"Tuan dah berapa tahun tak makan ni?" Tanya Sara apabila melihat Adit seperti tidak makan sepuluh tahun.
"Aku lapar, mencanak-canak idea aku datang masa kau tak ada. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku makan. Nak lagi!" Adit menyua pinggannya kepada Sara. Sara membuat muka pelik, betul ke ni apa yang dia cakap. Tangan Sara menyendukkan nasi ke pinggan Adit dan melihat Adit makan dengan sungguh berselera. Seronok pula hatinya apabila ada orang yang menghargai masakannya. Dia menongkah dagunya dengan kedua tangannya memerhatikan Adit yang seperti orang kebuluran.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Sara menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Jarang orang makan bertambah-tambah bila saya masak."
"Sedap ni kau masak, rugi tak makan bertambah-tambah." Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Adit memberi isyarat supaya Sara melihat siapa yang datang ke 'pejabat' mereka.
"Yup!" Oh, posmen rupanya. Posmen tersebut menghantar sebuah bungkusan dan meminta Sara menandatangani borang penerimaan. Setelah posmen tersebut berlalu, Sara membaca nama yang tertera di atas bungkusan tersebut. Aditian Waris. Apa? Aditian Waris?Kahkahkah...klasiknya nama.. Macam pendekar zaman dulu-dulu. Kihkihkih..tak padan langsung dengan perangai gangsternya. Hahaha...
Sara menolak pintu dengan kakinya sambil ketawa. Adit memandangnya dengan perasaan pelik.
"Kenapa kau gelak-gelak?"
"Ni, ada bungkusan untuk ADITIAN WARIS BIN KAMARUL ARIFFIN. Wow!! Saya ingat nama pendekar mana tadi. Sangat klasik. Wow! Sekali lagi. Pertama kali saya dengar nama tu." Adit yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya tersembur. Cepat-cepat dia merampas bungkusan di tangan Sara sambil menjeling marah.
"Siapa suruh kau baca ha!"
"Dah tuan suruh ambil, saya bacalah. Nanti kalau salah alamat tak adalah saya kena marah balik. Kan..Kan.. Hahaha." Wajah Adit memerah apabila Sara ketawa tidak berhenti-henti.
"Diam kau!" Marah Adit sambil berlari naik ke atas.
"Aditian Waris.. Kah kah kah.. Pendekar di zaman silam. Adabi..melazatkan..Adabi menyelerakan.." Eh..eh..tiba-tiba je rasa nak menyanyi lagu adabi ni kenapa pula aku ni. Sengal! Haha...
******
"Tuan Aditian.." Panggil Sara dengan suara menggoda.
"Shut up you!" Marah Adit menyuruhnya senyap.
"Ish..kenapa Tuan Aditian marah ni, sayakan panggil nama betul Tuan Aditian." Ujar Sara mengusik. Adit memandangnya dengan wajah yang bengang. Giginya diketapkan namun Sara hanya mencebik. Wekk...Tak takut!
"Kau dah habis kerjakan? Pergi balik sekarang!" Halau Adit selepas dia tiada idea untuk mematahkan usikan Sara dari tadi.
"Eh!!! Belum pukul lima lagi, mana boleh saya balik. Nanti saya kena pecat pula. Tuan Aditian kan selalu ugut-ugut saya nak buang saya kerja. Saya tak nak hilang pekerjaan dalam masa terdekat ni." Walaupun ayat Sara kelihatan serius namun mimik wajahnya mengusik membuatkan Adit kehilangan kata-kata dan terus berlalu. Berdekah-dekah Sara ketawa apabila dapat mengenakan semula majikan yang selalu membulinya itu. Bukan senang nak buat muka dia sampai jadi toya macam tu. Padan muka! Selalu kenakan aku siapa suruh!
******
"Mmmmmmm!!!!" Jerit Adit memanggil Sara. Terkocoh-kocoh Sara yang sedang mengemas bahagian dapur mendapatkan Adit yang sedang menggaru kepalanya.
"Kenapa? Kenapa?" Tanya Sara dengan nada yang risau.
"Tak ada, aku nak suruh kau naik basikal ni."
YOU ARE READING
Kisah Klasik Untuk Masa Depan
De TodoAditian Warith Bin Kamarul Ariffin aka AWKA, pelukis komik yang terkenal di persada antarabangsa namun identitinya menjadi rahsia. Tiada siapa tahu identiti sebenarnya melainkan rakan baiknya merangkap pengurusnya, Mazlan dan juga pembantu peribadin...