Kisah Klasik Untuk Masa Depan Part 13

3 0 0
                                    

Persaingan semakin sengit. Amir Raziq dan Aditian diberikan teamwork masing-masing untuk membantu merealisasikan dan mendapatkan tender di Melaka. Setakat ini kumpulan Amir Raziq mendahului kerana mereka mempunyai tiga idea untuk dibentangkan dalam mesyuarat syarikat sebulan lagi. Kumpulan Adit pula seperti paku diketuk. Selagi Adit tidak mengeluarkan pendapat, selagi tu hanya bunyi cengkerik yang kedengaran, masing-masing seperti memboikot kumpulan Adit. Entah kenapa, mereka seperti tidak percaya Adit boleh menerajui syarikat ini berbanding Amir Raziq.

"Tuan, tuan tak rasa ke group kita ni macam berat sebelah. Pasif je, suruh keluarkan pendapat pun krik-krik." Mata Adit yang fokus pada dokumen di hadapannya berhenti menyelak. Dia memandang Sara dengan muka yang berkerut.

"Tahu."

"Team satu lagi dah ada idea Tuan, Tuan tak rasa tercabar ke?" Adit menaikkan bahu.

"Kita macam mana Tuan, takkan kita nak biarkan. Kita satu idea pun tak ada lagi ni." Adit menutup fail dan mencampakkan di atas mejanya.

"Masa aku berak pagi tadi aku dapat ilham." Yihhh! Tu pun nak cerita ke dia dapat ilham masa bila. Sara membuat muka.

"Perlu ke cakap tempat dapat ilham tu?" Aditian sengih.

"Nanti kau tak percaya pula kalau aku kata dapat ilham."

"Apa ilham yang turun dari langit ke perut tu? Mesti canggih punya idea."

"Kita buat tema futuristik." Sara mengerutkan dahi.

"Maksudnya? LRT terbang?"

"Jauh sangat pemikiran kau ni. Kau pernah nampak kereta terbang dah ke? Kalau belum jangan mimpi kau nak tengok benda lain yang terbang." Sara tersengih.

"Habis tu?"

"Kau pernah tengok tangga piano atau piano guna kaki kat luar negara?"

"Ha, pernah.."

"Kita cipta sesuatu berdasarkan konsep pijak macam tu."

"Ermm.. Saya masih samar-samar lagi. Tak nampak jalan menuju kejayaan. Di mana konsep ni boleh kita aplikasikan?"

"Tangga, menggalakkan pengguna naik tangga berbanding eskalator. Laluan pejalan kaki. Dalam stesen. Mana-mana tempat yang dirasakan sesuai. Bagi keseronokan untuk kanak-kanak sebab bila dia pijak dan lompat, lantai tu akan bunyi haiwan atau yang sesuai dengan kanak-kanak. Kita juga boleh adakan sudut untuk couple. Cipta sesuatu untuk pasangan couple ni enjoy secara berpasangan. Apa nak diaplikasikan, tu kena bincang secara mendalam." Adit menerangkan lebih lanjut lagi perancangannya. Nampak wow ideanya kerana konsep Enjoy One Family yang cuba diterapkan nampak begitu menarik sekali. Sara mengangguk-angguk tanda faham dengan penerangan Aditian.

"Bila kita nak bentangkan dalam kumpulan kita?"

"Panggil mereka meeting pukul 2 nanti. Banyak benda kita kena mula."

"Baik, saya akan keluarkan memo segera." Sara terus berlalu.

*****

Sepanjang dua minggu ni banyak progress proposal yang telah siap untuk dibentangkan di dalam mesyuarat induk bagi memilih idea siapa yang paling menarik dan bernas, juga kos yang paling minima. Mereka bekerja siang dan malam untuk mengkaji peralatan fizikal, teknikal.

Telefon di sisi berbunyi. Bahagian HR menyuruh aku ke HR Department untuk mengisi borang. Terus aku bangkit dan menuju ke lif. Lambat pula lif ni, naik tangga je lah, lagipun dua tingkat je, kentut pun tak habis dah sampai. Senamlah sikit.

Baru hendak naik, tiba-tiba aku mendengar suara orang berbual.

"Saya rasa idea Tuan Adit lebih menarik bos. Macam mana bos? Boleh kalah kita macam ni. Idea kita biasa-biasa je."

Kisah Klasik Untuk Masa DepanWhere stories live. Discover now