1

1.2K 57 2
                                    

Pintu rumah dibuka perlahan. Jam di tangan dikerling sebelum mata merayap ke suruh pelusuk ruang tamu.

Gerangan yang dicari mesti sudah tidur punya!

Mana ada orang tua sanggup bersengkang mata pada jam begini? Jam 2 pagi?

Dengan cermat, pintu ditutup lalu dikunci rapat. Kaki laju dibawa ke arah biliknya di tingkat atas.

Saat jarinya teralih dari scanner di pintu, serentak itu pintu terbuka.

Bilik yang tadi gelap terus terang dengan nyalaan lampu bilik apabila kakinya meyentuh lantai bilik. Aircond juga turut terpasang.

"Ah... penatnyaaaa!!!" Tanpa berfikir panjang, tubuhnya terus direbahkan ke atas katil.

Baju singkat yang dipakainya sedikit tersingkap mendedahkan sebahagian peha putihnya.

Apa yang dia kesah? Tingkat atas ni miliknya. Sepenuhnya milik seorang Arabella.

Hanya biliknya di situ. Seluruh ruang di tingkat dua itu adalah miliknya. Biliknya.

Ya, biliknya seluas-luas tingkat dua itu. Lengkap dengan walk in closet yang juga lengkap dengan segalanya.

Ruang khas untuk baju, bag, kasut, make up. Katakan sahaja, semua ada.

Bahkan mini gym juga turut ada di suatu sudut ruang bilik itu.

Memandangkan ruang tingkat dua itu adalah miliknya, jadi ikut suka hati limpa perut usus dia lah nak buat apa pun.

Beberapa minit kemudian, mata yang masih berhias dengan solekan itu mula tertutup rapat. Seketika, dengkuran halus mula kedengaran.

|>|>|>

Hair dryer jenama Dyson di simpan semula setelah selesai menggayakan rambut ikal mayang miliknya.

Penampilan diri diteliti semula dari atas ke bawah.

"You're so beautiful, charming and sexy Arabella!" Monolognya sendiri sambil mengenyitkan mata gedik.

Cermin yang memantulkan penampilannya hari ini dipandang puas.

Terasa dirinya yang paling cantik dengan hoodie berwarna pink pastle dipadankan dengan short pant sangat pendek.

Tidak kelihatan pun seluar itu jika Arabella berdiri tegak.

Wajahnya yang hanya dihiasi dengan make-up simple dikerling buat kali terakhir sebelum kakinya mula melangkah ke arah pintu bilik.

Tidak lupa iPhone 13 Pro Max warna hitam miliknya turut dicapai dan ditempatkan ke dalam poket hoodie.

"Can you kiss me more?
We're so young, boy
We ain't got nothin' to lose, oh, oh
It's just principle
Baby, hold me
'Cause I like the way you groove, oh, oh"

Riang bibirnya mengungkap rangkap tersebut sambil kaki laju menuruni anak tangga.

Mahu breakfast!

"Good morning kitchen people!" Jerit Arabella sambil melompat masuk ke ruangan dapur.

Dia tergelak kecil apabila Mak Mah melatah sambil bersilat sambil sudip dan kuali di tangan.

Lambaian kecil dibuat kepada orang tua itu sambil punggung diletakkan ke atas kerusi.

"Morning daddy gemuk." Senyuman lebar paling manis dihadiahkan.

"Good afternoon too, baby." Lauk yang terhidang mula dicapai bagi melengkapkan ruangan di dalam pinggan kosongnya.

Arabella tergelak besar dengan sindirian Darwis. Lauk di hadapan turut dicapai dan melakukan tingkah sama seperti daddynya.

Selesai itu, sepasang sudu dan garfu dicapai dan mula makan.

"Balik pukul berapa semalam?" Wajah satu-satunya anak itu dipandang sekilas.

Suapan kembali bersambung.

"Dalam pukul 2."

"Elok-" Tahu bahawa Darwis mula mengeluarkan benih-benih bebelan, Arabella laju memotong, membela diri.

"Daddy... semalam dah nak balik dah masa pukul 12 tu. Tapi bila ajak Haireen balik, dia kata nak habiskan movie yang dia baru buka dulu. Baby tunggulah dia." Bibir dicebik manja. Memohon pengertian Darwis.

"Movie ap-" Sekali lagi, Arabella memotong.

Berkerut dahi Darwis menahan geram terhadap anak gadisnya yang seorang ini.

"Dia baru mula masa tu. Tunggu punya tunggu, baby tertidur." Sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut.

Riak selamba pada wajah putih bersih di hadapannya di renung.

Perasan akan renungan itu, laju-laju Arabella menghabiskan makanan yang tersisa di dalam pinggannya.

Mujur sahaja dia jenis yang tidak makan banyak. Hanya sedikit masa yang diambil untuk menghabiskan makanan di dalam pinggan.

"Jangan pandang baby macam tu daddy. Baby sumpah baby tak bersalah dalam hal ni." Sekali lagi bibir dicebikkan.

Mata sengaja dibuat kuyu membuktikan yang dia benar memaksudkan kata-katanya.

"Habis tu?" Sudu garfu ditangan tua itu dilepaskan.

Sengaja disilangkan lengan pada dada, membenarkan aura tegas buatan sendiri itu hadir.

Bella turut melepaskan sudu dan garfunya.

Dengan tingkah gedik, gelas berisi air sirap sejuk itu ditegus perlahan sehingga kosong. Setelah itu, dagu ditongkatkan pada meja dengan kedua-dua belah tangannya.

Sengaja dia melengahlan masa. Suka mengusik Darwis dengan tingkah tak semenggahnya.

"Arabella..."

Tersungging senyuman pada bibir tua itu. Sungguh, dia tidak mampu memarahi satu-satunya harta peninggalan arwah isterinya.

"I am win. Again. Hahahaha..." Arabella melepaskan tawa lalu bersandar pada kerusinya.

"Tell me baby, baby buat apa sampai lewat pagi tu? Bukannya rumah Haireen yang baby pergi melepak semalam. Baby pergi rumah Zahir. That's why I'm kindda worry." Lembut sahaja lontaran suaranya.

Wajah Darwis lansung tidak tegang menandakan dia tidak marah dengan sikap Arabella malah begitu lembut sekali raut itu menanti penjelasan.

Renungan mata juga sangat lembut menikam wajah di Arabella.

"Baby tertidur. Tadi subuh buka chat, Haireen kata Zahir tak kasi dia kejutkan baby masa nak balik. Katanya kesian tengok baby penat." Wajah Darwis diperhati sebelum menyambung semula cerita.

"Pastu dia suruh Haireen balik dulu. Zahir kata dia temakan baby sampai baby terbangun nanti. Mula-mula Haireen tak nak, tapi Zahir bertegas sangat. Haireen ikut pun sebab Zahir kata baby tak akan tidur lama kalau tak tidur kat atas katil." Chocolate Chip Cookie dicapai.

"Macam tu lah ceritanya." Biskut itu dipatahkan sedikit lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Terangguk-angguk kepala Darwis.

Bukan Darwis tidak percayakan Zahir, tetapi tidak manis dipandang anak gadisnya sesuka hati berduaan dengan sekrang leelaki tanpa teman di dalam sebuah rumah.

ARABELLA | Short Story || CWhere stories live. Discover now