"TIPU! TIPU! TIPU! TOLONG LAH JUJUR! KAU DAPAT APA TIPU DIRI SENDIRI!" jerit Farah
"Memang. Memang aku tak dapat apa apa! Tapi aku tak nak. Aku tak nak hubungan Darrien dan Hani hancur disebabkan aku! Tolonglah Farah! Aku dah tak nak sakitkan hati suami aku" Larang Nadia
"Nad! Tolonglah! Jangan fikirkan orang lain! Tolong! Fikir diri kau! Tolonglah jadi selfish sikit!!"
"Biar aku terseksa ! Memang patut aku kena macam ni !! Dosa aku dengan semua orang banyak Farah !"
"Itu kisah dulu Nad ! Sekarang dengan dulu lain Nadia Qistina! Kau tak boleh nak samakan!"
"Perbuatan aku dulu keji Farah keji sangat sangat!"
"Jangan ikut perasaan Nad! Tolong! Itu kisah lama kau! Please jangan fikirkan!"
Farah mendekati Nadia dan memeluknya erat
"Aku dah tak sempurna..semua orang dah tahu kisah aku Far" teresak esak Nadia bersuara
"Please. Tu kisah lama kau. Lupakan! Tolong!"
***
"Awak sayang saya? Darrien! Ni bukan awaklah!" jerit Ros
Darrien tenung Ros lama. Kemudian dia menarik tangan Ros pergi ke dapur
"Awak gila ke apa? Awak sedar tak apa awak buat ni!"
"Kalau aku sedar pun kau nak suruh aku buat apa! Pujuk , rayu dekat kakak aku?"
Ros menggeleng perlahan kepalanya. Matanya memandang Darrien dengan pandangan sayu
"Awak tahu tak ? Awak duakan Nadia? Awak dah calarkan maruah Nadia? Mana Darrien saya kenal dulu? Mana lelaki yang bernama Darrien Syahril yang akan pertahankan hak milik dia? MANA!"
Darrien meletakkan tangan di bahu Ros.
"Kau nak suruh aku buat apa? Cakap! Sama ada aku khawin dengan kau atau tak semua tak berubah apa apa lah!"
"Apa salah Nadia pada awak Darrien? Sampai awak nak ikut semua kata kata kakak awak? Awak patut bersyukur dapat Nadia..walaupun dia benci awak dia tetap jaga makan minum pakaian awak..kalau saya lah kan..saya dah tk buat semua tu sebab yelah orang yang kita benci kan? buat apa nak buat benda yang memenatkan tu..perlu ke awak khawin dengan saya kerana nak ikut perintah kakak awak?"
Darrien terdiam dengar Ros ceramah
"Awak sendiri pun tak tahu kan? Ok sekarang saya nak tanya awak. Betul ke hati awak sikit pun tak ada rasa sayang dekat Nadia? Oklah kalau tak ada rasa sayang..tapi rasa kesian? Tak kan tak kesian kat Isteri awak? First love awak?" sambung Ros
"Aku sayang dia.aku masih cintakan dia"
"Habis kenapa awak nak bertunang dengan saya nak khawin dengan saya? Awak nak sakitkan hati dia macam mana dia sakitkan hati awak dulu?" tanya Ros bertubi tubi. "Jangan disebabkan tindakkan bodoh awak ni. awak hilang orang yang awak cinta. Awak kata Nadia ego? Awak pun lebih kurang sama"
***
"Nad? Meh makan sikit" ajak Farah
"Aku tak ada selera" kata Nadia sambil menunduk kepala
"Tak kan kau nak seksa baby tu juga? Baby tu tak berdosa"
"Aku rasa diri aku tak berguna dah Farah..cuba kalau baby ni bukan baby dia?"
PANG
"Mulut kau tu tak boleh cakap benda elok sikit ke! Itu kisah lama kan? Kenapa nak ungkit lagi? Kenapa sekarang baru kau mengandung? Kenapa tak waktu tu je? " marah Farah. "Kenapa bodoh sangat kau ni.." perlahan Farah bersuara
Farah meletakkan bubur di tepi meja. Dia kemudian keluar tanpa senyuman di mukanya
Sedang ralit Farah temenung tiba tiba dia terlanggar seseorang
"Maaf" ucap Farah. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi lelaki itu sudah menarik lengan bajunya
"Are you ok?"
"Aiman?"
Aiman tersenyum lalu dia menganguk
***
"ARGHH!"
"Aku tak nak dengar alasan apa apa! Aku dah bagi banyak peluang dekat kau tapi kau sia siakan je!"
"Please aku tak sanggup tengok dia terseksa!"
"Aku tak kisahlah kau sanggup ke tak! Sekarang. Aku bagi kau peluang terakhir. Sama ada adik ipar kau mati atau
Adik kandung kau mati"
- TBC -
Vote cecah 20 esok aku pub part 29 uhuk! Btw terima kasih yg masih baca..korng tk rasa ke cite ni dh making merepek? Huhu dah ah cau lu
YOU ARE READING
Love You Mrs . Donat • | 𝖈𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊 | •
RomanceMencintai seseorang yang kita tidak cinta sangat sukar . begitu juga dengan Nadia Qistina yang terpaksa mencintai lelaki yang tidak ia kenal mahupun cinta tapi sejak lelaki itu muncul hidupnya 100% berubah tapi adakah mereka akan kekal selamanya ata...