"Kenapa kau tak balik lagi?" Tanya Aditian mengejutkan Sara yang sedang termenung. Aditian mengerling ke arah jam, sudah hampir pukul 10 malam.
"Erm.. nak baliklah ni Tuan, tadi baru habis mengemas." Cepat-cepat Sara mengambil beg sandangnya dan terus berlalu keluar.
"Balik dulu, Tuan." Sapa Sara sebelum kelibatnya hilang di sebalik pintu. Aditian merasa pelik. Sudah beberapa kali dia melihat Sara pulang lewat ke rumah. Kalau dulu, habis waktu kerja dia terus lesap. Tapi sekarang, liat pula dia nak balik. Pelik! Pelik! Lepas tu, sekarang kerja dia asyik termenung sahaja. Dia ada masalah ke sebenarnya?
Keesokan harinya, Aditian memerhatikan lagi tindak tanduk Sara seharian. Memang dia asyik termenung, buat kerja sedikit, termenung. Lepas tu mengeluh. Seperti semalam, pukul 10 malam dia masih lagi belum pulang ke rumah. Adit mendekati Sara yang sedang termenung di meja dan duduk betul-betul di hadapannya secara tiba-tiba.
"Kau ada masalahkan?" Tanya Aditian terus terang. Buntang mata Sara, terkejut kerana tiba-tiba Aditian duduk di hadapannya. Terkejut lagi apabila mendengar soalan yang keluar dari mulutnya.
"Tttaakk.. Tak..mana ada..." Ujar Sara sambil menggelengkan kepala.
"Kenapa sekarang kau balik lambat? Kau ada masalah di rumah?"
"Tak ada, betul. Okeylah Tuan, saya balik dulu. Dah lewat dah ni." Seperti pelesit Sara melarikan diri. Takut ditanya dengan pelbagai soalan lagi.
Lusanya..
"Saya minta cuti hari ini. Urgent." Teks yang dihantar oleh Sara membuatkan Aditian mengerutkan dahi. Tidak pernah dia meminta cuti, pelik pula bila dia hantar mesej minta cuti. Aditian cuba menghubungi Sara namun tidak berangkat. Setelah beberapa kali dia gagal menghubunginya, akhirnya Aditian menghantar mesej.
"Urgent apa?" Setengah hari dia menunggu mesejnya dibalas namun tiada balasan. Aditian mengeluh bosan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke Mall dan keluar berjalan-jalan.
Fizikal di Mall tetapi otak dan fikirannya memikirkan kenapa Sara meminta cuti kecemasan hari ni. Tidak tahan berada di dalam teka teki, dia menelefon Mazlan.
"Lan, kau bagi aku alamat rumah PA aku."
"La, PA kau kali ni pun berhenti lagi ke? Aduh! Kau ni!"
"Bukanlah! Kau bagi je lah, now!" terus Adit mematikan talian. Tidak lama, alamat Sara sudah berada di telefonnya. Segera dia pergi ke alamat tersebut.
Dia memberi salam. Tiada yang menyahut. Beberapa kali memberi salam tiada yang menyahut membuatkan dia putus asa. Jam pula sudah menunjukkan hampir pukul 3. Nampaknya dia kena mencari surau berdekatan untuk solat zuhur. Lepas solat nanti dia akan ke sini semula.
Setelah berpusing-pusing mencari surau, akhirnya dia menemui surau. Tanpa berlengah, dia terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagi umat islam. Usai solat dia duduk sebentar termenung memikirkan Sara lagi. Sewaktu dia mahu ke kereta, Adit terpandangkan susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk dan bersandarkan tiang gazebo. Adit mencapai telefonnya. Dua kali Adit menelefon tidak berangkat. Sara hanya membiarkan sahaja telefon di tangannya berbunyi.
Adit memberi mesej.
"Angkat telefon kalau tak nak kena pecat!" Terus tubuhnya tegak tatkala membaca mesej tersebut. Adit menelefon semula. Kali ni terus di angkat. Tau takut!
"Kau kat mana?" Tanya Aditian tegas.
"Saya..saya kat rumahlah. Kenapa?"
"Dekat rumah? Serious?"
"Ermm...betullah, kenapa ni Tuan?"
"Apa yang urgent sangat tu sampai kau tak boleh datang kerja hari ni?"
YOU ARE READING
Kisah Klasik Untuk Masa Depan
RandomAditian Warith Bin Kamarul Ariffin aka AWKA, pelukis komik yang terkenal di persada antarabangsa namun identitinya menjadi rahsia. Tiada siapa tahu identiti sebenarnya melainkan rakan baiknya merangkap pengurusnya, Mazlan dan juga pembantu peribadin...