Sebaik sahaja hari menjelang pagi...
"Huaa.. aaa.. AAAAAAHHHH!!!" boleh tak korang imagine daripada menguap biasa terus di sambungkan ke jerit akibat terlalu terkejut.
"Si- siapa yang.. HUAAAA!!!!" jerit nya sekali lagi. Nak tahu apa yang dia terkejut kan sangat? Okey pertama baju gaun yang dia pakai semalam sudah di tukar dengan baju gaun yang baru. Dan yang kedua entah bagaimana dia boleh berada di semua tempat yang dipenuhi pokok pokok aneh.
(Gaun baru dia dan tempat Nana berada sekarang)
"Hey akak Princess! Awak okey tak??" soal seseorang yang sedang membawa beberapa bakul yang dipenuhi buah lemon.
"Er.. o- okey." jawab Fee, dia ingin bertanya tentang pakaian yang berubah secara tiba tiba itu tapi malu karang tidak pasal pasal di label 'gila'.
"Er.. Boleh saya tanya. Kenapa semua panggil saya Princess?" soal nya ingin tahu, memang dari awal lagi dia hairan mengapa semua memanggil nya 'princess'.
"Hmm mungkin sebab Akak Princess pakai gaun? Akak ni manusia kan? Macam mana boleh sampai sini??" soal nya bertalu talu, siapa lagi kalau bukan si kici comel kita, Iman Darly.
"Fuh kalau seribu orang jumpa saya, nampak gaya nya seribu kali lah saya kene jawab soalan yang sama," kata Fee dalam nada bersahaja. Dia mengambil sebiji lemon yang terjatuh dari bakul Iman tadi.
"Makan la," kata Iman. Tanpa berfikir Fee mengupas kulit lemon tersebut, tiba tiba...
"Huaa apa jadi nii??!!!" soal Fee dengan terkejut. Mana tidak nya, lepas dia kupas kulit buah lemon tu boleh pula buah berubah jadi ikan salmom stim lemon. Siap tersedia di dalam sebuah bekas yang cantik pulak tu!
YOU ARE READING
Fairytale : Pengembaraan Ke Dimensi Ajaib [OG]
Fantasy•| ⊱ Kisah Pertama Fairytale ⊰ |• ‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾. Di suatu hari, ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam biliknya di rumah baru itu dengan tiba tiba wujud satu portal pelik dan secara tidak langsung dia termasuk ke dalam portal tu. Sebaik sahaj...