Random bab

344 7 0
                                    

#mtb

Masih terus berharap💥

“Kau nak keluar?”

“Ehmmm…”

“Tadi kata puasa.”

“Memang aku puasa. Buka dekat luar.”

“Dengan dia atau Ema?”

Karl tidak menjawab. Sebaliknya dia masih sibuk mengikat tali kasut.

“Sah keluar dengan perempuan tak cukup sifat tu kan. Tak tahulah sampai bila kau boleh hadap perkara ni? Kau tak takut kantoi ke?”

“Tahulah aku simpan semua ni. Yang penting, aku takkan lepaskan Ema. Perempuan tu tak ada makna apa-apa dekat aku.”

Menggeleng Aizat. Hampir setahun dia terpaksa bersubahat. Tipulah kalau dia tak risau. Ema dan Karl, kedua-duanya sahabatnya. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu Karl terus mempermainkan Ema.

Pon!

Kedua-duanya saling berpandangan. Karl terlebih dahulu membuka pintu rumah. Hampir terbeliak matanya melihat Ema datang ke rumah. Laju dia melangkah ke arah gadis itu.

“Sayang…”

“Surprise!” Tersenyum lebar Ema. Dia turun dari motosikalnya sambil membuka topi kaledar.

Terkebil-kebil mata Karl seketika.

“Nah.” Ema hulurkan bekas makanan kepada Karl. Berkerut dahi lelaki itu. Nafas dihela sedikit panjang.

“Susah-susah aje. Kan Karl dah pesan tak payah masak.

“Kebetulan bahan ada. Ema masakkan lauk kegemaran Karl.”

Ceria wajah Ema. Hampir dua minggu mereka tidak berjumpa. Disebabkan Karl baru saja dinaikkan pangkat, dia tidak mahu mengganggu Karl berehat di hujung minggu. Anak matanya terpaku melihat ada sebuah kereta mewah di halaman rumah sewa lelaki itu.

“Kereta siapa tu?” soal Ema dengan riak keliru.

“Ooo... kereta baru Karl. Baru minggu lepas Karl ambil.” Tidak sedar dia sudah terlepas cakap.
Mati senyuman Ema. Tak ada pula Karl ceritakan kepada dia tentang kereta itu. Terkilan juga berita seperti ini tidak dikongsi dengannya. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati dengan perkara yang berlaku sekarang.

“Karl tak cakap pun pasal kereta tu.”

Wajah Karl terus berubah. Cepat-cepat dia meraih jari halus gadis itu.

“Sorry. Karl terlupa. Jangan ambil hati, ya.”
Tentang kereta itu, memang dia tidak bercadang untuk memberitahu kepada Ema. Lagipun kereta itu bukan kehendaknya. Dia sudah bercadang akan memulangkan kembali kereta itu selepas kerjanya selesai.

“Jangan merajuk. Karl minta maaf. Kalau masam macam ni, Karl pun susah hati,” Pipi Ema diusap lembut.

“Yalah. Ema tak marah cuma terkilan sikit aje.” Tautan jari jemari mereka semakin kemas.

Lama mereka berkeadaan begini. Pada masa yang sama, terdengar bunyi guruh di langit. Karl mendongak ke arah langit. Cuaca semakin mendung. Risau pula dia nak benarkan Ema balik sendiri. Jam tangan dikerling sekilas. Dia juga sudah terlewat untuk menjemput Airin.

“Ema baliklah. Dah nak hujan ni. Lain kali kalau nak datang sini, call Karl dulu. Nasib baik Karl ada dekat rumah. Dah lah bahaya bawa motor dekat kawasan ni.”

“Kenapa? Karl nak keluar ke?” Memang dia perasan penampilan Karl kelihatan kemas. Pelik. Hanya tinggal 20 minit lagi masa berbuka.

“Karl baru balik beli barang tadi. Bungkus makanan. Lauk ni, boleh Karl buat lauk tambahan.” Terpaksalah dia berbohong.
Ema terdiam seketika. Entah kenapa dia berasa curiga dengan sikap Karl sejak akhir-akhir ini. Penampilan lelaki itu juga kelihatan jauh lebih bergaya berbanding dulu.

“Hujung minggu ni kita keluar. Dah lama kita tak makan bersama. Ema rindu...” Ema mencuba nasib.

“Boleh. Karl ambil Ema Sabtu ni. Memang Karl cadang nak bawa Ema tengok wayang. Dah lama tak manjakan buat hati Karl ni.”

Kepala Ema diusap lembut. Terasa bersalah juga kerana selalu mengabaikan Ema. Seperti yang dijangka, wajah Ema kembali ceria.

“Janji. Kita jumpa Sabtu ni.”

“Ya. Hati-hati bawa motor ni. Dah sampai, mesej Karl.”

“Okey. Ema sayang Karl. Babai.”

Karl hanya tergelak kecil. Ema segera hidupkan enjin motosikalnya. Sempat dia menghadiahkan flying kiss kepada Karl sebelum memecut laju meninggalkan kawasan rumah itu.

Hilang saja kelibat Ema, wajah Karl berubah keruh. Lama dia melihat bekas makanan yang diberi oleh Ema tadi. Penutup bekas itu dibuka sedikit. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Gadis itu tidak pernah mengecewakan dia. Kebetulan pula dia memang sudah lama teringin menjamah makanan itu.

“Sampai bila kau nak tipu dia?”

Ternaik bahu Karl. Tak sedar sejak bila Aizat berdiri di belakangnya.

“Kau nak cakap apa ni?”

“Jujurlah dekat dia. Aku dah malas nak bersubahat lagi. Kalau kau rasa tak nak tipu diri sendiri, lepaskan Ema. Dia budak baik.”

Karl merengus kasar. Tajam anak matanya memandang wajah Aizat.

“Kau tak ada di tempat aku. Bukan mudah untuk aku berterus-terang. Sebab dia terlalu baik aku tak sampai hati nak lukakan hati dia. Aku tak nak dia tinggalkan aku. Sampai masa, aku akan beritahu dia semua ni.”

Aizat tergelak sinis. Alasan klise. Tak sampai hati konon. Bukan sehari dua Karl menipu. Tapi dah bertahun-tahun Karl tidak jujur dengan perasaan sendiri. Sejak Karl menggunakan Ema untuk menyahut cabaran bekas tunangnya lagi dia sudah memberi amaran.

“Empat tahun lepas, aku dah pesan. Jangan bermain dengan api. Sekarang aku takut kau sendiri yang terbakar disebabkan sikap pentingkan diri sendiri. Jangan sampai Ema tahu apa yang kau buat belakang dia. Masa tu, aku pun tak mampu nak tolong lagi.”

“Aizat...”

Bunyi telefon bimbit Karl, mematikan perbualan mereka. Aizat segera masuk ke dalam rumah dengan wajah yang tegang.

“You nak apa?” Kasar Karl menjawab.

“Lambat lagi ke you nak datang?”

“Sekejap. 10 minit lagi I sampai.”

Talian terus dimatikan. Dia segera masuk ke dalam kereta bersama bekal makanan tadi. Nafas ditarik dalam-dalam. Mungkin ada baiknya dia berterus terang kepada Ema pada hujung minggu ini. Dia juga sudah penat untuk terus berbohong.

🔥

Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now