Ready Stock

371 4 0
                                    

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..yg dah dapat buku ni, sila semak ya isi di dalam. Kalau ada kerosakan, hubungi kak segera 0129284568

Teaser MTB🌹

“Ema dah agak. Karl ni selalu terlupa. Tahun lepas pun sama.”

“Karl janji, lepas ni Karl takkan lupa.”

“Janji!”

“Janji sayang.”

Ternganga Ema. Karl turut terkejut. Masing-masing terdiam seketika.

“Karl cakap apa tadi?”

“Errr… yang mana satu?”

“Karl…” Meleret nada suara Ema. Karl tergelak kecil.

“Tak boleh cakap selalu. Nak dengar, kena tunggu masa yang istimewa.” Karl kenyitkan mata.

Menjuih bibir Ema. Memang lelaki ini kedekut untuk bercakap manis. Tapi dia tak kisah. Yang penting, dia mahu sentiasa berada di sisi lelaki itu. Saat susah dan senang.

Makin erat Karl menggenggam tangan gadis itu. Lengan yang masih berbalut itu dipandang lama. Ema pandang lengannya juga. Jatuh kedua bahunya.

“Dah berparut lengan Ema.”

“Parut ni, Karl takkan lupa seumur hidup. Sebab parut ini akan ingatkan Karl betapa pentingnya Ema dalam hidup Karl.”

Ema menunduk malu.

“Tapi Karl tetap nak marah.”

“Ha? Kenapa pula?”

“Kenapa Ema kerja tak beritahu Karl? Karl tak suka Ema susahkan diri untuk belikan Karl sesuatu.” Kali ini nada suara lelaki itu sudah berubah tegas.

Tersengih-sengih Ema.

“Bukan tak nak beritahu. Niat Ema nak buat kejutan. Tak sangka Karl betul-betul terkejut.” Ema garu kepalanya yang tidak gatal.

“Lepas ni berhenti kerja tu. Kalau nak kerja sangat, tunggu bila kita dah habis konvo.”

“Karl kerja boleh. Kenapa Ema tak boleh?”

Karl tersenyum kelat. Rambut panjang gadis itu diselit ke belakang telinga.

“Sebab nasib Karl tak sama macam Ema. Ema masih ada keluarga yang ambil berat. Karl perlu usaha untuk dapatkan sesuatu.”

🌹

Orang2 Selangor atau KL, blhlah terjah ke Pesta Buku Selangor untuk dapatkan buku ni😍😍

Orang2 Selangor atau KL, blhlah terjah ke Pesta Buku Selangor untuk dapatkan buku ni😍😍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now