𓏲 ๋࣭ ࣪ ˖ Lima

90 23 250
                                    

"Arhggg sakit!!" jerit Iman sambil memejamkan mata nya. Fee tergelak kecil sambil merawat lebam lebam di lengan Iman. Hari sudah gelap, mereka terpaksa mencari tempat untuk berlindung satu malam.

"Hey, okey tak ni?" soal Fee sambil menayang sengih. Iman mengangguk kepala lalu melempar senyuman kecil kepada nya.

"Hebat kan kitaorang berlakon tadi?" sambung Fee.

"Hebat! Iman ingatkan betul betul tadi!" kata Iman dengan teruja, mana tidak nya punya lah berjaya lakonan mereka hingga Iman pun hampir tertipu. (Dan saya yakin korang pun tertipu~) 🤣✨

"Untung wehh untung!! Tak sia sia belakon tadi dapat seguni permata!" sampuk Lynne sambil melihat isi guni kecil tersebut.

"Hmm tapi ni milik kau Iman. Kau bersusah payah kerja, nak ambil ni," Lynne menghulurkan beg guni kecil itu pada Iman dengan penuh ikhlas.

Dia tidak mahu mengulangi kesilapan nya, dia menyesal. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan lebih penting dari harta!

∘ ───♡༉─── ∘

*Flashback*

"Bagitau di mana Iman, aku kasi kau upah lumayan," potongnya sambil menunjukkan satu beg guni bersaiz kecil yang dengan permata berharga di dalam nya.

"Cakap sekarang Lynne. Aku yakin kau akan kaya lepas ni.." sambungnya lagi.

"I-Iman kat sana.." kata Lynne lalu menunjukkan arah yang bertentangan dari tempat Iman bersembunyi. Fee tersenyum sinis sebelum meneruskan lakonan nya.

"Lynne!!" jerit Fee seolah olah kecewa.

"Kenapa Lynne!" sambungnya lagi supaya lakonan mereka nampak lebih nyata.

"Hahaha dah dasar mata duitan! Kalau macam ni sampai mati pon perangai kau macam ni lagi penting harta dari sabahat sendiri!" kata lelaki itu dengan bangga.

Dia membaling beg guni kecil tu pada Lynne sebelum berjalan ke arah tempat yang dikatakan oleh Lynne tadi.

"Tapi kan pakcik, kejahatan tidak di benarkan dalam Fairytale ni..." kata Fee dalam nada mengejek.

"Jadi.. Say Goodbye lah pakcik!" serentak dengan itu ada cahaya bersinar keluar dari gelang nya itu terus menuju pada bapak tiri Iman.

"Apa kau buat ni?!!"

*Flashback end*

∘ ───♡༉─── ∘

"Apa terjadi pada dia?" soal Lynne ingin tahu.

"Hm lagi satu, mana Princess dapat tu?" soalnya lagi.

"Saya hantar dia pada Sai, biar dia jadi makan malam Sai! Gelang ni saya dapat daripada Fairy Bal. Masa gelang ni bersinar, saya... Hm lupa kan je la hehe," Fee cuba mengelak daripada memberi tahu hal sebenar, dia takut benda lebih buruh bakal terjadi kalau mereka tahu hal yang sebenar.

Fairytale : Pengembaraan Ke Dimensi Ajaib [OG] Where stories live. Discover now