BAB 9

38 5 0
                                    

Tiba sahaja di kolej Syafiqah terus meminta rakan-rakannya menemaninya berjumpa Akmal untuk memberi bekal yang telah dia sediakan dengan sepenuh hati.

"Korang jom teman aku jumpa Kemal. Nak bagi ni" katanya sambil menunjukkan bekal makanan berwarna biru.

"Jom. Tapi kalau ada halangan aku bla dulu au" kata Zulaikha.

"Operalah tu" teka Miza.

"Or Adya?" kata Farahin pula.

"Hehehehe salah. I mean nak ke tandas" kata Zulaikha sambil menjelirkan lidah. Yang lain dah menjeling geram.

"Aku potong lidah tu baru tau" ugut Alia.

Kebetulan sewaktu mereka berjalan dikoridor blok fakulti perniagaan mereka ternampak Akmal, Riaz dan Asyraff sedang melepak.

"Hai Piqa. Dah okey kaki tu?" tanya Akmal.

"Hai. Dah okey dah terima kasih sebab tolong saya semalam"

"Hermmm Piqa je ke yang kitaorang ni taknak hai ke wahai senior" gurau Alia. Dia sememangnya agak rapat dengan mereka sebab abangnya berkawan baik dengan mereka bertiga.

"Heheheh sorry. Hai semua" kata Akmal sambil mengosok belakang tengkuknya tanda malu.

"Hai" serentak mereka berempat menjawab.

"Sebenarnya saya datang ni sebab nak bagi ni sebagai tanda terima kasih sebab tolong saya semalam" kata Syafiqah sambil menghulurkan bekas makanan berwarna hijau.

"Oh Thanks macam tau-tau je saya tak breakfast lagi"

"Dia je ke? Kitaorang?" serentak Riaz dan Asyraff bertanya.

"Eh kau suruh orang lain masakkan. Air tangan Piqa hanya untuk aku je" 

Chingu dah tercengang biar betul apa yang mereka dengar tadi.

"Macam Piqa bini kau" sindir Asyraff.

"Lia buatkan aku sarapan jugak esok. Kesian kat aku" kata Riaz acah-acah bersedih.

"Tengoklah dulu. BTW kau memang tak malu eh main order je macam aku ni bibik kau" kata Alia dengan senyum tak ikhlas.

"Ala bukan tak biasa aku minta kau masak. Selalu okey je" balas Riaz selamba. Alia sudah mencebik.

"Kemal, Piqa dh tolong buatkan. Riaz, Alia buatkan. Abis aku ni sape nak tolong buatkan sarapan esok?" kata Asyraff dengan nada sedih + pasrah.

"Apa guna Laika ada kat sini kalau dia tak boleh tolong kau" offer Miza selamba.

"Pulak. Habis kau?" tanya Zulaikha sambil menjeling tajam ke arah Miza. Tapi dalam hati dah berbakul perkataan sumpah seranah dihadiahkan kepada Miza.

"Aku dah selalu masak. Ala untuk esok je pon." kata Miza. Asyraff dah pandang Zulaikha dengan pandangan berharap.

"Yelah. Yelah kalau aku rajin aku buat. Kalau tak aku cilok diorang punye je" kata Zulaikha.

"Bolehlah tu. Asal ada"

"Korang jom gi dewan. Jap lagi dah kena berkumpul" kata Farahin yang lagi tadi melihat ke arah jam tangannya.

"Lek ah diorang ada lagi kat sini" kata Syafiqah.

"Takpelah korang dating dulu aku nak bla" kata Farahin yang sememangnya sangat menepati masa.

"Woi aku ikot kau" serentak Miza dan Zulaikha menjawab.

"Boek ah serentak" kata Miza sambil mengenyitkan matanya ke arah Zulaikha. Dia terus melagakan penumbuknya dengan penumbuk Zulaikha sambil berjalan meninggalkan Alia, Syafiqah, Akmal,  Riaz dan Asyraff.

"Wei korang asal Laikha tu macam dingin sikit dengan aku? Padahal dengan Kemal and Riaz okey je" tanya Asyraff. Dia beresa sedikit pelik apabila Zulaikha agak kekok dengannya.

Alia dan Syafiqah dah menepuk dahi mereka sambil memandang satu sama lain."Kau ni bongoklah. Dah tentu-tentu dia kekok dengan kau" kata Alia. "Diakan pernah ada crush kat kau dulu" sambung Syafiqah pula.

"Ohhhhhhhhhhh" Asyraff hanya meng'o'kan sahaja. Lalu mereka bergerak ke dewan.



TBC

01| CHINGU LOVE STORYWhere stories live. Discover now