Sara hampir pitam apabila dia melihat ruang tamu setelah seminggu dia dilarang keras untuk ke 'pejabat'. Kalau itu boleh dikategorikan sebagai pejabatlah! Mana taknya, keadaan ruang tersebut 50% hampir sama dengan keadaan semasa dia mula-mula datang ke sini. Dengan surat khabar yang berterabur. Pinggan mangkuk yang bersepah-sepah dan sisa makanan yang tidak dikemas dan dilap menambahkan sakit hatinya. Dia memandang ke atas seperti boleh tembus sahaja pandangannya memandang Adit yang sudah semestinya sedang tidur di atas. Nasib baik aku bukan Superman, kalau tak dah lama aku laser bontot kau dengan pandangan laser aku!
Tanpa melengahkan masa, dia memulakan sesi operasi untuk membersihkan rumah itu semula. Masak aku kalau hari-hari macam ni. Dia ni tak ada kesedaran sivik ke? Masa belajar dulu tak pernah ke cikgu ajar buang sampah dalam tong sampah! Dahlah muka macam orang utan, perangai pulak macam serigala jadian! Bagus! Makan terus tinggal! Entah-entah lepas makan terus terbongkang agaknya. Tapi pelik pula tak ada pula dia jadi gemuk?
Selepas selesai mengemas bahagian hadapan, Sara masuk pula ke bahagian dapur. Hampir tergolek dog dia melihat bahagian dapur. Ya Allah! Dia ni ada sakit mental ke? Apa yang dia buat sampai dapur jadi kecah macam ni? Kalau masak sekali pun takkanlah sampai dapur jadi macam kandang khinzir. Bersepah-sepah!
Orang kata, kalau asyik upload gambar makanan dalam facebook, tu tanda sakit mental. Aku rasa ni pun salah satu tanda-tanda sakit mental. Agaknya dia ni sakit jiwa kot kalau tengok rumah bersih!!!
Sabar... Sabar Sara.. Buat kerja ni kena ikhlas. Tak baik merungut. Hukhukhuk..tak baikkkkk...lah sangat!
Sampai ke petang proses pembersihan berjalan. Hampir pengsan dia apabila meletakkan beg plastik sampah yang terakhir. Sara mengelap dahinya yang berpeluh. Letih, penat, geram semua bercampur baur. Jika dia diberi pilihan kerja lain, pasti dia akan memilih pekerjaan lain. Namun memandangkan dia tiada pilihan dan dia sendiri terdesak, hatinya ditahan untuk memberontak dan mencampakkan surat berhenti kerja ke muka bosnya itu. Ish! Ish! Dahlah sekarang susah sangat nak dapat kerja.
Adit turun dari tingkat atas dengan mata yang masih tidak terbuka sepenuhnya. Tangannya menggosok-gosok mata sambil mulutnya menguap luas. Sara hanya menjeling sekilas lelaki yang masih berdiri tegak di atas tangga itu.
"Aku laparlah, kau ada masak apa-apa tak?" Tanya lelaki itu tanpa rasa bersalah. Sara tidak berniat untuk menjawab soalan Adit dan hanya mendiamkan diri. Dia meneruskan pekerjaannya menyusun surat khabar dan beberapa peralatan lain yang tidak tersusun.
"Kau dengar tak ni, kau ada masak apa-apa tak? Aku lapar tahap gaban ni!" Ulangnya lagi apabila tidak mendapat respon.
"Tak!" Jawab Sara pendek.
"Kau tak buat dessert macam yang kau selalu buat tu ke?" Ish! Bos aku ni tak faham bahasa ke? Dah aku kata tak, maksudnya aku tak masak apa-apalah. Hish! Mengundang kemarahan betul pertanyaan-pertanyaan dia ni. Sara menjeling.
"Tuan rasa saya ada masa ke untuk sakit kepala?" Perli Sara tajam.
"Kenapa pula tak ada masa, kau bukan buat apa-apa pun!" Tak buat apa-apa dia kata? Buta apa...Aku ni dah macam nak pengsan kemas ofis dia boleh kata dia aku tak buat apa-apa??
"Cuba tuan pandang kiri." Adit mengerutkan muka namun dia mengikut sahaja arahan Sara. "Pandang kanan." Sekali lagi dia mengikut.
"Tuan rasa saya tak buat apa-apa ke?" Adit mencebik.
"Eleh, setakat kemas apa sangatlah penatnya." Apa sangat penatnya? Ok! Fine.. Sara berdiri tegak.
"Kalau tuan rasa saya tak buat apa-apa, tak apalah..tapi memasak tu bukan tugas saya kan.. Jadi buat apa saya susah-susah buat kerja yang bukan kerja saya." Sara mengangkat surat khabar yang telah disusun cantik dan membawanya ke bilik stor.
"Alah, kau ni. Itu pun berkira. Cepatlah masak, aku lapar ni. Masak apa-apa pun aku tak kisah janji kenyang." Arahnya sambil mengekori langkah Sara yang ke sana ke sini sambil mengangkut barang untuk disusun semula. Sara malas mengikut arahan bosnya itu dan membuat muka toya sahaja.
"M! Aku cakap dengan kau ni, bukan cakap dengan dinding ni kau tak!" Sara hanya menjeling.
"Kalau kau tak ikut arahan aku, kau boleh berhenti kerja sekarang." Sara mendengus! Lagi-lagi perkataan berhenti kerja itu diulang-ulang. Dia menghempas buku yang sedang diangkutnya ke lantai sehingga ada buku yang terjatuh di atas kaki Adit. Puas hatinya melihat Adit terlompat-lompat kesakitan. Padan muka!
"Woi!" Jerit Adit sambil memegang kakinya yang sakit. Sara tidak segera berlalu ke dapur, tapi dia mencapai sehelai kertas dan sebatang marker. Dia menulis sesuatu di atas kertas tersebut. Adit mendekati Sara, ingin melihat apa yang ditulis oleh Sara.
["Saya dengan ini berjanji tidak akan menyepahkan lagi pejabat sesuka hati dan rela didenda atau dihukum sewajarnya jika berbuat demikian."]
Tandatangan
"What? Kau ingat aku nak ikut peraturan kau. Sorry naik lori lah!"
"Tuan tandatangan, kalau tak saya tak akan masak!" Ujar Sara sambil menyerahkan kertas dan marker kepada Adit.
"Tak nak!"
"Ok, fine...Dipersilakanlah tuan cari makanan sendiri kat luar." Sara meletakkan semula kertas dan marker di atas meja dan berlalu untuk menyambung kerja-kerja mengemasnya yang masih terbengkalai. Adit menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Yalah! Aku tandatangan. Kecohlah kau ni! Cepat masak, aku lapar! Lepas aku mandi ni tak siap lagi aku potong gaji kau!" Sara senyum mengejek apabila melihat tandatangan Adit tertera di kertas tersebut. Lepas ni kau buat sepah lagi, siaplah! Aku saman kau berjuta-juta..Haha
"Baik, tuan!" Adit berlalu dan naik ke tingkat atas. Sara masuk ke dapur sambil menyanyi-nyanyi gembira. Dia mengeluarkan apa sahaja barang di dalam peti sejuk dan melihat apa yang boleh dimasak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memasak nasi goreng sahaja kerana kekurangan bahan masakan.
***** Resepi nasi goreng simple sesimple simplenya****
Bawang merah
Bawah putih
Ikan bilis sikit
Tumbuk-tumbuk bahan di atas kasi hancur ala kadar
Telur sebiji pecahkan siap-siap dalam mangkuk
Potong dadu lobak merah
Nasi yang telah tiada ketul-ketul (macam mana nak bagi tak berketul? Ramas-ramas dengan tangan sampai tak berketul dah)
Cara memasak:
1) Masukkan minyak masak sikit dalam kuali
2) Tumis bahan yang ditumbuk kasar tadi
3) Masukkan garam secukup rasa. Rasa masinnya masa ni.
4) Dah agak-agak garing bahan tumisan, rasa dah elok, masukkan telur. Tunggu sekejap lepas tu gaul. Jangan hancur sangat telurnya,
5) Masukkan nasi dan gaul sampai rata bahan tumisan.
6) Masukkan dalam pinggan dan hidang. Dah siap! So sedap! So sedap! So sedap! Nyummy! Nyummy!
Inilah resepi orang lapar tapi bahan tak banyak kat dapur.
YOU ARE READING
Kisah Klasik Untuk Masa Depan
De TodoAditian Warith Bin Kamarul Ariffin aka AWKA, pelukis komik yang terkenal di persada antarabangsa namun identitinya menjadi rahsia. Tiada siapa tahu identiti sebenarnya melainkan rakan baiknya merangkap pengurusnya, Mazlan dan juga pembantu peribadin...