AELLA tersedar dari lena panjang.
Buka sahaja kelopak mata siling mewah yang tinggi menjadi tatapan pertama. Keadaan sekeliling yang asing baginya dipandang pelik. Tak pernah dia nampak bilik hospital megah dan besar sebegini.
Belum habis memikirkan bilik tersebut, timbul lagi satu masalah. Rambutnya yang panjang bewarna putih itu disentuh lembut. Keningnya berkerut.
'Bukan rambut aku warna hitam ke?'
Seperti sedar akan sesuatu, laju dia turun dari katil menuju ke cermin yang sebesar pintu yang terdapat di dalam bilik mewah tersebut.
Spontan mulutnya terbuka luas apabila memandang pantulan imej di cermin tersebut.
Iris mata yang indah bewarna biru cerah dilengkapi dengan bulu mata lebat melentik dapat menawan sesiapa sahaja yang memandang. Rambutnya yang unik berwarna putih bersinar terang tatkala terkena pantulan cahaya mentari yang menembus masuk ke ruangan tersebut. Tidak lupa juga bibir mulus yang elok terbentuk berserta dengan hidung mancung.
"B-bidadari?" Soal Aella kepada diri sendiri. Setahunya, dia tidak lah secantik ini.
"Princess!?" Panggil satu suara yang kedengaran asing ditelinga.
Suara bingit tersebut membuatkan Aella kembali tersedar daripada lamunan dan segera berpaling melihat pemilik suara tersebut.
Riak wajahnya semakin bingung setelah melihat pakaian gadis tersebut yang seperti 'cosplayer' maid yang selalu muncul di cerita bersiri anime.
Tak lama selepas itu gadis tadi berlari laju mendekati dia yang masih lagi terpegun berdiri, dan memeluknya dengan erat seperti tidak mahu lepas.
"Princess... uwaaaa..." nangisnya tersedu-sedan.
Aella dipelukan masih bingung namun pelukan gadis tersebut tetap dibalas sambil belakangnya ditepuk-tepuk lembut oleh Aella.
'Princess?' Persoalan tersebut terus bermain dimindanya.
Namun tidak sampai beberapa minit kepalanya mula sakit seperti dicucuk-cucuk jarum tajam ditambah lagi dengan badannya yang terasa lemah dan lesu sejak tadi.
Ggdebuuukk!
Akhirnya jatuh juga Aella setelah kakinya yang lemah tidak dapat menahan beban badannya.
"Princess!!!" Maid yang sibuk menangis tadi panik melihatnya yang tiba-tiba rebah. Namun gadis tersebut masih tangkas melakukan tugasnya dengan mengiringi Aella kembali untuk berbaring ke katil.
Aella berkerut sambil memicit dahi untuk melegakan kepalanya yang terasa berdenyut-denyut saat itu.
"Siapa awak?" Soal Aella lemah dengan suara yang sedikit serak.
Gadis tersebut kebingungan mendengar soalannya. "P-princess okay tak ni? Saya Rhea... personal maid princess-hiks" Katanya dengan air mata yang sudah membuak-buak jatuh ke pipi. Riak wajah gadis itu yang sedih tambah membingungkan Aella ketika itu.
'Apa ni? Bukan aku dekat hospital ke?'
Banyak persoalan yang bermain dipikiran, namun tak terjawab dek logik akal. Yang paling pelik, sejak bila dia jadi princess?
Yang Aella ingat, dia sudah berada di hospital selama 3 bulan akibat penyakit kronik. Tup-tup bangun sahaja daripada tidur dia sudah berada di tempat lain yang dia sendiri tidak pasti dimana.
Zzzrrggghhh!
Seperti litar elektrik yang menusuk ke kepalanya, segera ingatan yang dia pasti bukan miliknya bermain di minda seperti kaset.
Princess Liviania Avira Xavier. Princess ke-7th di Estella Empire. Dia mempunyai 10 orang adik beradik yang mana terdapat 3 orang prince dan 7 orang princess.
Ayahandanya, Emperor Valdis Astra Xavier mempunyai 5 orang isteri. Princess Liviania Avira merupakan puteri daripada isteri ke- 5.
Ibundanya merupakan puteri daripada sebuah empire kecil yang terkenal dengan kemiskinan dan kemunduran serta ketinggalan jauh dari empire lain dan kerana itulah dia dan ibundanya sering dipandang rendah oleh Imperial Family. Malah semakin Liviania membesar semakin dingin perlakuan mereka terhadapnya.
Salah satu sebab mengapa sikap mereka terhadap Liviania sebegitu ialah kerana Liviania belum lagi mencapai tahap 'awakening' pada umur yang sepatutnya.
Setiap Royal Family di Estella yang memiliki darah keluarga diraja Xavier akan mengalami 'awakening' yang berupakan kuasa elemental air yang kebiasaannya akan 'awakened' pada umur seawal 6 tahun sehingga akhir 10 tahun. Dan Liviania masih lagi belum dapat membangkitkan kuasanya walaupun umurnya sudah melebihi 10 tahun.
Namun walaupun sering diberi layanan dingin, Liviania masih tetap berusaha untuk mendapatkan perhatian dari ahli keluarganya. Tapi, bukan kasih sayang yang didapat malah hanya pandangan dingin sahaja diberi.
".......huh."
Aella mengeluh lemah. Sakit kepalanya sudah berkurangan.
Pertama sekali, dia menarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk bertenang. Dia kemudian berpaling memandang personal maidnya yang dari tadi melihatnya dengan pandangan bercampur aduk antara sedih, pelik, bingung.
Dalam ingatan yang diperolehinya itu dia sedar yang dia bukan lagi berada di dunia moden, atau lebih tepat bumi.
Di dunia ini jelas jauh berbeza dari dunia asalnya kerana di sini terdapat zarah-zarah kecil diudara yang dikenali sebagai 'mana' yang merupakan kunci utama untuk para 'awakened' mengaktifkan dan menggunakan kuasa mereka.
Dan ya. Walaupun sukar untuk dipercayai namun pada saat ini Aella berada di dunia ini. Dunia yang langsung dia tidak pernah tahu ianya wujud.
'Dan macam mana aku boleh ada dekat dunia ni?' Soalnya pelik.
'Transmigrate?'
'Huh!' Dengus Aella kasar. Memang tak lah dia nak percaya akan hal-hal seperti itu.
•••
Yup, dia transmigrated.
Setelah bengkak tangannya dicubit berulang kali baru dia dapat menerima dan percaya akan hal yang sedang menimpanya saat ini.
"Princess?" Soal maid tersebut apabila pandangan mereka bertemu.
Aella meraup wajah sebelum berkata. "Sediakan mandian untuk saya."
Tanpa banyak soal. Segera Rhea menyediakan mandiannya.
Okay, sekarang dia sudah mengambil alih badan 'Princess Liviania' sekali dengan ingatannya.
Next?
Teruskan hidup macam biasa?
Mata Aella mula bersinar terang menunjukkan semangatnya yang pudar sebentar tadi kini kembali membara.
Tapi.
Dia bukan seperti Liviania asli yang baik, innocent dan pure. Dan yang paling penting dia tak perlu kasih sayang orang untuk hidup.
Jadi,
'Im sorry, original Liviania. Tapi 'kita' sekarang tak perlukan perhatian dan kasih sayang orang.'
Seperti memberikan kebenaran, air matanya tiba-tiba jatuh seperti melepaskan semua kesedihan yang ditahannya sejak dahulu.
Dia faham perasaan Liviania kerana semua ingatan yang berlitar putar di kepalanya tadi seperti nyata dan seakan-akan dirinya sendiri yang merasakan semua pengalaman pahit itu.
Senyuman kecil terbit di bibir mulus itu.
"Let's start again. Aku pastikan hidup 'kita' mula saat ni lebih baik dari dulu.
Dia bangkit lalu menuju ke tempat pemandian yang berada bersebelahan di bilik tersebut.
•••
YOU ARE READING
Unreachable Princess
AventuraAella, seorang Special Agent rank-S yang mahir dalam semua jenis seni mempertahankan diri. Seorang yang dihormati dan digeruni oleh ramai orang kerana sikapnya yang dingin dan 'straight-forward'. Namun hidup gadis itu jauh bertukar 360 darjah setela...