BAB 27

19 2 0
                                    

Akmal's POV

Semasa aku sibuk berdating dengan Nabila tetiba telefonku berbunyi. Perkataan [Atuk] tertera disitu.

"Assalamualaikum atuk" sapaku.

"Waalaikumusalam. Mal sihat?"

"Sihat Tok. Atuk sihat? Kenapa call Mal ni?" tanyaku.

"Atuk sihat je tapi atuk nak Mal balik kampung hujung minggu ni boleh? Atuk ada hal penting nak cakap dengan Mal" pinta atukku.

"Cakap kat telefon je tak boleh ke tok?" tanyaku.

"Tak boleh Mal. Hal ni penting sangat. Untuk kebaikan Mal jugak. Mal balik rumah tok eh hujung minggu ni" pujuk atukku.

"Okeylah kalau macam tu. Nanti Mal balik" putusku.

Muka Nabila disebelahku sudah mencerut. Mana tak aku sudah berjanji nak keluar dengannya hujung minggu nanti.

"Okeylah. Jangan lupa balik ye. Hati-hati nanti. Assalamualaikum"

"Baiklah. Waalaikumusalam" aku terus memutuskan talian.

"Baby, baby dah janji nak bawa sayang pergi Genting hujung minggu ni" kata Nabila dengan nada yang sungguh mengada-ngada.

"Next time boleh sayang. Lagipon baby dah lama tak jumpa atuk baby"

"Promise?" tanyanya sambil menghulurkan jari kelingkingnya.

"Promise" kataku lalu menyambut jati kelingkingnya tanda berjanji.

"Baby sayang sayang tak?" tanya Nabila.

"Of courselah baby sayang sayang. Please jangan nak tanya yang bukan-bukan boleh tak" marahku.

"Kalau macam tu baby jangan sesekali tinggalkan sayang tau" kata Nabila sambil tersenyum manis.

..........................................................

Syafiqah's POV

"Mendidih je aku dengar baby sayang diorang ni tau. Babi adalah"

"Sabar Piqa. Sabar" kata Zulaikha.

"Tak lama lagi Akmal pulihlah. Kan Laika dah ceritakan segalanya pada atuk dak Kemal" pujuk Alia.

"Betul tu Piqa. Tak lama lagi je lagi" pujuk Farahin pula.

"Okey girls baik kita bla sebelum lantai ni penuh dengan muntah aku. Geli betul aku mendengarnya" kata Miza.

'Pedih rasanya hati ini apabila melihat telatah Akmal dan Nabila. Ya Allah kuatkanlah hatiku. Sungguh hatiku merinduinya. Dia selalu melindungi aku dikala aku ditimpa kesusahan kebelakangan ni. Pulihkanlah dia seperti dahulu Ya Allah' doaku.

"Dahlah Piqa. Lagi lama kau duduk sini. Lagi hati kau sakit" kata Zulaikha.

"Piqa jom makan aiskrim. Kita lupakan perkara ni" ajak Miza.

"Jom ah Piqa. Aku belanja" pujuk Alia.

Aku memandang memandang mereka agak lama sebelum mengangguk setuju.

"Oyeah. Jom makan aiskrim. Lia belanja" kata Zulaikha.

"Eh kau siapa nak belanja kau? Aku belanja Piqa je" kata Alia sambil menjelirkan lidah.

"Aloo mana aci. Belanja lah aku sekali. Lia eomma. Belanjalah kita sekali" pujuk Zulaikha sambil memeluk lengan Alia. Terhibur aku melihat perangai masuk air mereka.

"Aci kat estet ah. Mana ada aci kat sini" balas Alia selamba.

"Piqa kau tengok Lia ni taknak belanja aku" ngadu Zulaikha.

01| CHINGU LOVE STORYWhere stories live. Discover now