Aku bangun pagi awal dalam pukul 5:30 am dah bangun sebab semangat sangat nak sekolah hari first day hahahahahhaha.
Aku datang sekolah naik bas. Bas datang pukul 6:45 am so memang byk gila masa nak bersiap, aku pakai baju smart² even baju seragam je, aku siap pakai pomade kat rambut ala-ala rambut pemain bola. Dah siap semua aku tgok cermin "hensem". Puji diri :)
Sambil tunggu bas, aku borak dgn kawan baik aku, Danish Hakim. Orangnya baik, gila², putih (tak macam aku), pendek sikit dari aku, fit jugak. Aku kawan ngan Danish ni lama dah dari darjah 3 kitorang kawan sampai meluat aku layan mamat ni. Kitorang pun borak panjang macam sebulan tak jumpa, padahal baru je lepak minggu lepas siap video call lagi. Ahhahahahahah
(aku buat dialog la OK )
DIALOG
Naz : kau kelas apa nnt nish? Aku aku kelas 3B.
Danish : aku.........hmmmmm mesti la lagi pandai dari kau AHAHAHA
Naz : iyooo pandai kelas apo? KRK (Kelas Rancangan Khas) (kelas no 1)
Danish : haah KRK. (dgn muka gebang dia)
Naz : hmmm agak dahh no 1 lagii.... aku ni kelas no 4 je. (acah merajuk)
Danish : kau memang layak no 4 JE. AHAHHAHAHA
Naz : sial begaaa pulak kau.
END DIALOG
Borak² bas pun sampai. Kitorg naik baik pastu duduk sebelah² pastu sambung borak mcm esok tk jumpa dah. Hahahahahh.
Bila masuk menengah atas ni perhimpunan pagi macam biasa kat tapak cuma kitorang tak tahu susunan ikut tingkatan so kitorg blur tak tahu nak beratur. Sambil huru-hara aku pun meninjau la memanjangkan leher nak usha awek², akak² form 4, form 5 yang cun sekali dengan abang² senior. Tpi mata aku sebenarnya lebih fokus kat abang² senior yang macho² "fuh hensemnyaaa" EHH. Aku pun sedar tindakan aku pelik. Aku terus berhenti dan terus beratur ikut barisan kelas sebaik sahaja ada pengawas yang memegang kertas dengan nama kelas. Aku tak faham kenapa aku boleh ckp yang abang² senior hensem².
Bila dah tenang, pengetua sampai pastu perhimpunan macam biasa, nyanyi, ikrar, rukun bagai. Sakit dah kaki aku ahahhahahaha, baru first day. Dah habis semua benda tu, "murid dipersilakan duduk". Semua orang berebut duduk dgn aku² sekali. Bila dah duduk, mula la aku jadi pemerhati, dah tk dgr dh apa org pentas nak cakap. Form 3 duduk ditengah tapak, form 4 di sebelah kanan tapak manakala form 5 disebelah kiri tapak. Masa mengusha, aku suka tgok kanan yaitu abang form 4 sbb dorang jauh so tk kantoi. Hehehehehehe. Usha² ada kawan aku tegur " kau tgok apa Naz, padang dpn laa". Kawan aku ni aiman, dia duduk belakang aku so dia nmpk la aku ni dok usha org. " aku cari kawan aku ni, nak past barang". Pergh alasan... Gempak "owhh nanti² laah nak past, dah padang depan". Aku hampa dgn sikap disiplin dia. HAHAHAHAHA. "eh
Lagi sekali, aku syok usha abang senior, aduuuhhhh, apa masalah kau Nazreen!!". Monolog aku. Habis perhimpunan, semua murid masuk ke kelas untuk belajar.Bunyi je loceng balik, kelas aku terus ucap terima kasih cikgu pastu smua lesap. Hahaaahha. Jam baru pkul 1:10 pm, bas datang pukul 1:40 sebab ada form 5 yang balik lambat.
So aku ambil keputusan nk tanya tentang apa aku buat pagi tadi kat Danish. Sambil tunggu abang² form 5 balik aku tanya danish:-DIALOG
Naz : weyhh, tadi pagi.... Aku ada buat benda pelik ni tau.
Danish : benda apa kau buat HAAA Naz!! (dalam nada gurau)
Naz : aku pagi tadi waktu perhimpunan, bukan main syok usha abang² senior yang hensem². Kau rasa pelik tk?
Danish: seriouslaa?. Mana aku tahu, aku pun tk penah usha abang² senior².
Naz : entah la, bila aku tgok dorang, aku rasa yang dorang macho, mature, cool. Sebab tu aku tanya kau.
Danish : aku rasa kau seseuatu nii Naz........ (sambil tepuk belakang aku)
Naz : HAAA kau jangan macam² ehh, aku tolak kau jatuh longkang kanggg.
Danish : laaaaa apa nak marah nya... Aku tak cakap apa² lagi. Kau dah berapi. Lek aah.
Naz : kau nak kata aku gay kan, aku tak gay laa gelii bodooo main pendang.
Danish : hmmmmm idk la bro..
END DIALOG
Pastu kitorg sambung borak lagi sampai budak form 5 balik... Bila dorang dh balik bas terus gerak....
Sampai je rumah aku mandi, solat, makan Pastu terus main phone atas katil aku. Pastu tetiba otak aku terlintas tentang gay. Aku terus type kat Google "gay".
Bersambung.
Hai korang yang sudi membaca. Terima kasih membaca cerita yang tak seberapa ni. Author baru je mula menulis. Sekirannya ada penambahbaikkan, sila beri tunjuk ajar. :)
YOU ARE READING
crush pertama
RomanceNazreen seorang budak sekolah yg confuse tntg perasaan dia, sering mempunyai soalan bertubi tubi.... Dan pengalaman cinta songsang pertama dia bersama senior form 5 di sekolahnya...baca laa.... Yang tak suka boleh pegi jauh², jangan baca