Sara duduk di tepi sambil memerhatikan Adit memakai sut lengkap memandunya. Rambutnya yang terjuntai di dahi disebak ke belakang. Fuhhh!!! Macam pelumba F1 lah pulak aku tengok bos aku ni.. Perghhh... kacak betul.. Meleleh jugalah aku sebagai perempuan kalau tak kenal dialah! Tapi sebab aku kenal dia dengan kesengalannya, tak adalah rasa nak meleleh air liur tengok kekacakkannya.
"M.." Sara mengangkat wajahnya memandang Adit. "Pakai sut tu." Muncung mulut Adit menunjuk sut yang disuruh Sara memakainya.
"Ha?"
"Pergi tukar."
"Ha? Buat apa?"
"Kita nak pergi berlumba ni."
"Apa!!!!!!"
"Cepatlah!"
"Tak nak!" Sara menggelengkan kepalanya. Pucat wajahnya apabila baru mengetahui yang dia turut serta dalam perlawanan ini.
"Aku bukan nak cakaplah, tapi aku rasa kalau kena pecat tu lagi bagus dari buat apa yang aku suruh, aku ok aje."
Eeee... Menyesal aku puji dia hensem tadi! Menyesal! Sara berlalu dengan menunjukkan penumbuk ke arah Adit. Geram!
"Ha, dah siap pakai sut. Apa lagi, masuklah dalam kereta." Sara menelan air liur. Tekaknya tiba-tiba terasa kering kontang. Wajahnya bertambah pucat, jika ditoreh dengan pisau mesti tak keluar darah.
"Tuan.." Sara membuat muka sedih.
"Ah, tak ada nak buat muka sedih pilu. Aku tak layan. Masuk!" Adit menolak tubuh Sara masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang.
"Pakai tali pinggang keledar kalau rasa tak nak tercampak dari kereta ni." Cepat-cepat Sara mencapai tali pinggang keledar dan memakai. Adit menghidupkan enjin kereta. Perasaan Sara bertambah berdebar-debar. Terasa seperti mahu terkeluar jantungnya saat Aditian memijak pedal minyak.
"Astaghfirullah al-Azim..Masya-Allah..Ya Allah..Innalillah..Eh eh..Ah lantaklah. Apalah yang aku merapu ni. Astaghfirullah al-Azim...Arggggghhhhhhhhhhhhhh. Selekoh tu slowlah sikitttttttttttttttt. Astagfirullah al-Azim. Ya Allah. .. Argghhhhhhhh..." Sreeettttttttt..... Sara terpaku di tempatnya. Kaku tidak berkutik langsung.
"Fuhhhh...bestkan M." Best kepala otak dia. Dia tak nampak ke kaki aku dah gigil-gigil ni. Sara keluar dan terus ke tandas. Di dalam tandas, terkeluar semua makanan yang telah di makan pagi tadi. Kurang asam punya bos, habis RM6.00 duit sarapan aku terbuang sia-sia.
Sara meraup mukanya dengan air untuk melegakan ketegangannya.
Sara menarik beberapa helai tisu dan mengelap muka dan wajahnya yang basah. Setelah membuang tisu ke dalam tong sampah dia terus keluar.
Sewaktu berjalan keluar dari tandas, dia bertembung dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut memandang Sara dengan wajah yang pelik. Apahal mamat ni pandang aku pelik. Aku ni cantik sangat ke?Kuikuikui...
"Cik!" Lelaki tadi memanggilnya . Sara menoleh, ingin memastikan yang dialah orang yang dipanggil.
"Ya, Saya ke?" Tanya Sara. Lelaki itu mendekati Sara. Wah!! Dia nak berkenalan dengan aku ke?
"Ada putih-putih kat muka cik!" Erkkk! Perasan betul kau Sara Oii.
"Kat mana?" Sara meraba-raba wajahnya.
"Kat situ." Lelaki itu menunjukkan dahinya. Sara mengusap-usap dahinya.
"Bukan kat situ, excuse me." Lelaki itu mengambil tisu yang terlekat di dahiku. Sopan betul mamat ni. Lembut je dia minta izin. Patutlah aku tak dapat tisu tu, yang aku raba belah kiri, tisu tu belah kanan.
"Terima kasih, ya." Lelaki itu tersenyum manis sebelum berlalu ke tandas. Wah, cair. Kalau bahasa we chat ni, meletup ovari tengok mamat ni senyum. Sara keluar dari situ dengan sengih yang tak menghilang.
"Kau apahal sengih macam kerang busuk ni." Suara menjengkelkan itu terus menghilangkan moodnya. Sara menoleh Aditian.
"Suka hatilah!" Balas Sara kasar.
"Lambat! Aku tak suka tunggu orang lambat-lambat ni. Boleh hilang idea dalam kepala aku macam ni." Sara menjeling. Ceh! Ada aku kisah!
"Mana tablet aku?" Sara cepat-cepat menurunkan beg doraemonnya. Di dalam beg ni semua kena ada. Kalau dia minta semua, aku kena bagi dengan kadar segera. Adit mengambil tab dan segera berlalu dari situ. Sara mengekorinya dari belakang. Adit duduk di satu sudut, tekun membuat lakarannya. Sara pula hanya duduk termenung tidak jauh dari tempat Aditian, bimbang jika Adit memerlukannya, Sara lambat datang kepadanya.
Satu jam... dua jam.. Adit masih tidak berkutik.
Azan zuhur sudah kedengaran. Entah dengar entah tidak Adit ni. Dia ni kalau dah buat kerja, makan, minum, sembahyang semua ke laut.
"Tuan!" Panggil Sara. Adit mendongak.
"Dah masuk waktu." Cepat-cepat Adit melihat jam. Terus dia mengemas semua peralatannya. Adit menyerahkan tabletnya kepada Sara.
"Cas dulu. Aku nak sambung lepas ni." Sara mengangguk lantas dia menyambung powerbank di dalam beg doraemonnya ke tablet.
Selepas sembahyang, Sara menunggu Adit di tempat tadi. Dilihat Adit telah menunggunya di situ. Tangannya meminta tabletnya semula.
"Cepat, idea aku tengah melambak-lambak ni." Tanpa berlengah, Sara menyerahkan tabnya semula. Selepas itu, keadaan kembali sunyi sepi.
"Tuan, saya nak tengok orang berlumba kat litar sekejap boleh?"
"Jangan mengada, duduk je sini." Sara memuncungkan mulut tanda protes. Kedekut!
"Tuan tak lapar ke? Saya lapar ni." Tangan Adit meraba belakangnya dan mengeluarkan dompet dari poket seluarnya.
"Kau ambil dompet aku ni, pergi beli makanan banyak-banyak. Bawak sini." Aku tersengih. Wowww!! Dia bagi terus dompet dia. Ada peluang aku nak pow banyak-banyak ni. Cepat-cepat aku membuka dompetnya.
"Hek eleh, ada dua puluh ringgit je tuan, nak beli banyak-banyak apa macam ni?" Sara sudah membuat muka selenge. Hancur sudah harapannya untuk mengepow bosnya itu.
"Heh! Aku dah tahu dah dalam kepala otak kau tu fikir apa, saja je nak kenakan kau. Kah!Kah!Kah!" Kurang asam betu! Tak pernah harinya berakhir dengan perkara yang tidak menjengkelkan. Tumbuk karang!
****
"Kau masuk dalam guni ni."
"Ha?"
"Cepatlah!"
"Kenapa saya kena masuk dalam guni?"
"Adalah benda yang aku nak tahu untuk kepastian. Kau masuk je boleh tak, jangan banyak songeh. Masuk!"
"Tuan!"
"Aku nak ikat guni ni, kau jangan gelabah pula."
"Hah! Tuan nak ikat. Karang kalau saya tak bernafas macam mana?"
"Kau tengok ni, guni ni ada ruang udara. Kau takkan mati lemas punyalah!"
"Tapi tuan.." Adit terus menolak kepala Sara tanpa sempat Sara bersuara sebelum dia mengikat kemas guni tersebut.
Tiba-tiba terasa guni tersebut terangkat. Biar betul ni, apa pula eksperimen yang dia nak buat kali ni. Matilah aku kalau dia tinggalkan aku kat atas ni seorang diri nanti.
"OK, kau try keluar dari guni tu sekarang!" Mampussss!!!!
"Tuannnnn!!!!" Jerit Sara dari dalam. Suara Adit tidak kedengaran. Ya Allah, apalah dosaku pada dia ya Allah sehingga aku diperlakukan begini.
Setelah berhempas pulas Sara cuba mengeluarkan diri, akhirnya dia berjaya keluar dari guni tersebut. Berpeluh-peluh badannya. Dia melihat sekeliling, sunyi dan kosong. Kurang asam punya bos! Selalu seksa aku macam ni. Satu hari nanti aku akan balas dendam! Kau tunggulah! Terdampar Sara di bawah setelah berjaya turun ke bawah. Aku pasti akan balas dendam satu hari nanti! Dasar psiko!
YOU ARE READING
Kisah Klasik Untuk Masa Depan
RandomAditian Warith Bin Kamarul Ariffin aka AWKA, pelukis komik yang terkenal di persada antarabangsa namun identitinya menjadi rahsia. Tiada siapa tahu identiti sebenarnya melainkan rakan baiknya merangkap pengurusnya, Mazlan dan juga pembantu peribadin...