Sepanjang berjalan ke tempat baru, dia hanya termenung melihat ke luar tingkap. Siapa lagi kalau bukan Fee Elina Georgiana, lebih dikenali sebagai Fee.
"Hehehe Princess ayah tu, merajuk ke?" soal Alex sambil menayang sengih. Fee hanya mendiamkan diri tidak bersuara walaupun sepatah.
Sebenarnya Fee tidak mahu berpindah ke tempat baru, dia sudah bahagia duduk di tempat yang dulu tiba tiba perlu pindah ke tempat baru. Mahu atau tidak terpaksa la dia ikut kerana ayah dengan ibu Nana perlu pindah dengan kadar segera atas urusan kerja.
"Fee, kita dah nak sampai ni. Sampai saja rumah baru, ibu nak kamu pilih bilik masa satu kamu nak duduk. Tetapi bilik utama yang ada tandas tu bilik ibu dengan ayah," terang ibu panjang lebar.
Sebaik sahaja tiba di rumah baru itu, mereka bersiap siap angkat barang bawa masuk ke dalam rumah. Fee sudah ke sana sini mencari tempat sesuai untuk dijadikan biliknya.
"Bilik belakang lah best, lapar terus pergi dapur. Tapi... Seram lah selalu cerita hantu bilik dekat dapur banyak hantu," bisik nya sambil mengintai dapur dari pintu depan. Ibu dengan ayah terlebih dahulu ke bilik mereka untuk mengemas barang barang mereka.
"Eh? Bilik ni... Nampak unik," Fee terus mengorak langkah ke bilik yang terletak berhampiran bilik utama. Pintu nya cantik. Sangat cantik! Di pintu nya terdapat ukiran bentuk bunga bunga yang menarik dan cantik!
"Fairytale..?" Fee membaca tulisan yang terukir di pintu tersebut. Dia mengerutkan dahi nya.
"Fairytale? Apakah??" soal nya hairan.
"Kegembiraan tanpa had, dunia Ajaib binti Amazing???" makin hairan di buat nya apabila membaca lagi ukiran tersebut.
"Ajaib binti Amazing?? Aik? Apa ni? Nama manusia ke?? Tak tahu pulak Ajaib tu perempuan," makin bertambah tanda soal dalam diri nya.
"Amaran, pastikan sudah sedia sebelum masuk..? Haa??!" Fee mengaru kepala yang tidak gatal.
"Makin lama aku baca ni, boleh gila di buatnya," kata nya sambil menggeleng kepala.
"Jampi?? Niat enson matakaji semar ngiseng..." Fee membaca nya sambil tersengih sengih.
"Aku syak penghuni rumah ni dulu jenis yang kuat berimaginasi lah!" kata nya sambil menggeleng kepala. Tanpa rasa ragu dia membuka pintu tersebut.
"Waaahhh!" terbeliak mata nya melihat keadaan bilik itu sebaik sahaja dia buka. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lihat. Apa yang dia nampak adalah seperti sebuah hutan cantik bersama pintu potral yang sedang berputar putar di hadapan nya.
"Cantik nya!! Pusing pusing, wuarhggggg pening kepala aku~ Eh eh??!" gelabah dibuatnya apabila apabila dia merasa kan diri nya seolah olah di tarik untuk masuk ke dalam potral itu.
"Huaaa tulungg!!!!" (Tolong) jerit nya sebelum di tarik masuk ke dalam potral tersebut...
YOU ARE READING
Fairytale : Pengembaraan Ke Dimensi Ajaib [OG]
Fantasy•| ⊱ Kisah Pertama Fairytale ⊰ |• ‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾. Di suatu hari, ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam biliknya di rumah baru itu dengan tiba tiba wujud satu portal pelik dan secara tidak langsung dia termasuk ke dalam portal tu. Sebaik sahaj...