6.00 pagi
"Sayang.. bangun..dah subuh dah ni" pelahan Darrien bisik di telinga Nadia .
Nadia yang mamai terus ia tengok muka Darrien sambil mengelip matanya
"Apa tengok saya macam tu saya tahu saya hensem" puji Darrien pada diri sendiri
"Perasan" kata Nadia dan ia pun gerak masuk bilik air untuk mengambil wuduk
Selesai sahaja Nadia mengambil wuduk tiba tiba Darrien datang kearahnya dan menyarung telekung di kepala Nadia . Nadia hanya diam tidak buat apa apa ia hanya biarkan sahaja Darrien
"Pakai lah kain tu . Tak kan saya nak pakai kan jugak ?" Usik Darrien
Nadia hanya menjuling matanya sahaja .
Selesai menunaikan solat subuh bersama, Nadia lantas mencapai tangan darrien untuk menyalaminya. Dengan sengaja Darrien merapatkan bibirnya ke dahi Nadia membuat kan Nadia terkedu . Terkejut dengan tindakan Darrien itu ia mula merenung wajah Darrien daripada rambut sampai ke bibir
Darrien tersenyum manis kearah Nadia sambil berkata "kenapa pandang saya mcm tu.. salah ke saya nak cium isteri saya sendiri?" sekilas sahaja Darrien memandang Nadia . Tangannya ligat melipat sejadah di hadapannya
Nadia terus tunduk pandang bawah sambil geleng kepala.. muka Nadia sudah bahang menahan malu kerana kena tegur dengan Darrien macam tu.. yang lebih Nadia malu waktu kantoi dia tercengang lepas kena cium
Darrien yang perasan muka Nadia merah menyala ia pun pergi kearah Nadia dan usap kepala Nadia yang dilapisi dengan telekung .
"nanti kita pergi pasar okey..beli barang dapur sikit. Kat dapur tu dah kosong tinggal habuk je. Lagipun ibu dah bising barang tak ada nak masak katanya kalau tak pergi beli nanti dia masak kayu dengan batu" kata Darrien sambil senyum paling manis dekat Nadia "okelah.. awak kemas la apa patut lepastu kita sambung tidur blik." Nadia hanya menuruti. dia kemudian lipat telekung dengan sejadah dia pastu baring balik kat atas katil tu bersama Darrien . Baru sahaja Nadia mahu tutup mata Darrien sudah memeluknya erat macam tak nak lepaskan dia .
9.00 pagi
"Lovee bangun cepat. Dah pukul 9 dah ni nanti lambat pulak nak pergi pasar" kata Darrien sambil menggoyangkan badan Nadia lembut tidak cukup dengan itu ia cium satu muka Nadia . Nadia yang rimas dia menolak muka Darrien jauh jauh nasib baik Darrien tak terantuk almari
"Iya aku dah bangun..aku mandi dulu erk ?" Kata Nadia sambil menguap . Dia terus memasuki ke dalam bilik air
Siap sahaja Nadia bersihkan badannya ia mula menepuk dahi
"Alamak ! Lupa ambik tuala. Haish tak kan nak suruh Darrien ambik..ish suruh jelah dia ambik" kata Nadia . Ia pun buka pintu sikit dan memanggil Darrien
Darrien yang sedang menyikat rambutnya terhenti dan ia pun memandang Nadia
"Tolong ambikkan tuala..aku lupa nak ambik"
"Oh tuala..saya ingat awak nak suruh saya mandikan awak" usik Darrien . Ia mula bergerak ambik tuala Nadia di dalam almari dan dia pun bagi tuala tersebut dekat Nadia sambil berkata
"Nanti jangan lupa tuala lagi tau love"
Nadia hanya diam tidak berkata apa-apa . Ia pun mengambil tuala dan keluar dari bilik air
Selesai Nadia memakai baju ia mula mengambil tudung dan memakainya
"Nadia sayang.. cepat sikit siap.. nanti lambat takut ramai org,kena beratur panjang.." kata Darrien kepada Nadia yang cuba mengepin tudungnya tapi tidak dapat dapat.
"5 minit tak siap lagi.. saya siapkan awak" kata Darrien dari luar.
gelabah Nadia dibuatnya. Nadia terus cepat siap dan cepat-cepat pergi dekat Darrien
"Eh kamu nak pergi mana ni Nadia?" Tanya Puan Isma yang baru sahaja keluar dari bilik
"Nak pergi beli barang dapur Darrien kata barang kat rumah dah habis tu ingat nak pergi beli tu. Kenapa ibu ? Ibu nak pesan apa apa ke? Kalau ada Nadia boleh beli"
"Eh tak adalah..saja je tanya . Hati hati ye" pesan Puan Isma
"Nad pergi dulu ye ibu" kata Nadia kemudian ia menyalam Puan Isma
Selepas Nadia menyalam puan Isma ia mula berlari ke arah kereta dan masuk ke dalam . Jelas nampak Darrien merenungnya
"Apa tengok tengok ? Nak aku cungkil mata kau guna grafu?"
"Eh marah kita pula orang tu yang lambat" kata Darrien dan ia pun mula memandu pergi ke pasar
"Kau..kenapa pagi tadi?" tanya Nadia
"Kenapa?" tanya Darrien balik
"Tak la..tiba tiba je love bagai? Selama ni tak pun"
"Saya manja , saya jadi bodoh disebabkan aku cintakan kau wahai Nadia Qistina"
Sampai sahaja di pasar . Darrien mula mencari tempat untuk letak kereta . Selesai sahaja ia memarking keretanya mereka pun keluar dari kereta
Darrien berlari kearah Nadia dan ia pun memegang tangan Nadia . Nadia hanya tengok dia dengan pandangn terkejut.
Mereka berdua pun masuk kedalam pasar sambil memegang tangan
>>>>
"Lambat lagi ke pilih ikan tu ?" Tanya Darrien kebosanan
"Kau duduk jelah situ " kata Nadia dan ia pun sambung memilih ikan
Sedang Nadia memilih ikan tiba tiba ada satu kempulan lelaki memandang Nadia . Darrien yang perasan akan hal itu terus ia menolak troli ke arah Nadia .
Darrien sengaja dtg dekat dekat dengan Nadia. Sekumpalan lelaki itu masih memandang Nadia lagi Darrien yang tak puas hati ia mula acah acah sentuh dahi Nadia. pegang pegang tangan Nadia lepastu letak tangan Nadia di pipinya. Darrien buat bergitu kerana nk lelaki yg pandang Nadia tu tadi berambus dri situ
pelik Nadia memandang Darrien . Buang terbiat ke apa lelaki ni.
"Kau ni kenapa.. aku nak pilih ikan ni. Jangan kacau lah.." Nadia hanya tolak Darrien jauh darinya
"saya nak pastikan awak selamat je.. kut kut kat ikan ikan ni ada duri ke apa ke. Pastu kena tangan awak yang comel ni dh luka.. saya plk yg susah.." kata Darrien mengada
"kalau kau kacau lagi. Aku tak teragak-agak nak tampar muka kau yg handsome tu guna ikan yang segar lagikan murni ni" kata Nadia sambil menujuk ikan ditangannya
Darrien hanya buat muka masam pada Nadia sambil berkata "ee,iye lah, iyelah.. nak manja manja pon tak boleh"
"mengada.. nak manja tak bertempat.. pang kang" kata Nadia sambil mengakat tanganya menanda ia mahu menampar Darrien
YOU ARE READING
Love You Mrs . Donat • | 𝖈𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊 | •
RomantizmMencintai seseorang yang kita tidak cinta sangat sukar . begitu juga dengan Nadia Qistina yang terpaksa mencintai lelaki yang tidak ia kenal mahupun cinta tapi sejak lelaki itu muncul hidupnya 100% berubah tapi adakah mereka akan kekal selamanya ata...