BAB 3

58 4 0
                                    

Kelihatan jejaka berbadan tinggi berisi dan berkulit kuning langsat sedang berdiri sambil memegang mikrofon. Dia mundar-mandir di atas pentas sambil melihat ke arah siswa siswi baru di bawah pentas. Bagaikan raja memandang rakyat jelata membuatkan dia begitu menonjol diatas pentas. Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka di atas pentas itu. Bagai ada aura kekuasaan King Athur yang kuat datang dari jejaka itu apabila dia mula bersuara. Cewah bermain kata pulak aku ni..

"Assalamualaikum dan Selamat pagi semua, nama diberi Akmal Danish, dan saya daripada jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, selaku pengerusi orentasi merangkap ketua mahasiswa fakulti perniagaan mengalu-alukan kedatangan kamu semua ke Maple University. Disebelah saya ialah Nabila Natasyah yang merupakan naik pengerusi untuk orentasi kali ini."

Nabila yang berada di sebelah Izzad melangkah setapak ke hadapan apabila Akmal memperkenalkan dirinya. Mukanya sengaja diketatkan untuk menggentarkan siswa dan siswi di bawah pentas.

Setelah 2 jam menerangkan beberapa perkara penting kepada para siswa dan siswi barulah mereka dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi memudahkan semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Malang bagi kelima-lima gadis tersebut terpaksa berpecah kepada dua kumpulan.

"Wei asal si putih ni  jadi fasi kita tho?? Lemah betollah macam ni." bisik Zulaikha ditelinga Alia.

"Dah takdir kau Laika. Nak buat macam mana dah diorang pilih kita. Redho jelah ke kau nak kena denda pada hari pertama orentasi ni??" tanya Alia

"Ermm memang taklah aku nak kena denda sebab dia."

"Tahu takpe. Lagipun kau dah move on kan?"

"Yes aku dah move on walaupon ada sikit lagi rasa suka pada dia." Tiba-tiba Zulaikha ternampak seseorang yang sangat dia kenali.

"Adya!" katanya dengan nada perlahan tapi masih boleh didengari oleh Alia.

"Ha? Adya? Mana?" tanya Alia. Adya merupakan gelaran yang diberi Zulaikha kepada crush pertamanya. Selama ini dia hanya menggunakan gelaran Adya apabila bercerita dengan mereka. Sudah 6 tahun mereka tertanya-tanya siapakah Adya.

"Laika kau taknak bagitahu kita orang siapa sebenarnya Adya ke? Lama tau kitaorang tunggu."

"Lambat laun korang pasti akan tahu." selamba Zulaikha membalas.

"Laika pleaseee." rayu Alia sambil mengerlipkan matanya.

"Nanti-nantilah sekarang ni aku nak tahu dia ambil course sama dengan kita ke tak." kata Zulaikha sambil berjalan ke arah seorang kakak fasilitator.

"Akak Effy nak pinjam list nama boleh tak?" tanya Zulaikha kepada Kak Effy atau nama penuhnya Nur Syafa Afiqah Lee.

"Boleh nak buat apa dik?" tanya Effy sambil menghulurkan kertas yang mengandungi senarai nama pelajar jurusan perniagaan.

"Hehehehe sebenarnya tadi saya macam nampak kawan saya tadi. Tu yang saya nak pastikan sama ada betul ke dia yang saya nampak." jelas Zulaikha.

"Oh. Tapi cepat sikit tau kita dah nak gerak ni."

"Alright kak." balas Zulaikha sambil matanya fokus mencari nama Adyanya.

"Dah jumpa. Thanks kak."lalu Zulaikha berjalan ke arah Alia.

"Ni muka gembira semacam mesti dia sama course dengan kita ni." teka Alia.

"10 markah untuk kau. Memang dia satu course dengan kita pon." jawab Zulaikha dengan perasaan yang berbunga-bunga.

"Baik semua sila beratur kanan untuk perempuan and kiri untuk lelaki. Kita akan memulakan aktiviti menjelajah sekitar uni." kata Amirul Asyraff selaku fasilitator yang bertanggungjawab ke atas kumpulan 5.

TBC




01| CHINGU LOVE STORYWhere stories live. Discover now