Kali Pertama

6.9K 79 14
                                    

Bila dah search yang keluar nya lain... Definition, app dgn club.

"hmmmmm...blued? App apa ni, ahh malas la, baik main ML" kata aku. "malas nak pikir, buat sakit kepala jee".

Keesokkannya

Aku pegi sekolah macam biasa, pukul 7:15 a.m. dh sampai sekolah, pastu kena ambil buku kawalan kelas(BKK) sebab aku jadi ketua kelas hasil daripada undian kawan² lahanat. Dalam perjalanan nak pergi bilik guru, aku berselisih dengan sorang abang form 4 ni, aku tahu sebab tengok name tag kat. Form 3 colour kuning, form 4 colour biru and form 5 colour merah. Nak pergi bilik guru ni kena naik satu tangga. Tangga ni bentuk U. So aku berselisih dengan abang form 4 ni kat tengah U, memang jalan sebelah² la. "hensemnya abang ni" kata aku. Tpi dia pendek sikit dari aku. Dia putih, kurus pastu baju dia memang fit dengan badan slim dia.

Aku usha dia sampai dia habis turun tangga. Dia langsung tak pandang aku , " buat macam aku tak wujud je mamat ni, aku dah bagi laluan, terima kasih pun takda.... Harey" bebel aku. Tapi takpa naseb dia hensem. Hahahahagag. Dah ambil BKK, terus aku gerak pergi kelas. Hari isnin sampai khamis semua budak balik pukul 1:10 p.m. kecuali budak form 5 yang kelas atas macam 5SC1 - 5SC3 balik pukul 1:50 p.m.. Setiap hari sebelum keluar sekolah, mesti ketua kelas yang kena hantar BKK kat meja guru tingkatan. Dah la aku yang ambil pagi², aku jugak kena hantar bila balik.

Sepanjang dua minggu persekolahan ni, aku sedar mata aku ni asyik pandang abang² form 4 dengan abang² form 5. Aku pun tanya la Danish.

DIALOG

Naz : Weyhh danish aku memang pelik laa dgn aku ni, asyik usha abang² senior jeee dari start sekolah hati tu.

Danish : Naz...aku tak kesah pon kau nak usha abang² tu ke akak² senior ke, yang penting kau jadi diri kau. Jangan hiraukan apa org nk cakap. (dalam nada yang serius)

Naz : aku bukan apa, tapi entah knp aku lebih suka pandang abang² senior daripada akak² form 4,form 5.

Danish : kau ada suka sesiapa ke Naz?

Naz : tak ada. Kenapa?

Danish : bukan apa, kalau ada baru boleh buat kesimpulan tentang masalah kau ni. Nanti kalau kau ada sesiapa yang kau suka, bagitau aku.

Naz : hmmmm... Oklah entah sapa la yang aku akan suka tu.

END DIALOG

Bila sampai rumah, aku beri salam lalu masuk. "hmmm bau nasi ayam ni" agak aku. "Ibuuuu Naz lapar!!". "dah pergi mandi,solat pastu baru turun makan" sahut ibuku ."okeyy". Aku pun naik ke bilik. Selesai makan, solat zuhur, aku terus turun ke dapur untuk makan. "sedapnya bau ibu". "yee ibu tahuuu, dah duduk makan". Sambil aku makan ibu berbual dengan aku.

DIALOG

Ibu : sekolah okay naz?

Naz : okay je macam biasa.

Ibu : bagus. Fokus pelajaran, jangan main² belajar, hormat guru, jangan salah pilih kawan dan jangan nak bercinta.

Naz : baiklah ibuu.

Ibu : dah makan sampai habis.

END DIALOG

Aku mengiyakan apa sahaja soalan yang diajukan oleh ibu. Tetiba aku teringat bila ibu sebut pasal cinta, aku teringat tentang abang form 4 yang aku terserempak. Even dah 2 minggu kejadian terjadi. Well sebab dia hensem mestilah kena ingat. Hahahahah. Dalam 2 minggu aku jarang nampak dia. Ada la dalam 2-3 kali aku nampak. Setiap kali aku nampak aku mesti usha. Aku suka ke?. Tapi aku just suka usha dia je. Takda pulak perasaan pelik ke apa.

Selesai makan, aku masuk ke bilik untuk siapkan homework yang diberi oleh cikgu. Dah la banyak. Adehhhhhhh. "ingat pesan ibu Nazz" monolog aku untuk tambah semangat. Selesai menelaah soalan matematik bab bulatan. Aku capai phone aku. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Danish dicari lalu ditekan.

************************************

Wei nish kau kata kalau: Naz

aku suka seseorang aku kena.
bagitau kau kan, so ada sorang
abang ni yang aku suka usha.

Tapi aku tekde pulak rasa : Naz
berdebar ke apa bila nampak dia.

Selepas 2 minit

Danish : bodo siaaaak kau tak tahu perassan sendiri. HAHAHAHAH.

Aduu kau. So aku ni tk suka dia : Naz
la kan.

Danish : yee betholl. Kau rilex jee nanti ada la tu insan yang akan buat kau cair sampai rasa pengsan. HAHAHAH.

HAHAHA. Ok aku tunggu sapa : Naz
insan ituu.

Danish : okok jangan lupa inform aku siapakah insan tu. Okk byee

Yee tak lupa. Byee: Naz

************************************

Hari ni hari jumaat. Hari kegemaran semua orang. Sebab hari jumaat la semua orang balik awal pukul 12:30 p.m..yela kan orang nak solat jumaat, sampai rumah dah pukul 12:50, nak mandi lagi, nak main phone lagii. Nasib sempat pergi masjid hahahahahahah. Ok back to the story. Kalau hari jumaat, aku kurang suka sebab hari jumaat penuh orang waktu balik. Tapi apa nak buat kan. So macam biasa sebagai ketua kelas, aku la kena hantar BKK kat bilik guru. Sampai depan pintu bilik guru, aku nampak ramai so aku bagi laluan kat orang kat dalam nak keluar. Tiba² ada sorang abang form 5 ni keluar.

YA ALLAH.... sumpah macho gilaa dia. Tinggi, hemsem, smart. Tinggi dia dalam 180 kot aku agak. Kulit dia putih sikit dari aku. Muka dia memang matang ada sikit misai halus. Memang hensem laaaa. Dia pakai baju yang memang fit dengan badan dia. Baju lengan panjang pastu lipat lengan lagii, nampak lengan dia berotot . Tak pernah aku nampak abang ni kat sekolah. Badan dia fit, dada dia sebidang luas. Dia tengah pegang buku. Tapi dia ni pakai songkok. Nampak alim, ala² ustaz. Waktu dia keluar, dia senyum kat aku sebab bagi laluan. Tiba² jantung aku berdegup laju. Tak pernah aku berdebar macam ni. Dengan senyuman dia yang manis macam menusuk ke hati. Cewahh. Bila dia dah pergi aku dapat rasa perasaan pelik.

Bersambung

B4 that, ada ke orang baca ni, takot syok sendiri je ni. Hahahahaha. Kalau takda aku tak payah upadate sambungan. Kehkehkeh. Ok byee.

crush pertamaWhere stories live. Discover now