𓏲 ๋࣭ ࣪ ˖ Tiga

86 26 297
                                    

"Sa- saya kat mana?!" soalnya dengan cemas sekali. Dia melihat keadaan sekeliling nya. Sunyi. Sepi.

"Ehh princess dah bangun!!!" jerit seseorang dengan teruja.

"Yeah yeah princess dah bangun!!" Sorak mereka bertiga sambil melompat lompat keriangan. Siapa lagi kalau bukan kembar tiga ni! Linda, Liena dan Liesa!

"Erk.. Jadi??"

"Princess tahu tak berapa lama Princess tidur?" Tanya salah seorang daripada mereka.

"Tak, tapi sebelum tu. Siapa korang?" soal Fee ingin tahu. Nampak comel sahaja tiga orang ni. Linda, Liena dan Liesa berpandangan antara satu sama lain.

"KAMI!!! JEN JEN JENGGG!!!! TRIPLETS FAIRY!!" sorak mereka bertiga sambil melompat lompat.

"Sayaa sulung, nama saya Linda!" kata Linda.

"Saya yang paling aktif, Liena!" kata Liena pula yang paling aktif antara mereka bertiga.

"DAN SAYA!!! SI BONGSU!! LIESA!" kata Liesa dengan kuat sekali.

"Comel nya kamu bertiga. Okey disebabkan kamu dah tahu saya princess. Jadi tak perlu la saya kenalkan diri kan? Hmm?" Fee melihat keadaan sekeliling nya. Dia sendiri tidak tahu di mana dia berada. Dia tidak berapa ingat apa yang berlaku sehingga dia sampai ke sini.

"Princess ada masalah ke?" soal Linda penuh prihatin.

"Princess nak demam ke? Sebab tadi kami jumpa princess kat tepi tasik sana," kata Liena pula sambil menunding jari ke arah tasik tadi.

"Tasik?"

"Ha'ah, buaya Sai yang hantar princess kat situ tadi. Tapi princess tidur masa tu," terang Liesa pula sambil melompat lompat.

"Ish berhenti la lompat!" Liena menarik lengan Liesa agar dia berhenti melompat tetapi Liesa tetap degil dan terus melompat lompat keriangan.

"Biar lahh kita jumpa princess nii!! Siapa je tak excited?!!" bantah Liesa.

"Tapi saya manusia biasa je," kata Fee dengan nada yang agak perlahan. Dia sendiri hairan kenapa semua terus memanggil nya princess. Mustahil lah sebab pakai gaun sahaja.

"Mana ada manusia biasa!! Princess kan Princess di Fairytale nii!!!" kata mereka bertiga serentak. Makin bertambah hairan Fee dibuatnya.

"Apa kecoh kecoh tu? Kan princess tengah rehat," kata seseorang. Ternganga Fee melihat kelibat itu. Cantik, sangat cantik! Dengan sayap yang dimiliki nya, tak lain dan tak bukan sudah tentu lah fairy!

"Eh princess dah bangun," kata nya sambil tersenyum manis.

"Saya Bal. Saya yang jaga budak budak ni, mari turun. Saya ada sedia kan makanan untuk semua," ajak Bal dengan ramah sekali.
(Kalau lupa siapa dia, boleh tengok gambar dia kat bahagian watak Sampingan)

"Princess mari turun!" ajak mereka bertiga dengan ceria lalu menarik tangan Fee.

"Bal, boleh saya tanya sesuatu?" soal Fee dengan sopan sekali. Ye la Bal cukup punya baik tak kan nak nak bersikap kasar pula kan? Bal mengangguk kepala.

"Macam mana saya boleh ada sini? Macam mana korang semua boleh tahu saya manusia? Kenapa korang semua panggil saya 'Princess'? Dan.. Kenapa saya pakai gaun ni?" soal nya bertalu talu.

"Erk..? Kenapa diam?" soalnya lagi.

"Dah di soal banyak banyak sekali gus, macam mana saya nak jawab?" jawab Bal sambil menggeleng kepala.

Fairytale : Pengembaraan Ke Dimensi Ajaib [OG] Where stories live. Discover now