4

521 35 0
                                    

Paper bag yang berisi dua pasang subang pada tangan kiri Zahir dikerling sekali.

Happynya tak terkata bila Zahir mengikut segala kehendaknya.

"I tahu you happy, love. Tapi jalan tengok depan." Tegur Zahir. Mata masih melilau ke sekeliling Mid Valley ini mencari apa-apa yang menarik.

"Macam mana nak tengok depan? Jalan ke hati I ada pada you..." Arabella mendongak ke sisi sambil melingkarkan tangannya pada pinggang Zahir.

Renungan manja dibuat sekali dengan lagak puppy eyes.

"Ish, entah apa-apa je you mengarut, love." Kata Zahir menahan malu.

"You're blushing, sayang." Zahir tersentak sedikit. Ketara sangatkah? Aduh... jatuh saham!

Arabella mengendahkan muka merah Zahir lalu berjalan mengheret lelaki itu ke sebuah saloon rambut.

Lingkaran pada pinggang Zahir dilepaskan.

"Nak buat apa sini?"

"I rasa macam nak tukar warna rambut je. Okay tak?" Tanya Arabella sambil menilik hujung rambut yang terjuntai.

"Warna apa?" Zahir turut sama menilik rambut kekasihnya.

"Black?" Mata bulatnya memandang wajah Zahir, meminta pendapat.

"Seriously, love? Perempuan kat luar sana tu bukan main nak warna rambut macam you punya tahu? Dah dapat original dark blonde ni pun tak rasa cantik lagi ke, love?" Tangan naik  bermain rambut Arabella.

"You tak suka ke I tukar warna rambut, sayang?"

"Tak. I lagi suka yang original ni. Look sweet with you, with your childish attitue. And sexy enough." Kata Zahir jujur.

Lengannya landing pada bahu Arabella menarik gadis itu ke arah lain.

"Too honest la you sayang. Nasib sayang, kalau tak dah lama I cari lelaki lain." Kepala disandarkan pada bahu Zahir sambil mata melilau mencari butik.

Kalau dah masuk dalam mall ni, tak akan Arabella keluar dengan satu bag kertas sahaja. Paling kurang mesti lima.

"Berani love nak cari lelaki lain?"

"Buat apa nak cari lain kalau sebelah I ni dah too much perfect?"

"Dia juga yang kata tadi, aduuu..." Bisik Zahir sendiri.

Dibuatnya Arabella dengar, mahu dicubit dengan penyepit ketam gadis itu di tengah-tengah mall ini.

Bosan berjalan tanpa hala tuju, Arabella mula terfkkir mahu mengusik Zahir.

"Sayang," Panggil Arabella manja mengada.

"Yes love."

"Zahir sayang,"

"Yes love." Kedengaran lembut Zahir menyahut.

"Sayang, sayang..."

"Ya love..." Zahir hanya melayan sambil kaki mengikut ke mana sahaja arah Arabella mengheretnya.

"Sayang Zahir, sayang banyak."

"Sayang love, sayang lagi banyak." Pelukan di bahu dieratkan.

"Betul?"

"Yes, love."

"Macam mana nak tahu betul ke tak?" Sengaja Arabella mahu menguji.

"Love, you nak lertikaikan sayang I pada you ke?" Soal Zahir sedikit tegas.

"I tak pernah tau care pasal perempuan lain lebih dari you and mama. Tak sanggup I nak lukakan hati mama and love I ni." Birai kepala Arabella dicium sekilas.

ARABELLA | Short Story || CWhere stories live. Discover now