part 18

182 41 6
                                    

"Aiman?" Panggil Farah disebelah Aiman

"Hm?" Jawab Aiman sepatah

"Apa yang saya cakap tadi awak janganlah fikirkan ye?" Kata Farah sambil tersenyum manis kearah Aiman . Aiman hanya senyum kemudian ia hanya mengangguk

"Ya allah ujian apakah ini ? Apa patut aku buat ya allah. Aku sayangkan dia aku cintakan dia tapi aku tak boleh tunjuk semua tu sebab dalam masa yang sama adik ku jugak cintakan dia.."

| FLASHBACK |

"Iman ?" Panggil Aiman

"Hm?"

"Siapa orang kau suka tu Man ?" Tanya Aiman yang sudah duduk disebelah adiknya

"Perlu ke tahu?" Balas Iman yang sedang main game pubg

"Perlulah! Aku kan abang kau !" Kata Aiman sambil mencekak pinggang

"Abanglah sangat" Iman hanya juling mata

"Cepatlah bagitahu bonggok!" Kata Aiman geram

"Ish iyalah iyalah! Orang Iman suka orang hutan"

"Kau seriuslah dik!! Kau suka orang hutan ? Kenapa kau tak suka beruk terus ?"

"Abang pernah kena selipar tak ?"

"Pernah mummy bagi haritu"

"Ish! Malas lah Iman cakap dengan abang! Sakitkan hati je" kata Iman

"Bla bla bla! Apa nama orang hutan tu ?"

Iman hanya tengok abang nya atas bawah . Mahu saja ia bakar abangnya hidup hidup

"Apa tengok tengok ? Nak ni ?" Kata Aiman sambil menunjukkan penumbuknya

"Iman cungkil jugak bijik mata abang"

"Cungkil la kalau berani . Cepatlah dik apa nama diaa"

"Abang ni ! Nama dia Farah Delisya kawan satu sekolah dengan Iman . Dah puas?" Kata Iman dan ia pun berlalu pergi meninggalkan Aiman yang muka macam mintak kaki itu

"F-Farah? Adik aku suka dia.."

|END FLASHBACK|

"AIMAN! LAMPU MERAH !" jerit Farah kuat ditelinga Aiman

Aiman yang terkejut terus ia berhenti mengejut

"Kau fikir apa bodoh ! Nasib tak mati ! Ish kau tahu tak kalau kau langgar lampu merah kau kena saman ! Nasiblah jantung aku masih ada cuba tadi jantung aku tak ada uish aku tak nak mati dengan kau" bebel Farah sesorang disebelah Aiman . Aiman hanya buat tak tahu sahaja dengan bebelan merepek Farah tu

"Stop bebel please, aku nak memandu tak senang dengar kau bebel yang tersangat merepek. Dah dua jam kau bebel tak penat ke? "

"Kau ni kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah kan?" Kata Farah sambil memeluk tubuh

"Aik saya ada salah apa ? " Aiman hanya memandang Farah dengan muka blurnya rasanya tadi dia tak cakap apa apa yang boleh sakitkan hati Farah

<3 <3 <3

"Sayangg" lembut Darrien memanggil isterinya didapur

"Apa sayang sayang ?" Kata Nadia yang sedang memotong jar- eh daging itu

"Salah ke saya nak bermanja dengan isteri ssya sendiri? Tak kan saya nak bermanja dengan makcik jiran sebelah pulak?"

Nadia yang sedang memotong daging terhenti apabila ia mendengar  Darrien kata bergitu

"Isteri? Aku layak ke jadi isteri kau? Kan aku dah kata aku geli dengar perkataan suami isteri. Sebab aku bukan cintakan kau pun . Aku layan kau pun sebab aku bosan . Haih kalau lah mama tak jodohkan aku dengan kau mesti hidup aku aman kan" kata Nadia sambil memandang mata Darrien dalam . "Dahlah malas aku duduk sini lama lama lagi aku duduk lagi aku rasa menyampah" belum sempat Nadia mahu pergi Darrien sudah menarik tangannya

"Saya tahu saya tak sempurna macam lelaki dekat luar sana tapi saya nak awak tahu saya cintakan awak seikhlas hati saya. Please give me a chance to feel your love"

"Peluang ? Layak ke aku bagi kau peluang ? Entah entah kau sama je dengan lelaki aku jumpa..rapat dengan aku disebabkan duit"

Mereka hanya pandang satu sama lain dengan perasaan sukar dikatakan

"Saya nak jaga awak..saya suami awak saya berha-"

"BERHAK APA! Darrien Please! Do you understand that I don't love you !? Tolonglah FAHAM !  I hate to see your face! You're so discomfort you know " Kata Nadia

Nadia terus menolak tangan Darrien kasar dan dia terus berlari masuk ke dalam bilik.

Darrien terpaku , terdiam seketika tidak ia percaya yang Nadia akan cakap macam tu.

Hani yang nampak kejadian itu terus dia pergi kearah Darrien

"Darrien..kenapa ni ?" Tanya Hani

"Tak ada apa la kak..Darrien naik dulu ye" jawab Darrien ringkas

Hani hanya diam tidak berkata sepatah kata pun ia hanya biarkan sahaja Darrien pergi

"Kau main dengan orang yang salah Nadia.."

''''

Senget 

Wey..jumpa kat cafe haritu aku ada benda nak habaq ni

K
SEEN

"Aiman berhentikan kereta kat kedai sana tu" kata Farah sambil menunjuk kedai yang tidak jauh dari mereka

"Kenapa? Awak nak beli apa apa ke ?" Tanya Aiman

"Tak nak beli apa apa pun"

"Habis tu kenapa nak berhenti situ ?" Tanya Aiman pelik

"Kawan saya tiba-tiba ajak saya jumpa kat situ so awak boleh berhenti ye"

Aiman hanya angkuh sahaja dengan permintaan Farah. Ia pun parking kereta di hadapan kedai tersebut . Tanpa buang masa Farah terus keluar dari kereta Aiman

"Take care!" Jerit Farah diluar kereta

Love You Mrs . Donat • | 𝖈𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊 | •Where stories live. Discover now