Kelayakan

681 17 2
                                    

Sudah hampir seminggu lebih berlalu. Perkara yang sama asyik bermain di fikiran aku. Entah apa yang tidak kena dengan diri sendiri pun aku tak tahu. Mesej daripada Abang Shaz pun aku tak balas. Call pun aku tak jawab. Bila di sekolah, aku selalu elak daripada bertembung dengan dia.

Dah beberapa kali kita orang berselisih, tetapi aku langsung tidak endahkan dia. Dia bukan buat salah pun pada aku.

Entah kenapa, aku rasa seperti aku perlu elak daripada berjumpa dengan dia. Aku harap sangat dia tidak benci aku disebabkan ini.

******************************************************************************

Hari sabtu, biasanya pada waktu petang, Danish akan datang ke rumah untuk melepak di rumah. Tetapi sudah ditakdirkan, aku terjatuh di tandas pada pagi hari disebabkan licin. Kalau ditakdirkan jatuh, memang jatuh lah... Jadinya ibu dan Along pun bawa aku ke klinik kerana aku mengadu sakit kaki yang sangat-sangat.

Sesudah tiba di klinik, aku bertanya kepada Ibu, "Klinik orang kaya ke ni?" HAHAHA. Melihatkan image yang agak mewah Klinik tersebut dari bahagian luar sahaja sudah boleh meneka.

" Along kata, dia berkawan dengan doktor di sini, boleh dapat diskaun lah nanti,". Jawab Ibu lalu menyenyit matanya sambil membantu aku untuk berjalan dalam keadaan kaki yang sakit.

Setelah beberapa minit, aku akhirnya selesai dirawat oleh kawan along yang dikatakan bekerja di sini. Bagus doktor ni, sangat ramah dengan pesakit, aku pun penat melayan, tidak tahu lah kalau layan baik disebabkan adik member ke apa.

"Puan, anak puan, Naz tak boleh banyak jalan sangat. Kena banyakkan berehat di rumah, saya bagi MC cuti sekolah tiga hari. Kalau nak ke tandas lain kali, kena hati-hati. Kalau ada apa-apa terjadi ke apa, boleh call je saya. Semoga adik Naz cepat sembuh ya,".

"Terima kasih banyak Doktor,".

******************************************************************************

Semasa cuti berehat di rumah, aku terbayang macam manalah keadaan classmate aku nak survive kalau tak ada ketua kelas terbaik macam aku nih. Haihh. Berangan kebosanan aku ni. Hahahaha. Danish ada bagitahu dia nak datang melawat selepas habis sekolah, tapi lambat betul janji melayu dia. Hahahah.

"Naz!! Kawan kamu sampai nihh!!". Ibu terjerit dari bawah. Ye, saya masih tinggal di bilik asal saya yaitu di tingkat atas, kerana di bawah, tandasnya jauh untuk aku pergi. Jadi aku kena tinggal di bilik sendiri yang ada package tandas di dalamnya. Makanan semuanya dihidang seperti anak raja, tidak perlu basuh pinggan, HAHAHA.

"Okayy! Suruh lah dia naik atas!". Aku pun balas dalam nada agak kuat supaya didengari mak. Entah apa lah reaksi Danish setelah melihat aku dalam keadaan yang tak bermaya untuk berdiri.

"HAHAHAHAH, member kena balut lahh siakkk!! HAHAHA,". Terus Danish memperli keadaan kaki aku yang sedang dibalut. *Snap!!

"WEYYYH GILAA!! TAK YAH LAH AMBIL GAMBAR!!". Habis lah aku kalau mamat ni dapat gambar aku, entah-entah dia akan post ke status atau story. HAIHHHHHH. Masalahnya aku tak berbaju!!!

"WEYH! Delete dooo gambar tu! Aku tak pakai baju ni!". Rayu aku kepada Danish walaupun aku tahu bahawa dia tidak akan memadam gambar tersebut.

"Alaa bukan aku nak post mana-mana pun!". Balas dia selamba. Tapi aku masih tidak percaya akan kata-kata dusta yang keluar dari mulut dia. Aku hanya mampu sabar sahajalah dengan perangai dia ni.

Lalu kami berbual selama satu jam, tidak dapat berbual lebih lama disebabkan Danish mahu keluar bersama keluarganya pada petang hari ini.

Tinggallah aku keseorangan didalam bilik. Apa lagi lah yang boleh dilakukan oleh aku yang cacat sementara ini selain daripada main game di telefon dan tidur. Ketika sedang leka bermain permainan video, kedengaran mak aku memanggil-manggil aku daripada bawah. Aku menajamkan pendengaranku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

crush pertamaWhere stories live. Discover now