"Bye daddy, me love you too." IPhone diltakkan ke atas meja bilikmya.
Arabella mengeluh kecil. Encik Darwis ada urusan luar kawasan selama dua hari. Dengan siapa dia mahu bermanja?
Zahir?
Haihhh... baru tadi dia dihantar pulang oleh Zahir dan sekarang dia sudah rindukan lelaki itu.
Tapi, biaq pi la dia!
Sekarang yang penting, Arabella mahu mandi. Melekit satu badan dibuatnya bila dia meluangkan masa di atas treadmill tadi.
Akibat terlalu memikirkan kata-kata Zahir sepanjang berbincang, Arabella mendapat sedikit tekanan.
Itulah dia, setiap kali ada masalah, tertekan, sedih, memang treadmill itulah yang menjadi tempat melepaskan segalanya.
Kadangkala, lariannya boleh menjadi semaksima mungkin tanpa sedar dalam tempoh masa yang lama. Jika dia mendaftarkan diri dalam acara larian berkilo-kilo meter, pasti juara!
Air yang jatuh ke atas kepala dihayati setiap titisannya. Arabella duduk bersila di bawah pancuran air.
|>|>|>
"You betul-betul nak kahwin ke, sayang?" Mata hazel yang sentiasa menjadi punca dia lemas itu ditikam dalam.
"Yes, love. I dah terfikir soal ni bulan lepas. I plan nak lamar you masa birthday hari tu, tapi I sendiri tak ready nak galas tanggungjawab as a husband." Zahir melepaskan keluhan kecil.
"How about tadi? You dah ready ke?" Jari sibuk menggentel hujung bantal.
Masih terasa mahu menangis semula setelah selesai menangis tadi.
Mujur sahaja Zahir memang pandai memujuk, jika tidak, memang Arabella masih menangis sekarang ini.
Zahir menegakkan posture badannya memandang Arabella dengan pandangan yang penuh dengan pelbagai makna.
Tangan Arabella dua-dua digenggam. Mata yang tadi merata singgah di seluruh bahagian wajah si gadis akhirnya berhenti tepat pada mata hitam pekat miliknya.
"Kalau sebelum ni I tak ready, then now, I am ready." Zahir berdehem sekali sebelum menyambung.
"I dah terlalu jauh jatuh sayang pada you dan I juga dah banyak buat dosa dengan you. I tak nak kita berterusan bergelumang dengan dosa, love." Anak mata Arabella yang bergerak-gerak itu menghentikan seketika bicara Zahir.
Diikut gerak mata hitam pekat itu sehingga kembali statik.
"I always wonder to myself. Do I really loves you? Do I dearly loved you? And my answers were always yes. Yes, yes and yes."
"Sayang..." Serak suara Arabella yang terkeluar. Bibir pink lembab itu digigit lembut.
Setitis air mata mula jatuh mencipta aliran sungai kecil pada permukaan pipi Arabella.
Zahir hanya membiarkan. Biarlah perempuan miliknya mahu menangis pun, mahu menjerit terpekik terlolong sekali pun. Yang dia tahu, waktu itu juga perasaan sebenarnya diluahkan.
Jika selama ini hanya ungkapan 'I love you', 'I miss you' dan sebagainya terucap, maka biarlah sekarang dia tunjukkan betapa dalamnya setiap kali ungkapan tersebut diungkap.
"But... the things we've done together didn't show that I love you. Pegang sana sini, freely kissed, duduk bawah satu bumbung tanpa sebarang ikatan." Air yang mengalir di pipi Arabella diseka lembut.
"Are those things can describe how much I love you?" Zahir menggeleng sedikit kepalanya.
"No, love. Lansung tak. Apa yang kita buat, semua tu menuju ke arah pendosa. Tipu I kata sayang kalau I terusan biarkan hubungan kita macam ni. 'Sayang' jenis apa kalau I biarkan you berterusan buat dosa?" Zahir tersenyum di akhir kata.
Kepala Arabella ditarik rapat ke dalam pelukannya menenangkan tangisan gadis itu yang semakin kuat.
"Stop crying, love. You buat I fikir yang I punca you menangis, biar pun memang I puncanya. Shu..." Belakang Arabella digosok agar gadis itu sedikit tenang.
"I... hiks, I nak balik. Hiks, hiks... hantar I balik..." Arabella mengarah dalam esakan.
Tenggelam timbul suaranya akibat sedu tangisan.
|>|>|>
Pijama satin hadiah daripada Zahir baru-baru ini tersarung elok pada tubuhnya.
Wajah yang sembab akibat menangis tadi ditilik di hadapan cermin.
Bawah mata yang bengkak disentuh lembut. Kalau tidur terus ni, esok bangun memang auto panda lah jawabnya!
Arabella terus melangkah ke arah dapur. Malas mengganggu Mak Mah di biliknya, Arabella sendiri mencapai timun batang di dalam peti.
Dipotong nipis beberapa kepingan lalu diatur ke atas piring.
Kemudian dikemaskan kembali lalu dibawa piring itu ke biliknya.
'Bye phone, malam ni I tak boleh layan you. Mata I lagi penting!' iPhone yang terselit di celahan selimut dijeling tajam.
Button lampu di meja kecil tepi katil ditekan. Serta merta bilik itu berubah gelap dan hanya beberapa cahaya neon dari mentol kecil yang menyala.
Kedudukan diselesakan sebelum mencapai dua keping timun batang yang sejuk itu lalu diletakkan ke atas kelopak matanya.
'Semoga esok kau hilang wahai lingkaran tak cantik.'
Perlahan-lahan, Arabella terlena sendiri.
YOU ARE READING
ARABELLA | Short Story || C
Short StoryHanya sebuah short story yang mengisahkan tentang seorang Arabella. Enjoy!