- END -

463 44 60
                                    

Seminggu berlalu

"Fa-Farah" Nadia memanggil dengan suara seraknya

"Nadia..kau ok tak? Nak apa apa? Aku boleh ambikkan" tanya Farah. Nadia menggeleng kepala perlahan

"Ma-mana D-Da-Darrien..d-dia ta-tak da-datang k-ke" tanya Nadia

"Kau nak makan? Aku boleh belikan" Farah mencuba alihkan perhatian

"Darrien mana?" tanya Nadia sekali lagi

"Aku nak pergi tandas dulu" belum sempat Farah keluar Nadia sudah menjerit

"Aku tanya..mana suami aku setan!! Kenapa dia tak datang!? Susah sangat ke soalan aku ni! " marah Nadia

Farah terkaku matanya memandang Nadia.

"Dia ada kat wad sebelah" Nadia memandang Farah pelik

"Dia kena serangan jantung minggu lepas. Terkejut agaknya dia bila dapat tahu ibu mertua kau meninggal"

Nadia terkejut cepat sahaja dia cabut peralatan yang melekat padanya selesai dia mencabut semua wayar dia terus bangun

"Kau nak pergi mana ?"

"Wad Darrien sebelah ni je kan?" Nadia melangkah keluar tapi sempat ditarik Farah

"Kau baru je sedar kan? Tak kan nak tengok Darrien? Agak agak lah..bagilah ba-"

"Dia suami aku..dia perlukan aku...dan aku perlukan dia so jangan halang aku" Nadia menepis tangan Farah

"Terima kasih."

Nadia terus keluar dari wadnya dan dia masuk ke dalam wad Darrien. Ramai memandangnya tapi Nadia hanya buat tak tahu yang dia tahu sekarang ni dia mahu tengok Darrien suaminya

Clak

"Assalamualaikum..abang..Nad lama sangat ke tidur? Sampai abang ikut tidur sekali? Hm?" ucap Nadia pelan lalu dia pergi ke arah Darrien dan memegang tangan Darrien erat

"Saya ada kat sini..saya tak tinggalkan abang dah..kenapa abang jadi macam ni? Abang nak seksa Nad ke? Abang bangunlah Nad ada dekat sisi abang..Nad janji Nad tak pergi mana mana.." erat Nadia pegang tangan Darrien

"Abang.. Bangun ..ya allah aku mohon bantuan mu ya allah.. Aku mohon.. Bangunkanlah suamiku ya allah.. Ambillah nyawaku sebagai gantinya.. Aku rela.. sesungguhnya aku tidak kuat melihat dia begini.." air mata Nadia jatuh ditangan Darrien

Tiba tiba satu badannya rasa kebas tangan kaki nya tidak mampu untuk bergerak dia mula memandang Darrien. Nadia memegang tangan Darrien dengan air mata keluar.

"Ash-hadu al la ilaha illa llah...." tangan Nadia sudah pun bergetar, dia menarik nafas sedalam dalam mungkin sebelum dia menyambung "Wa ash-hadu anna muhammada rro sulu llah....ki..kita..bangun sa..sama..sam..sama y.." matanya pelahan lahan tutup dengan air matanya mengalir

Titttt..

Bunyi sahaja mesin denyutan nadi itu doktor dan nurse terus masuk ke dalam wad. Doktor disitu menyuruh nurse mengalihkan Nadia ke sofa supaya mudah untuknya mengembalikan semula denyutan jantung Darrien.

***

"Doktor macam mana dengan adik saya?" tanya Hani dengan riak sungguh risau

"Maaf kami sudah cuba menyelamatkan tuan Darrien tapi allah lebih menyayanginya"

Hani yang mendengar itu terus terduduk menangis

Love You Mrs . Donat • | 𝖈𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊 | •Where stories live. Discover now