Setelah membantu Sara membersihkan rumah serba sedikit, Adit keluar dari rumah tersebut. Sangkaannya, Adit pulang ke rumah. Rupanya tidak, Adit pergi semula ke rumah Mak Longnya untuk mengambil semua barang-barangnya. Tahu-tahu dia mendapat panggilan telefon untuk menjaminnya di balai polis.
Adit ditahan di balai polis kerana memukul Pak Longnya!
Tergesa-gesa dia menelefon Encik Mazlan untuk membantunya. Encik Mazlan mengambilnya di ofis dan mereka berdua bersama-sama menuju ke balai polis tempat Adit di tahan reman.
Encik Mazlan menerangkan Adit akan didakwa di bawah seksyen 322 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara selama satu tahun maksimum dan/atau didenda RM2000 jika didapati bersalah.
Sara susah hati. Apa yang perlu dia lakukan sekarang. Dia tidak mahu Adit dipenjara!
Sepanjang malam dia tidak boleh melelapkan mata memikirkan solusi untuk menyelamatkan Adit.
Senyap-senyap Sara menemui Pak Longnya yang sedang di rawat di hospital. Ketika itu waktu lawatan masih belum dibuka. Jadi tiada orang yang menemani Pak Long ketika itu.
"Baik Pak Long tarik balik report polis Pak Long pada Tuan Adit!"
"Kenapa aku kena tarik pula, dia yang pukul aku. Biar padan muka dia mereput dalam penjara." Angkuh wajah Pak Long sambil mencebik. Orang kalau dah perangai buruk, muka pun automatik jadi buruk.
"Ok, kalau macam tu saya pun akan laporkan pada polis pasal gangguan seksual Pak Long pada saya selama ni."
"Heh! Kau ada bukti?" Wajahnya masih berlagak.
Pap! Dia mengeluarkan pendrive dari dalam poket seluarnya.
"Dalam ni semua adalah bukti menunjukkan gangguan seksual Pak Long pada saya. Saya akan report pada polis hari ni juga. Lepas tu saya akan panggil wartawan dan dedahkan segala kelakuan buruk Pak Long pada saya selama ni. Biar semua orang taman tahu perangai sebenar Pak Long. Biar Anis dan Shafiq tahu perangai buruk bapak mereka yang tak semenggah ni. Biar satu keluarga tahu yang Pak Long ni gila seksss! Pervertttt!!!!" Terkedu muka Pak Long bila aku mengugutnya begitu.
"Kalau Pak Long tak tarik report polis dalam masa 24 jam, Pak Long tunggu sendiri akibatnya!" Ujar Sara terus berlalu keluar. Sempat tangannya mengambil semula pendrive yang tadi diletakkan di atas tempat meletakkan makanan di hujung katil Pak Long. Sempat juga dia menjeling tajam tanda dia serius mahu melakukan apa yang diugutnya. Pucat muka Pak Long. Baru dia tahu langit tinggi atau rendah.
Tidak lama kemudian, Adit sudah dibebaskan kerana Pak Long sudah menarik balik laporan polis yang telah dibuat. Tahu takut! Dia bukan tahu dalam pendrive tu kosong. Baru kena ugut sikit dah mengalah nampak sangat pengecut! Orang jahat kalau tak cukup jahat sangat tapi nak buat jahat macam tu lah.. baru cakap nak report polis dan takut. Gila, mana sempat nak kumpul bukti bila dia tengah buat gangguan seksual tu. Masa dia tengah kacau tu mestilah aku tengah takut, mana sempat nak rakam ke nak ambil gambar bukti dia tengah buat gangguan seksual.
Sara menunggu ketibaan Adit di pejabatnya. Dia siap-siap memasakkan nasi beriyani, kurma ayam dan sayur acar sempena Adit keluar dari lokap. Hatinya rasa bersalah, kerana dia Adit telah ada rekod masuk penjara. Kerana dia, Adit memukul orang dan merosakkan reputasinya. Rasa bersalahnya semakin menggunung kerana dia menceritakan tentang gangguan seksual yang dihadapi pada Adit, jika tidak semua ini tidak terjadi.
Pukul 4 Adit dan Mazlan tiba di pejabat.
"Wow! Ada nasi beriyani. Gila ah, patutlah PA kau kali ni bertahan lama, pandai masak rupanya!"
"Jemput makan Encik Mazlan, Tuan Adit." Pelawa Sara tanpa memandang wajah Adit.
"Awak tak makan sekali Sara?"
YOU ARE READING
Kisah Klasik Untuk Masa Depan
RandomAditian Warith Bin Kamarul Ariffin aka AWKA, pelukis komik yang terkenal di persada antarabangsa namun identitinya menjadi rahsia. Tiada siapa tahu identiti sebenarnya melainkan rakan baiknya merangkap pengurusnya, Mazlan dan juga pembantu peribadin...