Perasaan

3.7K 77 44
                                    

       Setelah sekian lama menanti pengakhiran sesi perjumpaan ni, akhirnya tiba juga. Saja je cikgu ni suruh semua ajk tunggu, padahal bukan ada benda penting. Just warning supaya kehadiran penuh sebagai ajk. "Semua salah mamat tu, tak pasal-pasal aku kena jadi ajk,". Getusku sendiri.

"Baik, kita berhenti disini. Semua boleh bersurai,". Arah cikgu Rohaya sambil membuat isyarat tangan kepada murid-murid untuk berdiri.

Aku bingkas bangun dari tempat dudukku, dari tadi Abang Shaz tak henti-henti tenung aku. Dia ingat apa nak tenung lama-lama. Aku hanya mampu menutup mata sahaja tadi, pura-pura tidur konon.

Baru sahaja beberapa saat aku berjalan. Lebih kurang tiga saat sahaja, tangan kananku dicapai dari belakang menyebabkan langkahku terhenti. Dari cara pegangan dia, aku dapat mengagak empunya tangan. Tak sah lagi, abang Shaz.

Aku pun menoleh ke arah belakang, dia hanya tersenyum lalu melepaskan pegangan tadi.
"Ikut aku sekejap Naz,". Kata dia lalu terus berlalu pergi.

Aku masih tercegat di tempat aku bediri tadi. Dah lambat ni nak masuk kelas, patut ke aku ikut dia?. Soalku sendiri. Kalau tak ikut dia, nanti dia tunggu pulak. Heiishhh.

Tanpa membuang masa, aku terus ikut Abang Shaz yang semakin jauh. Takut terlepas nak ikut, dah la dia jalan laju dengan kaki panjang dia. Nasib sekarang hanyalah waktu mata pelajaran Bahasa Melayu.

Setelah dua minit aku mengekori, akhirnya dia berhenti di satu blok bangunan 2 tingkat. Pelik, jauh betul dia bawa aku pergi. Blok ni kosong sebab blok ni hanya digunakan oleh murid sesi petang, jadi tiada pelajar yang lalu-lalang di sini kecuali ingin menggunakan tandas di blok ini. Dia memanjat anak tangga yang menuju ke tingkat atas setelah memastikan aku ada di belakang. Dia risau aku lari ke. Hahahaha.

Aku pun hanya mengikut langkahnya. Setelah tibanya di kaki lima, aku melihat abang Shaz sedang berdiri tanpa berbuat apa-apa. Mukanya pun tak nampak sebab dia berpaling dari aku.

"Errr abb...." belum sempat aku bersuara, mulut aku ditutup dengan tangan kirinya. Aku nak mengelak, tapi tangan kanannya sudah menghalang jalan keluar. Bahagian belakang aku dah bertemu dinding. Tak ada tempat terbuka dah.

Habis aku terperangkap, kebuntuan. Aku mula bernafas dengan laju. Berdebar? takut? Suka? Entah lah! Aku memandang mata abang Shaz.

Shiiiiii*. Mata dia dah lama menatap mata aku. Lama kita orang bertentang mata. Aku kalau lawan mata memang hebat. Tapi kali ini aku tak mampu nak menang. Aku pejam mata sekuat-kuatnya. Ya, aku kalah kali ini.

Aku dapat merasakan yang wajah dia semakin dekat dan tekanan daripada tangan kirinya yang menutup mulut aku semakin berkurang. Walaupun aku buta sementara. Aku yakin muka dia betul-betul di hadapan muka aku. Hembusan nafasnya pun aku dapat rasa.

Hampir dua minit aku memejam mata, aku memberanikan diri dengan membuka mataku perlahan-lahan. Aku tak perasan tangan kirinya yang menahan mulut aku sebentar tadi sudah lama di lepaskan. Nervous sangat maybe.

Tetapi wajahnya masih berada pada kedudukan yang sama. YAA! depan muka aku!!. Huargggggh.. Dekat gilaa!!!

Dia akhirnya membelakangkan diri. Aku? Masih dalam keadaan terkejut dan berdebar. Kenapa aku berdebar sangat nih? Happy?  Ada perasaan pelik yang aku tak mampu nak jelaskan dan perasaan ni hanya ada bila aku mula berjumpa abang Shaz.

Betul ke aku ada ada perasaan pada lelaki di hadapan aku ni. Bukankah salah kalau aku jatuh cinta dengan dia? Apatah lagi baru kenal tak sampai sebulan. Hati budinya pun belum dapat aku selami. Haishhh. Masalahnya, perasaan ni tak boleh kawal. Nak buang pun tak boleh.

"Oi, kau dengar tak?" panggil abang Shaz sambil menyentuh bahu aku. Aku tersedar daripada alam pemikiran. Dengar apa ni? Dia ada ada cakap apa-apa ke?. "Hah? Abang cakap apa tadi?"
"Tak ada pape lah. Jom masuk kelas."

crush pertamaWhere stories live. Discover now