BAB 50

16 0 0
                                    

"Zu, kau nak duduk sini sampai bila?" tanya Hafiy setelah sekian lama mereka menyepi untuk mencari bahan tugasan mereka.

Melihat Zulaikha yang seperti tidak mendengarkan persoalannya, Hafiy mengambil keputusan untuk mengetuk buku di hadapan Zulaikha dengan jari telunjuknya.

"Erm.. Why?" tanya Zulaikha. Zulaikha mengangkat pandangan lalu pandangan keduanya bersatu. 5 saat pandangan mereka bertaut sebelum keduanya mengalihkan pandangan ke arah lain.

Muka Zulaikha memerah, jantungnya juga berdegup kencang.

'Fuh nervous gue' bisik hati Zulaikha.

Dalam diam Hafiy mencuri pandang ke arah wajah Zulaikha yang memerah. Comel bisik hatinya.

Setelah menenangkan hati beberapa saat, Zulaikha akhirnya bertanya.

"Kau nak apa?"

"Aku tanya lama lagi ke kau nak duduk sini?"

"Aku kalau boleh nak habiskan cari bahan harini jugak. Nanti tinggal buat je bila aku free" jawab Zulaikha. Namun matanya tidak lagi memandang wajah si jejaka.

"Kalau gitu jom pergi solat jap. Dah masuk waktu asar dah" ajak Hafiy.

Zulaikha melihat jam tangannya lalu mengangguk setuju. Barang dikemas dan disusun di tepi meja. Kedua remaja itu berlalu ke surau yang terletak berhampiran banggunan perpustakaan itu.

"Dah siap nanti tunggu kat sana tau. Kita pergi sesama" kata Hafiy menunjukkan bangku panjang yang terletak di sebelah penapis air berdekatan pintu masuk surau.

Zulaikha mengangguk setuju. Lalu keduanya berlalu ke laluan masing-masing.

5 minit menunggu akhirnya kelibat Zulaikha keluar.

"Jom makan aiskrim dulu before sambung balik" ajak Hafiy.

"Eh tapi nanti lambat siap ah" rungut Zulaikha.

"Ala kejap je. Asyik hadap buku je tak tepu ke otak kau?"

Zulaikha memandang jam di tangan.

"Okeylah kejap je. Aku kalau boleh nak cepat habis. Cepat habis lagi banyak masa aku boleh gunakan untuk lepak"

"Lepak je kerja kau kan?!" perli Hafiy.

"Well you know me"

Hafiy menggeleng.

"You sit here first. I will buy the ice cream. Flavour?" arah Hafiy.

"Chocolate chip"

Melihat Hafiy berlalu, Zulaikha membuka aplikasi media sosialnya. Beberapa gambar di'like'.

"Nah" terpampang di depan mata aiskrim yang dihulur Hafiy.

"Thanks. Kau belanja kan?" tanya Zulaikha tersengih kecil.

"Of course. Aku yang ajak kau makan aiskrim ni takkan nak suruh kau belanja. Bukan mahal mana pon" kata Hafiy.

Hafiy yang duduk di sebelah Zulaikha memerhati Zulaikha yang leka dengan aiskrim di tangan sambil memandang sekitar sehingga tidak perasan bahawa dia makan agak comot. Hafiy tergelak kecil.

"Kau ni dah besar pon makan comot lagi" katanya sambil mengelap tepi bibir Zulaikha dengan tisu yang diperolehi semasa membeli aiskrim tadi.

Zulaikha terkedu dengan tindakkan Hafiy.

Dia berdeham kecil.

"Ish kau ni kan. Cakap je lah comot. Tak payahlah sampai lapkan. Nak kena tumbuk ke?" bentak Zulaikha.

01| CHINGU LOVE STORYWhere stories live. Discover now