𓏲 ๋࣭ ࣪ ˖ Satu

124 29 149
                                    

Sudah hampir sehari dia berjalan tanpa hala tuju. Entah kemana harus dia pergi, dirinya sendiri pun tidak tahu.

"Aku nak pergi mana ni. Dari tadi aku jalan asyik taman bunga je kat sana sini. Hurmm," bebel nya dari tadi.

"Ni lagi satu masalah! Macam mana lah benda alah ni boleh tersarung kat badan aku argh!" dia melempar batu dengan sekuat hati ke dalam tasik berhampiran untuk melepas geram nya.

Dia sudah lah tidak suka berpakaian seperti puteri, tiba tiba sebaik sahaja dia membuka mata, gaun tu sudah tersarung di tubuh nya.

Dia sudah lah tidak suka berpakaian seperti puteri, tiba tiba sebaik sahaja dia membuka mata, gaun tu sudah tersarung di tubuh nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Ini baju nya 😂)

"Woii sakit lah kepala aku!" jerit sesuatu dari dalam tasik tersebut. Hampir luruh jantung Fee dibuatnya.

"Si- siapa??" soal nya sedikit takut. Ye lah tiba tiba ada suara datang dari dalam tasik, siap marah diri nya lagi.

"Eh kau manusia kan? Macam mana kau boleh datang sini?" soal benda tu yang muncul dari dalam tasik. Feeq terkaku buat sementara waktu, dia cuba berfikiran logik tetapi makhluk di depannya ini...

"Hello aku tanya ni..? Baik kau jawab sebelum aku makan kau!" ugut makhluk tersebut sambil bercekak pinggang.

"Y- ye- s- sa- saya manusia. Sa- saya tak tahu macam mana bo- boleh sampai sini." jawab Fee habis gagap kerana takut apabila ugut begitu.

"Er.. Lagi satu, macam mana kau boleh dengar aku? Dalam Fairytale ni tiada siapa boleh faham apa yang aku cakap," soal nya lagi, dia berjalan menuju ke arah Fee tetapi Fee menjauhi nya.

"Ka- kau jangan tanya aku. Ma- mana aku tahu. Dasar buaya," jawab Fee. Yes di hadapan nya sekarang ini seekor buaya yang besar yang berpakaian dengan penuh gaya.

 Yes di hadapan nya sekarang ini seekor buaya yang besar yang berpakaian dengan penuh gaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Kembang kan lagi imaginasi anda!!)

"Aik? Aku tak kenalkan diri lagi kau dah tahu? Okey aku Sai, nama penuh Saitun. Jadi panggil aku Sai je. Jangan gatal mulut nak panggil aku syaiton, aku telan kau karang!" akhirnya buaya itu memperkenal kan diri nya.

Fairytale : Pengembaraan Ke Dimensi Ajaib [OG] Where stories live. Discover now