Teaser 2🌹
#mtb
“Midah dah call El?” Tegur Encik Eizlan sambil memandu.
“Dah abang. Dia dah tahu kita bertolak ke sana. Barang-barang dia, Midah dah pos ke kolej.”
Ema sekadar memasang telinga. Sudah tentu mereka bercakap tentang kakaknya yang sedang belajar di kolej. Dia dan Elmelda hanya beza empat tahun.
Keluhan terlepas dari bibirnya. Selepas ini dia perlu menyesuaikan kehidupannya di kampung.
“Sedih lagi ke anak ayah ni?”
“Sedihlah juga.”
“Sedih sebab tinggalkan Naz ke?” Usik si ayah.
Ema tayang muka meluat. Tak kuasa dia bersedih sebab lelaki itu. Dari kecil, memang dia dan Nazri berkawan baik. Tapi tak adalah hingga tahap bercinta. Lebih-lebih lagi Nazri muda setahun darinya.
“Anak abang ni sedih dekat orang yang tak ada. Jumpa pun tak pernah.” Kali ini Puan Hamidah yang mencelah.
“Siapa?” Berkerut dahi Encik Eizlan. Dia pandang wajah anaknya melalui cermin pandang belakang.
“Siapa lagi? Anak Puan Yana.”
“Mak…” Meleret nada suara Ema. Suka betul kenakan dia.
“Ema pernah jumpa ke dengan anak tiri Haji Osman tu?”
Ema gelengkan kepala. Tengok gambar pun tak pernah. Setiap kali Puan Riyana bercerita tentang anak tunggalnya, pasti wanita itu bersedih. Disebabkan itu, Ema tidak mahu bertanyakan tentang anak kandung wanita itu.
“Sebenarnya abang, saya pelik. Kenapa Puan Yana tak nak bawa anak dia tinggal bersama? Nak kata Haji Osman tu tak bagi, mustahil.”
Ema mengerling ke arah orang tuanya. Dia pun tertanya-tanya juga tentang soalan itu.
“Haji Osman cakap, anak tiri dia yang tak nak tinggal dengan mereka. Masih nak duduk dekat kampung.”
Ema mengangguk sedikit. Memang betul tekaannya. Kesian Puan Riyana. Mahu saja dia memberi ceramah kepada lelaki itu. Dah dapat mak yang baik pun, tak bersyukur.
“Anak Puan Yana tu, Midah dengar sebaya Ema. Kiranya baru tamat SPM. Mesti kacak anak Puan Yana tu. Puan Yana kan cantik.” Puji Puan Hamidah.
Tak sedar Ema sudah tersenyum kecil. Memang dia selalu bayangkan anak lelaki Puan Riyana memiliki wajah yang kacak. Menurut wanita itu, anaknya sangat gemar menangkap gambar.
“Yang dok tersengih kenapa?”
😆😆😆
Semalam kita berkenalan dgn Karl. Hari ni, giliran Ema pula🥰
YOU ARE READING
Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)
RomanceReady stock kisah Karl dan Ema