BAB 59

5 0 0
                                    

Miza's POV

"Miza Edlyana get out from my class" teriak satu suara nyaring yang membuatkan kami satu kelas terkejut.

Aku yang sedari tadi asyik dalam duniaku sendiri juga terkejut dengan suara nyaring daripada Madam Aini.

Mata para pelajar yang awalnya memandang depan terus berpusing kepada aku. Aku menunduk malu. Ini kali ketiga aku ditegur dalam kelas ini.

"Can't you hear me? Get out!" jerkah pensyarah itu lagi. Akhirnya aku mengemas barang-barangku.

Farahin yang berada di sebelahku memamirkan riak risau. Begitu juga dengan tiga sahabatku yang lain. Aku hanya tersenyum hambar sebelum menepuk bahu Farahin menandakan aku tidak apa-apa.

Aku menunduk sedikit kearah pensyarah tersebut dan keluar dari bilik kuliah itu. Sebelum keluar aku sempat mendengar pensyarah tersebut menyuruh rakan-rakan yang lain untuk pandang ke dapan dan fokus dengan ajarannya.

Haih.. Apa boleh buat. Kali ini memang salahku yang asyik mengelamun dan tidak fokus dalam kelas. Ditambah pula, pensyarah tersebut mengajarkan topik yang sukar untuk hari ini. Dan beliau paling tidak suka jika pelajarnya tidak fokus. Aku yang telah diberi tiga kali warning akhirnya ditendang keluar dari kelasnya.

Dengan langkah lemah, longlai dan lesu aku berjalan keluar daripada blok fakulti tersebut. Aku memerlukan tempat untuk menenangkan fikiranku yang berserabut. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memesan grab. Mahu ke pantai terlalu jauh. Maka dari itu, aku mengambil keputusan untuk ke taman tasik yang agak dekat dengan lokasiku saat ini.

Tidak perlu menunggu lama, grab yang ku pesan tiba. Tanpa berlengah aku masuk ke dalam kereta Vios putih itu dan mendudukkan diri di kerusi penumpang di belakang. Lalu mata aku tutup. Aku terlalu malas untuk berbicara dengan siapa pun saat ini.

Tidak terasa pejalanan yang memakan masa 20 minit itu terasa sebentar bagiku apabila si pemandu grab mengejutkan aku kerana telah sampai ke destinasi. Tanpa berlengah aku menyerahkan RM 50 dan langsung keluar daripada kereta itu tanpa mengambil baki. Sedekah I guess.

Ini adalah taman tasik yang biasa aku dan sahabatku yang lain kunjungi. Sama ada untuk melepak, berjogging atau sekadar menenangkan fikiran.

Kaki aku atur ke kawasan yang mempunyai pokok-pokok redang yang dapat menapis teriknya sinaran mentari. Lalu aku hempas kasar punggungku. Walaupun agak sakit namun tidak aku hiraukan.

Pertemuan dengan Abang Arfan petang semalam kembali berputar di fikiran.

Huft... Nafas ku hela kasar. Muka ku raup. Serabut!

Rasa bersalah menguasai diri melihat muka kecewa Arfan. Jika dari awal aku menolaknya mungkin rasa bersalahku tidak sampai ke tahap ini. Namun, sekarang dia telah mengetahui bahawa aku menyukai adiknya. Adik kandungnya! Entah apa yang dirasainya selain kecewa yang amat sangat. Padahal Arfan merupakan seorang lelaki yang baik serta sopan kepada orang tua juga wanita. Dia juga seorang yang bertanggungjawab dan bekerja keras sepanjang aku mengenalinya. Namun hatiku tidak dapat menerimanya lebih daripada seorang abang. Aku menganggapnya sama seperti Airil dan Uzair, abang kepada dua sahabatku.

Sejujurnya sejak dari kali pertama aku tahu mengenai lamaran Arfan, aku cuba untuk jatuh hati kepadanya. Namun sampai pertemuan terakhir kami, semalam aku masih tidak dapat melakukannya. Aku juga cuba melakukan solat istikharah untuk meminta petunjuk Allah. Namun tiada hasilnya. Malahan aku kadang-kala terbayang wajah Arif. Mungkinkah Arif adalah jodoh yang ditentukan oleh Allah buat diriku? Itulah yang aku fikirkan dikala wajah Arif muncul di benak fikiranku ataupun di dalam mimpiku.

01| CHINGU LOVE STORYWhere stories live. Discover now