"Bye daddy." Tangan Darwis dicapai dan dicium.
Kasut air max yang berwarna pink pastle bercorak hitam disarung laju pada kaki.
Selesai itu, pipi Darwis pula dicium laju sebelum kakinya berlari perlahan ke arah sebuah kereka lamborghini veneno silver di hadapan pagar tinggi yang sudah terbuka.
"Have you eaten yet, love?" Arabella menoleh ke kanannya lama. Mata hazel jejaka itu direnung dalam.
Ah! Biar pun hari-hari mata itu menjadi santapannya, lansung dia tidak jemu.
Tambah pula, pantulan dari mata itu sentiasa memantulkan kata-kata cinta hanya dengan renungannya.
"I know that I am the only one who is the most handsome and full of seductive aura in the world, but please don't stare at me like that. You make me blush, love." Pipi Arabella ditolak perlahan ke arah bertentangan.
Terasa bahang pada wajahnya akibat renungan Arabella.
Entah bila dia akan terbiasa dengan renungan itu. Sudah hampir lima tahun, lansung tidak boleh disangkal tindakan rifleks tersebut.
"Gedik lah dia ni. Bila nak hilang malu dengan I ni?" Tangan Zahir yang masih melekat di pipinya dipegang lembut.
Perlahan tangan itu diletakkan ke atas peha miliknya yang tiada benang itu.
"Tak tahu. By the way, you tak jawab lagi I tanya tadi love. Dah makan ke belum?" Dengan perlahan tangannya di peha Arabella dialihkan.
Kurang gemar dengan cara pemakaian gadis itu. Dan tidak selesa bila Arabella sesuka hati membenarkan dia menyentuh bahagian yang agak privacy dengan mudah.
"I dah makan tadi. You nak bawa I ke mana ni?" Kedudukan dibetulkan bila Zahir bersedia memulakan perjalanan.
"Nak pergi dating kat taman je. Serabut la hadap kertas kerja tu. Office work, work office. Nanti I cepat tua, kesian you." Tangan Arabella dicapai lalu dibawa ke atas pehanya.
Begitu lebih okay jika dibandingkan dengan tangannya di atas peha Arabella yang terdedah itu.
"Office work, work office tak apa sebab A-"
"Sebab love money, money love." Jari-jemari Arabella diusap. Sempat dikerling sekilas wajah pujaan hatinya itu.
"Ish..."
"What? I know you well, love."
"Ye la tu..."
"Ye la. Buktinya sekarang, my love doesn't bring her purse."
"I tertinggal lah. Too excited to meet you, sayang."
"Too excited tu I tak kesah. Yang I kesahnya, ada baiknya daddy kasi duit bulanan you pada I. Bagi pada you tak luak pun."
"Hey, luak okay! I selalu belikan you present mahal and limited edition! Bersyukur sikit. Puk kang!"
"Ha mengungkit. Gigit karang." Hidung Arabella dicuit lembut .
"You tu, berkira sangat I nak belanja guna duit you." Muncung panjang sedepa ditarik. Berjauh hati dengan Zahir.
"I tak berkira lansung dengan you, love. Buat apa I kerja dapat duit kalau tak spend untuk one and only my heart owner, kan?" Kekura tangan Arabella dicium sekilas, memujuk.
Tidak sukar untuk memujuk. Buat macam tadi je, pooofff!!!
Arabella sudah tayang senyum lebar.
Arabella mengangguk sedikit. Betul lah tu, siapa lagi yang akan habiskan duit Zahir yang tak akan pernah habis tu kalau bukan seketul Arabella?
Tiada sesiapa!
|>|>|>
Sebuah bangku putih di bawah pokok rendang di taman itu menjadi tempat mereka melabuh duduk.
Tidak ramai orang di situ. Mana nak ramai waktu tengah hari begini?
Mujur sahaja cuaca agak mendung. Tidak lah begitu panas.
"You nak magnum dulu ke nak kitkat gold dulu?" Zahir memegang dua paket aiskrim.
Satu aiskrim Magnum White Almond dan satu lagi aiskrim KitKat Gold. Dua pack aiskrim itu ditayangkan kepada Arabella yang sedang sibuk menyanggul rambut.
Baru Arabella mahu membuka mulut, satu suara kecil kedengaran.
"Cedapnya esykeyim... (sedapnya aiskrim)" Arabella dan Zahir mengalih pandang kepasa anak lelaki kecil di hadapan mereka.
"Adik nak yang mana?" Tanya Arabella. Tangan sibuk berkerja dengan rambutnya yang panjang itu.
"Oleh ke? (Boleh ke?)" Mata bulat anak kecil itu terkebil-kebil memandang Arabella bersilih ganti dengan aiskrim di tangan Zahir.
"Ye, ambil yang mana satu adik nak. Kakak bagi." Tangan naik mengusap ubun-ubun anak lelaki itu apabila sanggulnya siap dirapikan.
Tak lama, anak lelaki itu mencapai aiskrim KitKat Gold dan terus berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.
"Give me mine." Aiskrim magnum di tangan Zahir dirampas lalu dikoyakkan sedikit plastiknya.
Zahir hanya memerhati tindak tanduk kekasih kesayangnnya. Mujur sahaja budak tadi datang, jika tidak mahu dia yang terpaksa menjadi mangsa untuk aiskrim yang tadi. Sudah lah Zahir bukan jenis penggemar makanan manis.
Seketika, kenikmatan Arabella terhadap aiskrim hilang. Wajah yang ceria tadi berubah mendung.
Pantas aiskrim dihulurkan kepada Zahir sambil dia menoleh ke arah bertentangan.
"Why love?" Lambat-lambat, aiskrim beralih milik.
"I lupa, I tak boleh makan." Kata Arabella dalam keadaan masih membelakangi Zahir.
Nada yang dilontarkan jelas sekalai bernada kecewa.
"Ya lah I tau. You bukan senang nak share aiskrim, ni siap bagi I terus dah. Why?" Bahu Arabella ditarik agar menghadapnya.
"Hari ni hari pertama I period untuk bulan ni!" Tangan Zahir yang memegang aiskrim ditolaknya jauh.
Kalau boleh, biar hilang dari pandangan matanya!
"So?" Tanya Zahir polos.
"I tak nak senggugut. Sakit..." Perut di bawah baju itu digosok lembut.
Zahir tersenyum melihat aksi itu. Tabiatnya, suka melihat Arabella menggosok perut sendiri.
Entah kenapa, baginya kelakuan itu amat comel.
"So, this?" Aiskrim ditunjukkan.
"You habiskan la, sayang. Tak kan nak buang." Arabella senyum mengusik.
Zahir pula sudah menayangkah riak cemberutnya, dalam kepala tidak henti mengira jumlah kalori yang perlu dibakarnya nanti.
"Makan je la. Nanti I teman you bakar kalori tu. Promise." Tangan diangkat sepertk berikrar.
Dengan penuh terpaksa, Zahir makan juga aiskrim tersebut.
Riak wajah? Usah dikata.
Muka muak, mahu muntah, perit menelan, semua riaksi itu muncul keluar. Tergelak sakan Arabella dibuatnya.
YOU ARE READING
ARABELLA | Short Story || C
Short StoryHanya sebuah short story yang mengisahkan tentang seorang Arabella. Enjoy!