Botak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hutan - DerhakaWhere stories live. Discover now