Misteri

5.6K 60 3
                                    

       Aku perhatikan dia sampai dia hilang dari pandangan aku. Aku tak perasan yang aku asyik senyum je dek gara perlakuan abang form 5. Aduhh asal aku berdebar ni. Dia senyum kat kau je Naz. Belum dia tegur aku ke apa. Haishhh. Aku terus selesaikan tujuan aku datang bilik guru. Selepas hantar, aku pun gerak nak pergi tempat tunggu bas. Masa aku jalan ada sorang kawan ni tegur aku, "kau asal Naz tersenyum sorang²,". Sambil menyentuh bahu aku. "hah! Aku senyum ke?,". Jawab aku pastu terus lemparkan senyuman kepada kawan aku ni, konon nak tutup malu. "Haaa tu senyum lagii, macam orang gila senyum lepas dapat dadah. Hahahahha,". Balas dia saja nak attack aku. "hahha kau la bagi dadah tu. Hahahahaha,". Balas aku. Hahahaha boleh nampak muka terasa dia. "alaa majok pulak dia, dah la kau, byee!,". Kata aku bila sampai ke simpang jalan, dia kena ikut kanan, aku pulak kiri. Aku terus blahh dari dia, hilang kot muka cool ni bila kena tegur senyum sorang². Aku tersenyum kembali gara² teringat kejadian bertemu abang tadi.

* POV AMRI *
       " Hmmmm, tak nak ke pujuk aku ni Naz. Bisikku perlahan. Susah sangat ke nak layan aku Naz?. Tapi takpa, janji dah nampak muka comel dia. Eeeee comel sial kau Naz!!. Geram je aku tengok tadii rasa nak geget." bebel aku. Bila la boleh bagitau yang aku suka dia. Haihhh. Ingat lagi dulu waktu form 1. Ishhh otak aku.

Flashback~

      Kbanggg!! " Aduhhhh, bodoh ke apa HAAAAAH!!!? tak nampak ke aku tengah jalan". Kata sorang abang senior. "maaf bangg, saya tak nampak, tadii nak cepatt masuk kelas,". Pintaku. Elehh kau pun sama, tak tengok depan jalan. Tunjuk gempak la tu depan awek. Bodoh. "maaf ye bang,". Terus aku pergi dari situ. "buta punya budak," balasnya sambil berlalu pergi. Kesah la aku buta ke tak. Bodoh je senior macam ni. "kau okay tak?" sapa pulak nii aduh semak je."okay²" jawab aku tanpa memandang orang yang bertanya. "Oi! Okay apa....tu siku kau berdarah dah tu. Haaa dekat ni dengan tandas, jom ikut aku." kata budak tu pastu selamba heret tangan aku. Muka tak nampak pulak, sebab tak sempat. Ni sebaya aku ke abang form2?. Ahh biarlah.

   "Haa basuh siku kau tu. Aku tunggu luar, ". kata budak tu selepas melepaskan tangan aku. Aku sempat tengok muka dia, hensem jugak. Gelap² sikit. Selesai basuh tangan aku pun keluar. Ingat dia main² je cakap nak tunggu. Betul² tunggu. Sweetnya mamat nii. Gawat laa. Dah la comel.
"Nah tisu, lap, ada lagi tu darah keluar sikit" sambil bagi tisu kat aku, sambil senyum. Aduuh dia ni sumpah sweet. "lambat la kau meh la tangan kau tu," selamba mak bapak je tarik tangan orang pastu buat macam hak sendiri. Nasib kau comel. Aku diam je tengok tindakan dia dari tadi. Selepas dia siap lap, dia buang tisu tu dalam tong sampah. "terima kasih," tu je aku mampu balas, dah la tak kenal. "sama², aku Nazreen, kelas 1B. Kau?" jawab budak tu sambil hulur tangan nak salam. "Amri,  1E," owhh Nazreen, sesuai siot dengan muka dia. Hahahah. Kitorang pun berlalu pergi.

   "kau lain kali jangan la baik sangat dengan senior, tadi bukan salah kau pun," kata Naz kat aku. "kau nampak ke?". "mesti  la, depan aku kot berlaku, aku tengah pakai kasut waktu tu. Nasib dah ramai balik kelas tadi lepas solat. Kalau tak ramai dh nampak." merah muka bila tau dia perhatikan aku. "owhhh, biarla senior tu. Poyo je lebih.".."thanks again, tolong aku tadi," aku jawab malu² sikit. SIKIT JE TAUUU. "ala sikit je aku tolong." balas Naz sambil gelak kecik. Waduuuh, stop sial senyum. Tak kuat deh. Kitorang pun berpisah masuk kelas. Start dari haritu aku suka kat Nazreen. Tapi dia tak pernah tau or waswas sebab aku pro dalam bab menyembunyikan. Hahaha.

*END POV*

     Setibanya di rumah, aku solat jumaat la. Pastu memulakan rutin harian. Setelah selesai, aku mencapai telefon aku  lalu menelefon Danish.
    
     Trrrr.....trrrrrr.......trrrrr....trrrr.....trrrrr." haa nak apa kau call aku? Kacau je.".haa adoii dia ni, tak rilek ahh. "jom jumpa, lepak tempat biasa,". Kata aku. "haaa bila, ni mesti kau nak ajak bahas kan?". Teka Danish. Ish dia ni, tau² je aku nak buat apa. "iyeee ada benda nak cakap......, pukul 5 la senang sikit,". Jawab aku. Panggilan dimatikan. He eh mamat ni, dia letak macam tu jee, bengong. Haaa biar la dia, baik aku tido kejap. Katil di capai, fuhhhhh.... Legaa. Sekali dah dapat, berpisah tiada.

crush pertamaWhere stories live. Discover now