7

456 34 0
                                    

Selesai menunggu Zahir membuat cooling down, air mineral dihulurkan kepada lelaki itu.

"Thanks, love." Air mineral tersebut diteguk rakus sehingga ada sisa yang meleleh keluar.

Arabella yang perasan perkara itu terus menoleh ke arah bertentangan. Terasa serbuan darah malu pada wajahnya, segera nafas panjang ditarik.

"You kenapa?"

"Uhuk! Uhuk!" Terasa sentuhan pada bahu, pantas Arabella menganggkat sedikit tangan meminta Zahir mengehentikan niatnya.

Nafas sekali lagi ditarik panjang. Fuh... kus semangat.

Orang tarik nafas panjang sebab dia seksi sangat! Tak sempat habis tarik dia dah panggil.

Alahai...

"Ehem!" Kondisi suara dibetulkan.

"Kenapa?" Terjongket sebelah kening Zahir dengan tingkah Arabella.

Arabella laju menghadap Zahir semula lalu dengan kuat lengan lelaki itu ditampar.

Mendesis sakit Zahir akibatnya.

"Apa ni love? Sakit la..." Bahagian yang ditampar digosok lembut.

"Sakit sangat ke?" Kalut Arabella membelek lengan Zahir.

Kesan merah pada kulit putih itu jelas sekali membuktikan betapa kuatnya tamparan dia tadi dan betapa peritnya hasil tamparan itu sendiri.

"Awww... sorry sayang." Bahagian yang berbekas merah itu diusap lembut. Sekali sekala ditiup perlahan.

Zahir hanya membiar, dia suka bila Arabella risau tentang dirinya.

Terasa benar-benar disayangi.

Ralit dia memerhati wajah itu.

"Love, you didn't answer mu question yet."  Tangan yang sedang mengusap lengannya dicapai lalu diletakkan ke atas peha gadis itu.

Lengan kirinya diletakkan ke bahagian penyandar belakang Arabella. Kaki disilang agar lebih santai.

Berehat dulu sekejap sebelum balik.

"Love?"

"Hm..."

"Kenapa?"

"Kenapa apa?" Sengaja Arabella buat-buat lupa.

Sedangkan hakikatnya, dia mahu melupakan pemandangan sexy yang sudah mencemar ingatannya tadi.

Membayangkan itu sahaja sudah mampu membuatkan dia termalu sendiri!

"Hey, panas sangat ke sampai muka you merah tu?" Hujung bibir Zahir terangkat sedikit.

Panas apa pukul 9 pagi? Peluh pun tak ada, mesti kes malu lah ni.

"Eeiii, jangan lah tegur. I tengah malu ni." Arabella mencubit peha Zahir geram.

Ada ke patut ditegur muka merah orang? Boyfriend siapa lah ni agaknya? Jejaka pujaan siapa lah agaknya?

"Oh, okay. Tak tegur dah. Tapi kenapa? I ada buat salah ke tadi?" Entah kenapa, kali ini perasaan ingin tahu Zahir begitu tinggi.

Tingkah laku Arabella semakin membuatkan dia ingin tahu sebabnya.

"Gedik la you ni, sayang. Tak sanggup I nak curang dengan you." Muka menyampah dibuat.

"Ha?! Nak curang?!" Kalut Zahir memegang bahu Arabella agak menghadapnya. Membulat matanya memandang seraut wajah itu.

"Hey? Sejak bila sayang I pekak badak sumbu ni? Ha?" Berkerut dahi Arabella.

"I kata I tak sanggup nak curang. Bukan I nak curang." Dahi Zahir dijentik geram.

"Love! You hurt me twice today!" Dahi digosok beberapa kali sambil memuncung bibir tanda merajuk.

"Ish! Gedik!!!!! I tak nak pujuk sebab you buat I malu tadi." Arabella menyilangkan tangan ke dada.

"Ey gedik la diva ni. Apa yang I buat sampai you malu sangat tadi tu love?" Orang tanya tak nak jawab, orang tak tanya sibuk nak suruh orang tanya.

Perempuan... perempuan.

"You tu siapa suruh minum air pun nak sexy, hot and scpicy? Benci la... malu tahu tak? Malu!" Muka ditekap dengan tangan.

Malu sangat gayanya.

"Ha? I tak faham."

"Tadi masa you minum air, ada air yang meleleh keluar sayang. I is kennot betholllllll!!!!" Kaki dihentak ke tanah.

Menggeletis tak ingat orang dah tu.

"La... gatal betul love I ni. Jom balik, nanti I nak siapkan sikit lagi document yang kena serahkan pada papa esok." Sebelah lengan Arabella ditarik lembut.

Kalau sudah menggeletis tu, lambat lagi jawabanya dia nak kembali normal.

Kalau dah kritikal sangat, boleh jadi nanti dia tersengih sorang-sorang macam orang gila.

"Sayang!" Saat Zahir menoleh, Arabella sudah berlari sedikit jauh darinya.

Laju kakinya ikut berlari ke arah Arabella.

"Love! You nak pergi mana?" Lengan Arabella ditarik agar berhenti berlari.

Melihat kebisuan gadis itu, Zahir turut melempar pandang ke arah yang dipandang Arabella.

"Kindergarten?" Zahir tidak pelik kerana dia memang sudah sedia maklum dengan perangai kekasihnya bila terpandang anak kecil.

Arabella sukakan budak-budak. Terutama sekali baby yang baru lahir sehingga mencecah umur dua tahun.

Kadang tu kalau berjalan dengan Arabella dan terserempak dengan keluarga yang mendukung bayi, selamba badak sahaja Arabella pergi menegur.

Ada kala kalau berjumpa di mall, diheret keluarga itu masuk ke dalam kedai barang baby. Dipaksanya keluarga tersebut memilih mana-mana yang berkenan.

Memang Arabella suka budak-budak. Sweet je kekasih hati Zahir ni. Untung lah bakal anak-anak mereka dapat mummy yang penyayang macam ni.

"Jom balik." Terkebil-kebil sekejap mata Zahir memandang tangannya yang sedang ditarik Arabella.

Sehingga tiba ke kereta, mereka memboloskan diri.

"Nanti I nak belikan mainan banyak-banyak lepas tu nak hadiahkan pada tadika tadi, okey tak?" Arabella memandang Zahir sekilas sambil mencatat sesuatu pada telefonnya.

"Kenapa tak okay pula? Nanti I teman you pergi beli barang." Zahir berkata, mata masih kekal focus di jalan yang sudah ada ura-ura kesibukan.

"Great sayang. Ini makin sayang ni." Jawline Zahir dikucup lembut sebelum kembali bermain telefonnya.

"Love you too, love. With all of my heart." Entah Arabella dengar atau tidak, perlahan sahaja Zahir mengungkapkan.

"Love,"

"Hmmm,"

"You suka sangat budak-budak, kan?"

"Ya, why?"

"Jom kahwin cepat."

"What?!"

"Kahwin cepat, buat anak, dapat anak. You dah tak perlu main anak orang. How? Bagus kan idea I?" Zahir melepaskan ketawa di hujung kata.

"Ke situ pula dah..." Dijeling manja jejaka di sebelahnya.

Tengah bawak kereta pun sexy, hot and spicy. Macam mana nak handle ni?!

"Tapi betul, love. You kan selalu gosok perut. Teringin juga I nak tengok you gosok perut yang ada isi kat dalam. Mesti lagi comel dengan perut yang memboyot, aww sweet je wife to be I ni." Makin galak Zahir melepaskan tawa.

Walau dia tidak menoleh ke sisi, Zahir yakin Arabella sedang menahan malu.

Tengok sahaja dia yang diam tidak membalas itu sudah meyakinkan Zahir.

Semua orang tahu Arabella bukan jenis cepat diam. Ini kalau diam, tak lain tak bukan mesti kes malu!

ARABELLA | Short Story || CWhere stories live. Discover now