Suasana yang hampir sepenuhnya gelap pada waktu itu begitu cantik dengan hiasan mentol neon yang tergantung dari beberapa arah.
Di tepi kolam, terdapat sebuah meja kecil yang dihias cantik dengan kelopak bunga merah penuh di atasnya.
Yang paling menarik perhatian, banyak kotak-kotak dari semua jenis saiz bertaburan di atas tanah. Di atas setiap kotak, berdiri sebatang lilin berbeza saiz dinyalakan.
Hanya tiga element tapi dengan atur duduknya, membuatkan halaman belakang yang luas ini tampak cantik.
Simple but nice!
Arabella melangkah selangkah ke hadapan, kotak bersaiz kecil itu dicapai.
Sempat dikerling Zahir yang masih berada pada tempat mereka berhenti tadi. Melihat isyarat Zahir menyuruhnya membuka, terus Arabella membuka kotak tersebut.
Saat penutup kotak terbuka, mahu menjerit Arabella melihat satu lagi kotak baldu di dalam kotak itu yang bertulisan Habib diatasnya.
Cepat-ceoat dibuka sebelum matanya membulat besar.
"SAYANG!!!!" Jeritmya teruja. Terlompat-lompat Arabella kegembiraan.
Mana tidaknya, ini gelang yang dia mahukan beberapa hari lepas tapi Zahir tidak belikan untuknya kerana tertinggal kad.
Zahir hanya tersenyum memerhati. Melihat Arabella gembira adalah perkara paling bermakna untuk hari-harinya.
Arabella melangkah lagi ke arah sebuah kotak yang lebih besar berbanding saiz kotak tadi.
Kotak tersebut dibuka dan sekali lagi, Arabella menjerit suka. Sebuah bag galas bahu kecil jenama Gucci dikeluarkan dari dalam kotak.
Oh Tuhan! Jangan bilang semua hadiah dalam kotak-kotak yang masih belum dibukanya adalah semua barang yang dia mahu tetapi Zahir melarangnya untuk membeli?
Dengan cermat, bag tersebut kembali diletakkan ke dalam kotak.
Langkah dibawa ke arah sebuah kotak yang berdekatan. Saat kotak dibuka, sepasang tumit tinggi dari koleksi Christian Louboutin terpampang di hadapan mata.
Sah! Sangkaannya betul.
Kasut ini pernah Zahir halang dia daripada membeli. Katanya terlalu banyak kasut Arabella yang masih tidak pernah digunakan di rumah gadis itu.
Terkejut Arabella apabila terasa ada tangan yang melingkar pada pinggangnya dari arah belakang.
Ketika dia menoleh mahu memandang ke belakang, secara tak sengaja satu kucupan lembut mendarat pada hujung bibirnya.
Jarak yang Zahir cipta terlalu kecil, mudah sahaja bersentuh.
"I rasa you dah boleh agak kut hadiah dalam kotak lain." Bisik Zahir perlahan sambil menongkat dagu di atas kepala Arabella.
Arabella hanya menggumam kecil mengiyakan. Kalau dikira, hampir 30 kotak yang memenuhi laman ini. Adakah semuanya milik dia?
"Nanti I tolong you angkut semua kotak ni masuk kereta. Don't worry." Dan itu telah menjawab persoalan Arabella.
Semua di situ miliknya! Aaaa!!!!! Sukanya!!!!!!
"Sorry la I tak boleh nak tunggu you lama-lama untuk buka kotak lain. I tak sabar ni." Zahir mengalihkan dagunya ke bahu Arabella.
Ditongkat dagumya di situ membuatkan Arabella menggeliat geli bila telinganya bersentuh dengan pipi Zahir.
"Geli la sayang. Jauh sikit, meremang rasa." Kepala Zahir ditolak sedikit menjauh lalu telinga diusap lembut menghilangkan rasa geli.
YOU ARE READING
ARABELLA | Short Story || C
Short StoryHanya sebuah short story yang mengisahkan tentang seorang Arabella. Enjoy!